Anda tidak mempunyai keyakinan diri? Gagal setiap kali ditemu duga? Mengapa? Mana silapnya? Sebenarnya, tidak semua orang mempunyai kemahiran temu duga.
Hal ini menyebabkan banyak calon yang ditemu duga gagal mendapatkan pekerjaan. Menurut Menteri Sumber Manusia, Dr Fong Chan Onn, graduan di negara ini tidak menunjukkan interaksi dalam pasukan, tidak mempunyai keyakinan diri dan tidak membayangkan atau menyuarakan kebolehan mereka semasa ditemu duga.

Buku Menguasai Kemahiran Temu Duga dan Panduan Mencari Pekerjaan untuk Remaja akan memberi anda panduan untuk mendapatkan pekerjaan, teknik-teknik menghadiri temu duga dan bidang-bidang yang boleh diceburi mengikut kemahiran dan minat anda.

Pada masa ini kita banyak mendengar tentang ramai remaja yang tidak mempunyai pekerjaan walaupun memperoleh kelulusan akademik yang tinggi. Ada juga remaja yang terpaksa bekerja untuk membantu keluarga. Kesukaran untuk mendapat pekerjaan boleh membawa tekanan kepada kebanyakan individu.

Buku ini ditulis dengan harapan dapat dimanfaatkan sebagai satu panduan untuk remaja terutama sekali remaja lepasan sekolah menengah yang ingin mencari pekerjaan selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Buku ini juga sesuai untuk golongan siswazah yang masih belum mendapat pekerjaan yang sesuai dan masih dalam pencarian.




ISBN 983-3291-60-0
Penerbit: Perintis Books Sdn. Bhd.
Muka surat: 112 muka surat
Penulis : Amin Hazyq
Harga: RM12.00 (termasuk pos)
Untuk maklumat lanjut, sila telefon 03-9019 5303



--------------------------------------------------------------------------------

Buku Ujian Aptitud - Tentukan Kerjaya Anda! ditulis sebagai panduan bagi individu yang masih mencari arah tuju dan bidang kerjaya yang sesuai dengan kebolehan, personaliti dan motivasi  masing-masing.

Adakah anda bingung memikirkan aliran atau kursus yang harus anda ambil yang sesuai dengan anda? Adakah anda ingin memilih aliran sains atau sastera? Mungkin juga perakaunan? Adakah anda sedang mencari pekerjaan, tetapi tidak pasti kerjaya apakah yang sesuai dengan kehendak dan personaliti anda? Ataupun anda sudah bekerja, tetapi masih merasakan bahawa pekerjaan yang anda lakukan tidak serasi dengan anda dan kerjaya tersebut sebenarnya bukan yang anda impi-impikan selama ini?

Jika anda berada dalam dilema untuk memilih, Ujian Kebolehan, Ujian Personaliti dan Ujian Motivasi yang dikemukakan dalam buku ini mungkin boleh memberi jawapan kepada soalan-soalan yang sedang anda cari selama ini.

Buku ini bertujuan untuk memberi panduan kepada sesiapa sahaja yang ingin berjaya dalam karier masing-masing. Buku ini dapat membantu anda menilai kebolehan diri anda dan seterusnya mentafsir bidang yang manakah lebih sesuai dengan kebolehan dan minat anda.


 

ISBN 983-3291-58-6
Penerbit: Perintis Books Sdn. Bhd.
Muka surat: 128 muka surat
Penulis : Amin Hazyq
Harga: RM18.00 (termasuk pos)
Untuk maklumat lanjut, sila telefon 03-9019 5303





--------------------------------------------------------------------------------

TENTANG PENULIS

--------------------------------------------------------------------------------

Amin Hazyq

Penulis merupakan seorang graduan lulusan University Of Bradford, United Kingdom yang telah lama berkecimpung dalam bidang pengurusan sumber manusia. Beliau bertugas di sebuah syarikat swasta dan bertanggungjawab dalam soal-soal yang berkaitan dengan operasi syarikat. Ini termasuk hal-hal yang berkaitan dengan pengambilan pekerja baru, menganjurkan pelbagai program latihan untuk meningkatkan prestasi pekerja dan merangka pelbagai rancangan dan insentif untuk tujuan motivasi pekerja.

Dari semasa ke semasa, beliau ditugaskan untuk menilai mutu kerja setiap kakitangan dan memastikan setiap tugasan yang diberikan bersesuaian dengan kebolehan mereka.



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke