http://alkhatab.tripod.com/
Qanun Jinayah Syar`iyah
Bahagian 1
Bab 3
Fasal 3: Yang mewajibkan qisas.
Perkara 124 : Pembunuhan dengan mencekikkan leher.
1) Pembunuhan dengan mencekik leher seseorang, dan orang yang dicekik tadi mati disebabkan cekikan itu, pembunuhan itu adalah pembunuhan yang sengaja yang wajib dikenakan hukuman qisas ke atas penjinayah itu. Hukuman ini ialah jika biasanya cekikan seperti itu boleh mematikan, dan ia mati disebabkan cekikan
itu.
[ Sekali lagi kita tengok pada kes pembunuhan gadis di Seberang Prai dua minggu lepas. Mengikut pakar forensik yang melakukan post-mortem, mangsa mati kerana dicekik. Jadi kalau ikut hukuman qisas, maka orang yang mencekik mangsa sehingga mati itulah yang dikatakan sebagai pembunuh. Tetapi kalau mangsa masih hidup walaupun dicekik (mungkin dia hanya pengsan ketika dicekik), kemudian dilontar ke dalam sungai, lalu mangsa mati lemas disebabkan air masuk ke dalam paru-parunya, maka dalam kes macam ni, orang yang membunuh adalah orang yang melontar mangsa ke dalam sungai, bukannya orang yang mencekik. Pakar forensik boleh tau samada mangsa mati ketika dicekik atau mati lemas dalam sungai. ]
2) Dalam kes ini, jika seseorang itu mencekik leher seseorang yang lain yang biasanya cekikan seperti itu tidak boleh mematikan, lalu ia mati disebabkan cekikan tadi, maka pembunuhan itu adalah pembunuhan yang serupa dengan pembunuhan yang sengaja, kecuali cekikan itu berlaku pada adatnya tidak disangkakan boleh mematikan, maka perbuatan penjinayah itu tidak wajib dikenakan ghaman (ganti rugi), kerana perbuatan itu adalah merupakan sebagai sentuhan sahaja, bukan dianggap sebagai cekikan.
[ Contohnya macam kita melawak dengan kawan-kawan. Saja nak gempaq sorang kawan, kita mai slow-slow kot belakang dia, pastu
cekik dia kat tengkok. Bukan cekik kuat-kuat pun, hanya sekadar nak bagi dia terkejut saja. Tapi tiba-tiba, dia kena hurt attack akibat kita gempaq dia tu, lalu mati. Dia mati bukan kerana cekikan kita tapi dia mati akibat serangan sakit jantung secara tiba-tiba. Kes macam ni, pemerintah tidak boleh menjatuhkan hukuman qisas mahupun minta gantirugi dari kita sebab insiden itu berlaku hanya secara kebetulan atas perbuatan kita menyebabkan kawan kita itu meninggal dunia. Bukan sengaja pun. Namun, pemerintah boleh menjatuhkan hukuman ta`zir ke atas kita untuk dijadikan pengajaran supaya kes seperti itu tidak berulang lagi. ]
3) Jika seseorang itu mencekik leher seseorang yang lain dan ditinggalkannya orang itu merasai kesakitan sehingga ia mati. Maka dalam kes ini, wajib dikenakan
hukuman qisas ke atas penjinayah yang melakukan jinayah itu, kerana kematian orang tadi adalah disebabkan cekikan yang dilakukan oleh penjinayah itu.
[ Dalam kes ini, hukuman qisas dijatuhkan sebab si mangsa mati akibat perbuatan secara langsung dari si penjinayah, bukannya mati atas sebab lain. Nampak tak tuan-tuan, begitu detailnya perbahasan tentang undang-undang Islam di dalam buku yang ditulis oleh bekas mufti Sabah, Hj Said Hj Ibrahim ini. Walaupun dah detail, namun masih ada orang yang ragu-ragu tentang perlaksanaan undang-undang Islam. Alasan yang diberi ialah mereka menganggapkan bahwa hudud dan qisas masih ada dalam Quran, dengan tidak diperincikan lagi oleh para ulama. Ini satu tanggapan yang salah tuan-tuan. Buku yang kita mengaji selama ini pun dah
cukup detail tentang membahaskan hukum-hukum yang ada dalam al-Quran dan Sunnah. Cumanya kita memang akui ada perkara-perkara tertentu yang masih memerlukan kepada perincian. Itu pun hanya dari segi teknikalnya sahaja. Akibat dah lama kita tinggalkan perlaksanaan hukum hakam Islam (dah 81 tahun dah pun sejak jatuhnya kerajaan Islam yang terakhir pada tahun 1924) menyebabkan ada sebahagian perkara-perkara furu`iyah yang perlu kepada ijtihad yang baru. Jadi, adakah dengan hanya ada sedikit perselisihan dalam perkara-perkara furu`, menyebabkan undang-undang Islam secara keseluruhan tidak mampu dilaksanakan?...Bukannya apa tuan-tuan, alasan yang diberi tu seolah-olah nampak sepertimana yang omputih sebut, "How to say no without saying no."...Nampak macam mau kepada Islam, tetapi hakikat sebenarnya, dia tak mau kepada Islam. Namun nak sebut direct kata tak mau kepada Islam, dia tak berani. So dia cari alasan-alasan yang nampak macam Islamik untuk melambat-lambatkan perlaksanaan hukum
Allah.
Okay tuan-tuan, sekarang semua sedang hangat sembang pasai pilihanraya kecil Dun N12 Pengkalan Pasir di Kelantan. Mai kita ulas sikit. Rasa gatai jari nak taip. Ok macam ni lah tuan-tuan. Memandangkan ketiga-tiga calon adalah saudara seIslam kita, mari kita letak expectation yang perlu kepada ketiga-tiga calon ini untuk mereka tonjolkan supaya dipilih sebagai wakil rakyat. Apabila ketiga-tiganya Islam, sudah pasti sentimen keagamaan memainkan peranan penting. So, expectation yang kita nak letakkan ialah kita nak lihat sejauh mana calon menggunakan agama untuk menegakkan apa yang agamanya suruh dia lakukan. Orang yang terpaksa menggunakan agama untuk menegakkan agamanya, sama sekali tidak sama dengan orang yang menggunakan agama untuk kepentingan peribadinya. Tuan-tuan fahamkan apa yang ana nak bagitau?...Orang yang menggunakan agama untuk menegakkan
agama, apabila dia bercakap, rujukannya ialah al-Quran dan as-Sunnah. Manakala orang yang menggunakan agama kerana kepentingan peribadinya, rujukannya ialah pemimpin tertinggi dalam partinya. Itu pun kalau periok-nasinya dijamin survive. Kalau tak jamin, pemimpin dia pun dia lawan. Contoh yang boleh kita lihat hari ini bagaimana golongan "kaf ro` ya` sin" menggunakan agama untuk kepentingan peribadi (especially kat area pantai timur) ialah ketika mereka memberi bantuan sambil berkempen. Selalunya menjelang pilihanraya ada saja keluarga angkat yang mereka buat, kemudian panggil kameraman, snap foto time depa bagi duit atau hamper dan sebagainya kepada keluarga angkat tu. Tetapi sebelum bagi bantuan, ada syarat yang keluarga tu kena buat, iaitu ketua keluarga kena sign satu surat yang berbunyi, "Wallahi. wabillahi, watallahi. Saya menerima bantuan ini. Namun sekiranya saya masih memangkah pembangkang, laknat Allah ke atas saya."...Ni dia yang kata umno tu tuan-tuan, yang menggunakan
agama untuk kepentingan peribadi dia Tuan-tuan nilai sendiri, adakah bantuan macam ni boleh dikatakan ikhlas?
Kelantan hari ini dengan Kelantan sebelum pentadbiran Pas jauh beza tuan-tuan. Cuba lihat, negeri mana yang mewajibkan pekerja-pekerja wanita Islamnya pakai tudung?...Jawabnya ialah Kelantan saja. Cumanya, biasalah tuan-tuan kalau ada 2-3 kerat yang nakal, pakai tudung pun lebih kurang saja. Itu biasa la. Kewajipan pemerintah hanya berkeupayaan setakat menyuruh pakai tudung, soal individu tu nak pakai lebih kurang, itu terpulang kepada individu tu sendiri. Cuba lihat temasya pantai di Bachok. Berpuluh-puluh gerai ada kat situ. Bila masuk waktu solat, akan ada sorang penguat-kuasa dengan menggunakan pembesar-suara, dia akan bagitau kepada orangramai bahwa waktu solat dah masuk dan dia akan menganjurkan supaya semua pakat pi sembahyang dulu. Ada ka
ekspo di tempat-tempat selain di Kelantan buat macam tu?...Mana ada. Ini dia tuan-tuan yang kata pemimpin yang menggunakan agama untuk menegakkan agama. Jadi, adakah patut orang yang juga mengaku Islam mengambil kaedah sumpah meminta laknat Allah dengan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan seperti ini?...Kita harap tuan-tuan jangan jadi macam golongan ini, sebab kaedah yang digunakan itu merupakan satu contoh pengkhianatan kepada satu kerajaan yang ingin merealisasikan keIslaman dalam masyarakat. ]
4) Jika seseorang yang dicekikan itu bernafas selepas dicekikkan tadi, dan selepas itu ia pun sihat, kemudian ia mati, maka dalam kes ini tidak wajib dikenakan hukuman qisas ke atas penjinayah itu, kerana zahirnya seseorang tadi mati bukanlah disebabkan cekikan itu.
[ Contohnya cuba lihat dalam kes kewafatan Nabi saw yang menjadi ikhtilaf dikalangan para ulama` sirah. Kalau baca dalam kitab ar-Rahiq al-Makhtum, ulama` yang menulis kitab itu membuat kesimpulan bahwa Nabi saw wafat adalah kerana kesan racun yang pernah diberi oleh wanita Yahudi di Khaibar. Ini berdalilkan, dalam suatu riwayat yang sahih ketika Nabi nak wafat di atas ribaan Saidatina Aisyah ra, Nabi sempat berkata bahwa baginda masih merasai racun Khaibar. Namun kalau baca kitab-kitab sirah yang lain, ramai ulama` tidak membuat kesimpulan seperti yang ulama kitab ar-Rahiq al-Makhtum lakukan, sebab selepas Nabi diracun dalam peristiwa di Khaibar, baginda kembali sihat. Jadi, ulama-ulama yang lainnya mengambil kaedah seperti yang disebut dalam perenggan di atas ini. ]
Allahu`alam.
27/11/05
Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
