Syabas. Tp saya harap usaha murni nih tidak hanya terhenti sekerat jalan. Sbb saya tengok dengan mata kepala saya sendiri di Pekan Senawang...setiap hari Sabtu & Ahad....penuh pekan tu ngan orang Melayu....kat pekan tu dua2 kedai ada....magnum 4 angka & sports toto......dah tak de rasa malu dah. Bulan Ramadhan lepas...kebetulan saya nak ke kedai singseh yg letaknya betul2 bersebelahan ngan kedai 4 nombor ekor tuh.....Astagfirullah.....ada sorang mamat tuh.....siap bawak 2budak lagi, lelaki & perempuan....tak tau la adik @ anak dia....saya anggarkan umur budak2 tu dlm 8-10 thn....depa ikut mamat nih tulis nombor & sama2 ikut beratur gi beli nombor.....kalau dah budak yg sebesar tu dah didedahkan dgn maksiat yg semacam ni.....bagaimana agaknya di masa akan datang? Saya yg nak ke kedai singseh tu pun terasa malu & serba salah......bukannya tak boleh pergi time lain...tp masa tu la saya mmg perlu mendapatkan sesuatu di kedai tuh.....
Yg sorang lagi
pulak (hari yg sama)...mmg saya kenal.....umur dia adalah dlm 50an.....sbb kekadang dia datang sama2 solat berjemaah di Masjid Qariah Senawang tuh....mungkin dia ingat orang tak kenal dia sbb dia ubah penampilan dia masa beli nomboe tuh...dua2 kedai dia masuk.....saya pulak time tu la melintas niat jahat.....saja saya lalu depan dia.....terkedu dia.....berubah airmuka.....Astagfirullah....sepatutnya solat yg dia lakukan setiap hari tu dpt mencegah dia dr melakukan perkara2 maksiat yg keji & mungkar......tapi tidak.....
Entahlah.....tapi saya dah adukan pd Imam Masjid Qariah Senawang......dgn iman saya yg lemah....setakat itu aje la yg mampu saya lakukan.......
Rozmal bin Malakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Rozmal bin Malakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Inilah yang lama dinanti-nantikan. Selama ini
pelanggan Islam di Negeri Sembilan bermaharaja lela ,
tanpa segan silu membeli nombor ekor di siang hari di
depan khalayak ramai.
Teruskan usaha ini, jangan gentar. InsyaAllah ramai
yang menyokong usaha sebegini.
Edisi Tengah : Jains gempur kaki judi
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Friday/Setempat/20051125082605/Article/indexm_html
Oleh Mohd Amin Jalil
SEREMBAN: Gerak gempur Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sembilan (Jains) di kedai nombor ekor di negeri
ini menahan 21 kaki judi termasuk seorang datuk
berusia lebih 60 tahun sejak undang-undang judi
dikuatkuasakan September lalu.
Pengarah Jains, Datuk Zaharuddin Mohd Sharif, berkata
mereka yang ditahan itu membabitkan beberapa operasi
yang dijalankan di sekitar daerah ini dan Kuala Pilah.
Beliau berkata, Jains mula mengedarkan peraturan
melarang umat Islam memasuki premis dan membeli nombor
empat angka itu pada Mac tahun ini selepas
undang-undang berkaitan diluluskan pada persidangan
Dewan Undangan Negeri (DUN).
Selepas itu Jains menampal risalah peringatan itu di
premis berkaitan dan di beberapa tempat tumpuan awam.
Tindakan dan operasi menahan mereka yang memasuki
premis dan membeli empat nombor ekor bermula sejak
September lalu, katanya ketika dihubungi di sini,
semalam.
Zaharuddin berkata, pihaknya sudah mengambil segala
maklumat dan butiran peribadi semua lelaki terbabit
sebelum dihadapkan ke Mahkamah Syariah di sini, tidak
lama lagi.
Menurutnya, mereka akan didakwa mengikut Seksyen 79
(A), Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992
(pindaan 2003) di atas kesalahan berjudi atau berada
di premis judi.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak
melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau
kedua-duanya sekali, katanya.
Beliau berkata, Jains sedang merancang mengadakan
operasi besar-besaran dalam tempoh terdekat ini dalam
usaha menghalang masyarakat Islam terus melakukan
perbuatan haram itu.
Katanya, tindakan menahan mereka yang melakukan
kesalahan itu bertujuan mengajar supaya tidak
mengulangi lagi perbuatan itu, tetapi masih ramai
masyarakat Islam tidak memperdulikan larangan
dikuatkuasakan.
Jains tidak akan berkompromi dengan mana-mana
individu yang ditahan kerana kesalahan itu, kerana
setiap kelemahan akan menjejaskan kredibiliti
jabatan, katanya.
Zaharuddin mengingatkan individu terbabit supaya tidak
terus terbabit dalam aktiviti haram itu demi menjaga
maruah dan kredibiliti agama Islam itu sendiri.
Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
__________________________________
Yahoo! Mail - PC Magazine Editors' Choice 2005
http://mail.yahoo.com
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "ingatan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
Yahoo! Mail - now with Autocomplete that helps fill email addresses.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
