Betul, maaf saya jika kenyataan saya mengelirukan
mana-mana pihak.
Sebetulnya saya cuba membawa satu paradigma berfikir.
Jika sensitiviti umat kepada isu tudung lebih besar
dari segalanya, masalahnya sekarang ialah
penguatkuasaan undang-undang kehidupan itu bagaimana ?
Seperti kata sdr/sdri dibawah ni, Penguasa/Pemerintah
sekarang memang tak boleh diharapkan kerana mereka
menerap undang-undang sekular/materialistik. Jadi,
bagaimana kita bangkit dan mengubah keadaan ini ?
Ada pihak mengajak kepada perubahan melalui peraihan
kuasa. Dengan kuasa (kononnya) mereka bisa mengubah
segalanya, yang tak Islami kepada Islami. Saya nampak
ada 2 kumpulan yang cuba menggunakan kaedah ini.
Yang pertama, meraih kuasa melalui pilihanraya (proses
demokrasi). Mereka berjuang berhabis-habisan ketika
musim PR. Hingga kini, suatu hukum Allah yang
diidamkan masih tak tertegak. Kes study, EKJS II
Kelantan (Hudud, Qisas) 1991 dan EKJS Terengganu
(Hudud, Qisas) 2002. Kedua-dua enakmen kanun jenayah
diwarta (endorse) TANPA dilaksana. Alasannya, kuasa
kerajaan negeri tertakluk kepada Perlembagaan Lord
Reid !! Tapi, usaha merebut kuasa negeri tetap
diteruskan. Mengapa ?? (lihat juga kes Ikhwanul
Muslimin di Mesir dan Front Islamique Salut di
Algeria)
Yang kedua, meraih kuasa melalui pemberontakan (coup
de tat). Mereka melakukan serangan kepada
penguasa/pemerintah dengan alasan menentang kezaliman
dalam menegakkan negara Islam. Kes study, Afghanistan.
Kerajaan Taliban digulingkan oleh Nothern Alliance
(mostly muslims) dengan kerjasama US Allies. Kenapa ??
Ada pihak pula yang cuba mengubah nasib masyarakat
dengan menggunakan konsep tadarruj (islahiyyah,
pembaikan beransur-ansur). Mereka mendekati masyarakat
yang telah dirosakkan oleh sistem kehidupan
Kapitalisme hari ini dan dipulihkan sekadar kemampuan.
Usaha dijalankan semasa ke semasa, tapi kemaksiatan
dan kemungkaran masih lagi menular bahkan bertambah
ironik.
Jadi, bagi saya, sebenarnya kita harus jernih berfikir
tentang usaha kita mengubah keadaan hari ini. Isu
tudung memang bukan isu remeh temeh, tetapi ia
merupakan sebahagian kecil dari peratusan besar hukum
Allah yang belum diterap sebagai peraturan hidup.
Hudud, Qisas, tazir dan mukhallafah tidak diposisikan
dalam sebuah entity daulah (negara) yang mengikat
masyarakat dengan satu peraturan wahyu kerana adanya
dasar sekularisme via penerapan sistem pemerintahan
demokrasi-berparlimen. Perubahan (taghyir) ini perlu
diusahakan secara radikal (drastic dan total) tanpa
kekerasan (coup de tat) keatas pemikiran umat per se,
sebagaimana yang dicontohkan Nabi SAW sebelum
tertegaknya daulah Islam di Yastrib (Madinah), itulah
sebaik-baik contoh teladan (uswatun hasanah). Urusan
kemenangan (kejayaan) itu terpulang kepada Allah, yang
penting, sebagai hamba-Nya, kita telah melakukan
tanggungjawab berdasarkan wahyu-Nya bukan akal (lojik)
semata-mata.
wsl
Minta maaf..
--- [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] wrote:
> Minta maaf..
>
> Menyentuh e-mail dibawah,
> Pada pendapat saya, kalau kita menetapkan isu
> TUDUNG ni PERKARA REMEH-TEMEH kita patut kaji semula
> dalam2 tuntutan Islam tu. Rasanya dah ramai yg ahli
> ttg perkara ni telah menerangkan syariat menutup
> aurat ni...
>
> Bayangkanlah kalau semua umat Islam berfikiran mcm
> ni, punahlah masa depan kita & generasi seterusnye
> utk survive dlm dunia yg penuh fitnah ni.. Semua org
> dah tak cuba utk mengubah keadaan... Terus menerus
> dipengaruhi dgn gejala tak baik... Semua perkara dah
> asyik dipandang remeh.. Patutlah bangsa kita tak
> maju2 (cuma dari segi material saje), dan dadah tak
> dapat dibenteras, dan wabak AIDS tak dapat
> dibendung, dan pak2 menteri semakin menjadi2 dasar
> sekular & materialistiknya, dan lagi.. dan lagi....
> SEBAB, sikap bangsa yg tak utamakan semua perkara
> termasuk yg remeh... Tgk sajelah Jepun, sbb mereka
> semua utamakan perkara remehlah zero defect dpt
> terlaksana tak kira dlm kilang ke, sekolah ke, atas
> jalanraye ke, dlm rumah ke... Sbb tu mcm mana dasyat
> pon gempa bumi melanda, angka korban/cedera mereka
> kecil.. Tu bangsa kafir tu... Mcm2 Tuhan uji pon
> mereka mampu bertahan atas mungkin salah satu
> sikapnya yg sedemikian -> PERKARA KECIL PON JGN
> DIAMBIL RINGAN...
>
> Kalau takmau ambil pusing atau menghulurkan
> bantuan atau teguran ttg perkara yg akan menjejaskan
> syariat Islam ni, at least doa dlm hati semoga kita
> dpt selesai/bendung masalah ni... Kalau rasa diri
> dah kuat utk menangkis semua perkara remeh ni,
> cubalah simpati dgn mereka yg tak mampu nak elak
> pengaruh/anasir2 jahat tersebut.. Hulurkanlah doa
> anda... simpatilah dgn generasi akan dtg termasuk
> anak saya yg mungkin terpengaruh dgn gejala maksiat
> ni.. Wa na'uzubillah.... Nak harapkan pemerintah
> sekarang ni mmg toksah haraplah....
>
>
> ----- Original Message -----
> From: ;
> To:
> Sent: Wednesday, November 16, 2005 5:27 PM
> Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] Re: Isu tudung -
> Cerita Unta dan Tuan
> nya
>
>
> > Salam...
> >
> > Sepatutnya tak payah la kita bising2 dan
> pertikaikan
> > hal ni yang pada saya hanya hal yang remeh temeh.
> Isu
> > tak pakai tudung atau keengganan untuk
> mengenakanya
> > sama ada oleh bukan Islam atau dengan bahasa yang
> lain
> > orang kafir atau oleh orang Islam tu sendiri.
> > Sepatutnya kita tak surprise dengan keadaan ni
> atau
> > keadaan2 lain yang lebih teruk lagi. Bilamana kita
> > "terpaksa" walaupun takda siapa yang paksa kita
> tunduk
> > dengan golongan kafir ni.
> > Kita sepatutnya berlapang hati kerana kita sendiri
> > yang pilih untuk hidup dalam ALAM KEHIDUPAN
> SEKULAR
> > tanpa ada rasa untuk berubah ke arah kehidupan
> yang
> > lebih baik.
> > Kita kan selesa dengan keadaan sekarang. Kereta
> ada,
> > rumah ada walaupun semuanya hutang dan bergantung
> > dengan riba. Jadi jika ada isu sekali sekala tu,
> tutup
> > mata je la.
>
>
>
> ---------------------------------
> Win a Yahoo! Vespa NEW - Yahoo! Cars has 3 Vespa
> LX125s to be won Enter Now!
__________________________________
Yahoo! Music Unlimited
Access over 1 million songs. Try it free.
http://music.yahoo.com/unlimited/
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
AIDS in India: A "lurking bomb." Click and help stop AIDS now.
http://us.click.yahoo.com/VpTY2A/lzNLAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/