Tahniah diucapkan kepada saudara yang telah mengusahakan website ini. Sesungguhnya website ini adalah sangat berguna bukan saja kepada masyarakat Negeri Sembilan tetapi juga kepada masyarakat Malaysia keseluruhannya. Andainya tidak ada usaha begini dijalankan tentu saja masyarakat ramai tidak akan kenal tokoh-tokoh penting agama yang telah banyak menabur bakti. Ia juga adalah sangat berguna kepada pengkaji dan pelajar yang ingin mengetahui secara mendalam mengenai ulamak tanah air.
 
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi sedikit pandangan mengenai website ini. Secara asasnya ia sudah mempunyai bahan yang agak baik untuk dijadikan rujukan.
1. Saya cadangkan supaya senarai nama ulamak itu di letakkan di bahagian atas, kemudian pembaca boleh klik ke mana-mana nama yang mereka  ingin baca tanpa kena skrol begitu jauh ke bawah.
2. Masukkan banyak lagi gambar-gambar tokoh itu, kalau ada.
3. Bahan-bahan mengenai tokoh-tokoh ini boleh ditokok tambah lagi dengan membuat temubual dengan saudara mara, sahabat dan murid-murid tokoh itu. Contohnya bahan-bahan Tok Guru Galau ada banyak lagi boleh dimuatkan kerana anak-anak, cucu dan jirannya masih ada di Kg Galau., Malah gambarnya pun boleh didapati lagi.
4. Mungkin dari segi grafik website ini masih boleh diperbaiki lagi dengan meminta bantuan grafik designer supaya dapat menarik minat ramai pembaca khususnya dari kalangan anak-anak muda.
 
Sekian, sekadar memberi sedikit pandangan yang ikhlas.
 
Eraziz
 
 


[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Selama ini kita sering mendengar negeri-negeri seperti
Perak, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan
melahirkan ramai ulamak di Malaysia. Tahukah kita
N.Sembilan juga telah melahirkan ramai golongan ulamak
?

Untuk menyusuri kisah ulamak silam Negeri Sembilan
untuk dijadikan panduan generasi kini sila ke laman
web TOKOH ULAMA NEGERI ADAT PERPATIH
http://afdhal2004.blogdrive.com/

Disediakan riwayat hidup para ulama silam dari Negeri
Adat Perpatih. Penyusun laman web tersebut merakamkan
jazakAllahu khairan kathira khusus untuk Ust Nawawi
Haji Indek yang terlebih dahulu berusaha menjejaki
para alim ulama terdahulu dan Ust Haji Azraie Haji
Omar yang sudi menghulurkan tangan untuk membantu
penyusun.

Para pembaca yang sempat melihat laman yang disediakan
ini, diharapkan dapat memberi komen membina atau
pembetulan maklumat bagi mengemaskinikan rencana ini.
Sila hubungi penyusun di alamat [EMAIL PROTECTED]

Apalah kiranya jika saudara/i dapat sedekahkan al
Fatihah untuk para ulama ini, guru-guru, ibubapa,
nenek moyang dan saudara-saudara kita yang telah
mendahului kita. Tanpa mereka siapalah kita, khusus
juga untuk Allahyarham bapa penyusun Baharuddin
Muhamad dan kerabatnya. Al Fatihah.

Antara kisah para ulamak N.Sembilan yang terdapat
dalam laman ini ialah :

1. Haji Hassan Basir ( 1915 – 1978)
2. Haji Abdul Ghani Mohd Nor ( 1887 – 1937 )
3. Haji Abdul Majid Abdul Karim ( 1906 – 1978)
4. Haji Muhamad Haji Mustaffa ( 1900 – 1950)
5. Haji Muhamad Haji Itam ( 1886 – 1969)
6. Haji Muhamad Haji Daud ( 1887 – 1969)
7. Haji Dahat Haji Muhamad Nor ( 1844 – 1937 )
8. Haji Mohd Yatim Bin Zainal Abidin ( 1903 – 1979)
9. Haji Luna Bin Haji Sidek ( 1880 – 1953)
10. Haji Idris Bin Dato’ Udin ( 1860 – 1935)
11. Lebai Muhamadiah Bin Muhamad Zain
12. Dato’ Haji Tan Ahmad Bin Muhamad Zain
13. Sheikh Ahmad Sheikh Ibrahim ( 1887 – 1989)
14. Maulana Lebai Maadah Bin Layang ( 1895 – 1943)
15. Haji Zakaria Mohd Kari ( 1890 – 1953)
16. Haji Darun Haji Ibrahim ( 1840 – 1949)
17. Tuan Tulis @ Ismail Jaaman ( 1840 - 1923)
18. Haji Abdul Majid Haji Ibrahim ( 1850 – 1909)
19. Haji Ahmad Zain Dagang ( 1866 – 1959)
20. Haji Ahmad Kepis ( 1926 – 2003 )
21. Sheikh Haji Jamaludin Haji Idris ( 1814– 1887 )
22. Sheikh Haji Muhamad Said Jamaluddin ( 1875 – 1926
)
23. Sheikh Haji Abdullah Haji Muhamad Said ( 1905 –
1956 )
24. Sheikh Haji Ahmad Haji Muhamad Said ( 1912 – 1964
)
25. LEBAI ABBAS ZAKARIA ( 1862 – 1926 )
26. HAJI MUSTAFA HAJI AHMAD ( 1866 – 1927 )
27. Sheikh Ahmad Mahktum ( 1400 - 1467 )
28. Haji Ali Bin Haji Musa ( 1926 – 1998 )


Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com








__________________________________
Yahoo! Mail - PC Magazine Editors' Choice 2005
http://mail.yahoo.com




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/






To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke