From: [EMAIL PROTECTED]
To: Cinta Gadis Yahudi

KUTEMUI gadis Yahudi itu secara kebetulan. Ketika dia masih
tercangak-cangak di hadapan Old College di New Promenade, aku lantas
menghulurkan bantuan. Barangkali dia tersilap informasi sehingga
tersasar
haluan di pekan Aberystwyth itu.

"Mahu ke mana?" sapaku ketika kami bertiga dari North Beach petang
minggu
dalam musim bunga.

"University of Wales!" jawabnya sambil menyebak rambut perang yang
melitupi wajah pucat. Bebola matanya biru nipis galak memandang kami
yang
sawo matang. Kehairanan mungkin!

"Baru tiba?!"

"Emm... !!"

"Dari mana?"

"Tel Aviv!"

Jawapan itu menjadikan kami bertiga berpandangan .Namun, kami
cepat-cepat
berlakon selamba.Seperti tidak ada apa-apa.Walaupun sebenarnya diantara
aku, HaiQal dan Ridwan dengan gadis itu seperti langit dengan bumi.
Perbezaan kami bukan dari warna kulit, akan tetapi lebih jauh daripada
itu.
Dia Yahudi totok barangkali. Bagaimana harus aku melunasi kerak
kebencian
terhadap satu bangsa yang jijik sejarahnya itu.

"Saya tersesat! Barangkali saudara boleh membantu!"

Ada nada merayu simpati dalam ungkapannya. Dia orang baru yang bakal
menjadi warga Aberystwyth untuk beberapa waktu, mungkin empat tahun.
Aku
hanya bersetuju walau dalam hati ada rasa kejengkelan. DiaYahudi totok,
musuh sejak lama. Kami tidak punya hubungan apa-apa.Terlalu jauh beza,
bangsa, budaya, apatah lagi agama. Permusuhan ini termaktub dalam
kitab-kitab utama. Dan hingga kehari ini api itu masih marak seperti
bumi
Palestin yang terbakar. Aku melaksanakan tugas kemanusiaan, tanpa mahu
berlama-lama mengiringi sekujur tubuh yang membawa jiwa permusuhan.
Selesai
saja masalahnya, aku segera beredar, sambil membuang segala ingatan
tentangnya. Minta dijauhkan daripada bertemu lagi. Keturunannya tidak
ada
hubungan apa-apa dengan keturunanku, apatah lagi agamaku. Negaranya
tidak
ada hubungan diplomatik dengan negaraku. Tidak kuduga, dia tinggal
sekolej
denganku. Ah, kebetulan.

Waktu makan malam hari berikutnya, aku disapa dari belakang. Malah dia
mendesak aku untuk duduk semeja. Barangkali mahu mencari perlindungan
daripada terjahan mata galak senior. Aku yang sudah dua tahun di sini
mungkin selamat untuk didampingi.

"Saya Abigail Netanya," tangan putihnya pantas dihulur.

Aku teragak-agak menerima salam perkenalan itu. Aku berasa diperhatikan
oleh seribumata, terutama mata dari rakan-rakan senegara. Malah semua
mata
di tanahair seakan-akan menjegil ! tunak ke arahku. Kedinginan musim
bunga
di Aberystwyth tiba-tiba saja berubah pijar.

"Saya Shahril!" aku menyambut salam perkenalan itu.

Tidak manis tidak menerima salam orang lain. Kemanusiaan melebihi
garisan
budaya dan agama. Dan malam itu aku duduk dan makan semeja dengan
seorang
gadis Yahudi totok. Aku lebih banyak diam daripada bercakap. Jiwaku
masih
belum dapat menerima bahawa aku akan duduk di depan seorang yang
berjiwa
permusuhan. Sekali lagi aku bertekad untuk berbuat sesuatu. Aku tidak
mahu
bertemu lagi dengan gadis bermata biru itu.

Sepanjang malam aku terbayang kerakusan serangan di Ramallah.Aku
terbayang
ledakan-ledakan maut yang mewarnai bumi Nablus dan Jenin. Sepanjang
malam
itu terbayang wajah Yasser Arafat yang terketar-ketar bibirnya diasak
peluru kereta kebal sehingga meruntuhkan pertahanan terakhir.Yang
tinggal
hanya kamar sempit, terlalu sempit bagi seorang yang bergelar pemimpin
negara.

Esoknya, dia datang lagi. Dan kami duduk semeja lagi. Sehingga suatu
petang dia memintaku menghantarnya ke Queen's Avenue. Aku tidak dapat
menolak. Petang itu kubawa dia melalui Portland Street, Bath Street
sehingga ke Queen's Avenue. Aku mula merasakan sesuatu.

"Abigail... !

"Panggil aku Girl... !"

"Tidak perlu aku.."

"Itu nama manjaku. Hanya ibu yang memanggilku dengan nama itu,"

"Maksudku... " Hilang Kata-kata itu hilang tanpa sempat aku
meluahkannnya.

Aku tidak mahu berterusan berkawan dengan seorang yang berjiwa
permusuhan.
Sebenarnya, aku sedang bermusuh dengannya. Aku tahu yang dia cukup
mengerti tentang itu. Lebih-lebih lagi apabila aku memberitahu bahawa
aku
beragama Islam, datang dari sebuah negara Islam di Asia Tenggara.

"Aku sayang kamu Shah... !"

"Ti..tidak! Tidak mungkin... !"

"Cinta tidak mengira agama shah... !"

"Tetapi, kita tidak boleh meneruskannya... " "Siapa kata tidak?!"

"Semuanya akan berkata tidak! Kita tidak boleh begini... !"

Dalam tidak mahu itu, aku semakin terbabas ke dalam medan musuh.Dia
sebenarnya musuh yang tidak seganas bangsanya meragut nyawa rakyat
Palestin.Tetapi dia tetap berlabel musuh.Aku semakin terpengaruh dengan
musuh itu.Aku amat takut suatu hari nanti dia akan menjadi musuh dalam
selimutku sendiri.

Aku perlu bertindak pantas. Aku berpindah dari Student Village di
Pentre
Jane Morangan ke Seafront Residences Brynderw berhadapan dengan
Cardigan
Bay. Biarpun kucekalkan hati, aku sebenarnya mula berasa kehilangan
seketika.Sehingga suatu hari pintu kamarku diketuk.

"Kau lari daripada aku, Shah?"

"Tidak! Tidak Girl.Cuma aku... "

"Kau membenci aku! Hanya kerana aku Yahudi,"

"Susah... susah untuk kuterangkan kepadamu,"

"Shah, aku kebetulan dilahirkan dalam keluarga Yahudi.Tetapi aku
manusia
biasa seperti kamu, seperti HaiQal dan Ridwan. Di Tel Aviv aku
menyertai
pertubuhan antikeganasan. Kau tidak boleh membuat generalisasi terhadap
aku!"

"Kita hanya layak berkawan saja.Itupun atas dasar kebetulan,Girl.Tidak
lebih daripada itu.Ada sempadan besar yang merentang di antara kita,"

"Aku mahu berhijrah ke seberang sempadan itu!"

Aku bungkam dengan penyataan yang keluar dari bibir merah gadis
berambut
perang itu. Aku buntu. Tetapi aku tidak harus kalah dalam permainan
perasaan ini. Aku tidak harus menyerah. Langkah terbaik hanya
kunantikan
saat kami berpisah. Aku akan menyelesaikan pengajian sarjana dalam
bidang
kejuruteraan.Selepas itu akan pulang ketanah air. Barangkali ini saja
cara
yang dapat membebaskan musuh yang kudampingi semakin hampir ini. Semakin
hampir sehingga tidak dapat kubohong ihati dan perasaanku.

Akhirnya, saat yang kunantikan tiba juga. Setelah dua tahun aku
berdepan
dengan musuh keturunan dan agama, aku menunggu saat untuk berangkat.
Biarkan dia ditanah Aberyswyth itu. Dia sudah lama di sini dan punya
ramai
kenalan.Tidak lama lagi dia juga akan menamatkan pengajian komputernya.
Dia akan balik ke Tel Aviv. Dia akan membantu membunuh umat Islam di
bumi
Palestin. Itulah yang ada dalam fikiranku. Dia Yahudi totok. Yahudi
tetap
Yahudi. Aku tidak mahu bersubahat lagi dalam perkara ini.Cukuplah. Aku
hanya menantikan saat untuk pulang. Dia tetap musuhku, biarpun
sebenarnya
sebagai manusia aku semakin sayang kepadanya.

"shah,boleh kukatakan sesuatu kepadamu... "

"Katakan Girl.Yang pasti aku mahu pulang ke tanah airku!"

"Aku mahu ikut kau pulang ke Malaysia!"

Darahku seperti berhenti mengalir sejenak. Kerongkongku seperti
disumbat
kain yang basah oleh darah rakyat Palestin. Kita tidak ada hubungan
apa-apa.Tiada hubungan diplomatik.Tiada hubungan agama.

Aku ingat ketika pasukan kriket negaranya datang ke Malaysia,
keadaannya
amat kecoh. Ramai yang berdemonstrasi menentang kedatangan itu.
Mustahil
aku akan membawa balik seorang gadis Yahudi totok.

"Itu sesuatu yang sangat mustahil,Girl,"

"Aku sudah buat keputusan... !"

"Itu keputusan kamu,bukan aku!"

"Aku telah ke musalla kampus minggu lepas,"

"Buat apa?"

Soalan itu tidak terjawab. Aku masih diserang kegugupan yang serius.
Dalam
hati ini, aku tidak dapat menafikan bahawa jiwa lelakiku telah mula
memuja
wajah lembutnya, rambut perang keemasannya, mata birunya, dan semua
yang
ada pada dirinya.Akan tetapi aku masih mampu bertahan.Ini soal besar.
Membabitkan negara, lebih-lebih lagi agamaku yang suci.

Musim bunga di Pekan Penglais itu bakal menjadi yang terakhir buatku.
Beberapa musim yang lalu, aku sering bersama Girl, berjalan dari kampus
University of Waleske pusat bandar. Tidak jauh, hanya lima belas minit
dalam keadaan biasa.Tetapi, aku dan Girl akan mengambil masa yang
lebih.Terutamanya apabila Aberystwyth disirami hujan kerana
kedudukannya
yang hampir dengan pantai barat, berdepan pula dengan Cardigan Bay.

Kami berjalan melalui Old College yang menempatkan Jabatan Bahasa dan
Kesusasteraan, dan Jabatan Pendidikan. Sering juga aku dan Girl
menghabiskan cuti hujung minggu di North Beach, mengambil angin segar
di
sepanjang Marine Terraces ehingga ke VictoriaTerrace di hujung sebelah
utara. Atau kami berpeleseran di stesen bas di Alexandra Road. Semuanya
menjadikan aku dan Girl seperti sepasang kekasih.Tetapi dia tetap musuh
kepadaku. Aku tidak harus percaya dengan mudah segala kata manisnya.

"Aku serius shah... !"

"Maksud kamu Girl?"

"Aku mahu terus berada di sampingmu... "

"Hanya untuk itu?"

"Tidak shah! Aku sudah lama mahu melakukannya di negeriku.Tetapi keadaan
tidak mengizinkan!"

"Sukar untuk kupercaya,Girl!"

"Terpulang! Tapi aku akan buktikan kepadamu shah,"

Mata birunya kulihat basah.Tangisan itu masih meragukan hatiku.
Benarkah
dia ikhlas dengan semua yang diperkatakan. Atau dia sengaja mahu
memerangkap aku, sementelah kami sememangnya musuh yang panjang
sejarahnya. Adakah aku akan tewas dengan air mata itu.

Aku pulang penghujung musim bunga setelah selesai majliskonvokesyen
sarjanaku. Hingga ke saat perpisahan kami di Heathrow, Girl masih merayu
aku dengan permintaan yang sama. Akan tetapi aku terpaksa bertegas,
walaupun pernah sekali kulihat dia bertelekung, seperti baru selesai
solat
ketika aku ke kediamannya.Bagiku musuh boleh berbuat apa saja untuk
memerangkap lawan.

Ketika aku mula bertugas di ibu kota, aku mula mendapat surat elektroni
daripada Girl. Dalam e-melnya, dia masih merayu agar aku berbuat
sesuatu.
Katanya dia akan menjadi seorang muslimah sejati sekiranya aku
memberikan
kata putus.Katanya, kalau boleh, dia tidak mahu pulang ke Tel Aviv.
Katanya dia sudah terlalu jijik melihat kekejaman manusia. Dan aku
masih
tidak percaya.

Dua tahun selepas aku pulang, Girl menamatkan pengajiannya.Kami terus
berhubung melalui siber. Dan malam itu apabila aku membuka kotak e-mel,
aku
terperanjat dengan isi kandungannya.

"Shah,aku merayu untuk sekian kalinya kepadamu. Namun aku sedar kau
seorang yang sangat kuat pendirian dan kukuh pegangan agama. Aku
hormati
pendirianmu. Aku sudah mengubah pendirianku untuk tidak pulang ke tanah
air. Aku tidak menyalahkanmu. Kini aku sebenarnya sudah berada di tanah
tumpah darahku sendiri. Maafkan aku Shah. Halalkan segala kenangan kita
ditanah Aberystwyth. Seperti yang kujanjikan padamu, aku sudah
berhijrah,
dan akan terus berhijrah. Untuk e-mel terakhir ini, aku nyatakan sekali
lagi dan yang terakhir, bahawa aku benar-benar mencintaimu. Selamat
tinggal Shah.Akan kubawa cinta suciku hingga mati."
Dariku,
Habibah Firdaus Abdullah @ Girl



Malam itu aku terkedu separuh mati menonton berita lewat Cable News
Network : ?Seorang gadis yang bernama Abigail Netanya meletupkan
dirinya
dalam sebuah disko dan membunuh tidak kurang daripada dua puluh remaja
rakyat Israel yang sedang bersuka ria.?

Dialah Abigail yang kukenali.Abigail yang benar-benar telah berhijrah.
Malam itu juga, aku berzikir panjang, bertahlil seorang diri untuk roh
seorang yang pernah hadir dalam hidupku. Semoga rohnya diterima dalam
kelompok mereka yang syahid.

~~Slash~~~
[EMAIL PROTECTED] 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke