PENUH SESAK.....Berpuluh ribu membanjiri ceramah Anwar Ibrahim di Stadium Mini Pasir Mas malam tadi. Dalam ceramah itu Anwar menegaskan pilihan raya kecil Pengkalan Pasir ini akan membuka jalan untuk penubuhan Barisan Alternatif Baru untuk rakyat negara ini.Foto Nasir Sudin dan Wan Zahari.
 
Pengkalan Pasir permulaan muafakat baru BA
Monday, November 28 @ 20:49:08 MYT


“Kita bukan main-main dan sedang bergerak menuju ke arah matlamat tersebut. Akhirnya kita akan menukar pemerintah yang ada sekarang,” kata Anwar pada ceramah membantu calon PAS pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir di Mini Stadium Pasir Mas malam tadi.
PENGKALAN PASIR, 28 Nov (Hrkh)- Bekas Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Anwar Ibrahim memberitahu muafakat Barisan Alternatif (BA) baru dalam arena politik di negara ini bermula di Pengkalan Pasir.

Beliau berkata, permulaan itu bagi mengepalai perubahan halatuju ummah, masyarakat dan rakyat berbilang kaum tanpa rasuah dan penyelewengan serta memperjuangkan keadilan.
“Kita mahu detik yang bermula di Pangkalan Pasir 6 Disember ini gerak kerja ke arah mencapai matlamat tersebut bagi melahirkan ummah dan rakyat dan pentadbiran yang benar-benar bersih.
 
“Kita bukan main-main dan sedang bergerak menuju ke arah matlamat tersebut. Akhirnya kita akan menukar pemerintah yang ada sekarang,” katanya pada ceramah membantu calon PAS pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir di Mini Stadium Pasir Mas malam tadi.
Puluhan ribu hadir pada ceramah tersebut yang turut disertai Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan pemimpin-pemimpin kanan PAS serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, janji Dato’ Seri Najib Razak mahu membina universiti di negeri ini sekiranya BN menang tidak lebih sebagai omongan semata-mata.
“Hendak buat universiti macam mana, kerajaan sekarang sudah tidak ada duit lagi. Janji itu hanya bohong semata-mata bagi mempengaruhi rakyat di Pengkalan Pasir,” ujarnya.
Beliau juga memberitahu begitu kasihan kepada jentera Pemuda, Puteri dan Putera Umno kerana mereka tidak mempunyai hala tuju perjuangan yang jelas.
Katanya, sepatutnya menjadi hala tuju perjuangan mereka iaitu melahirkan sebuah kerajaan yang benar-benar bersih dan bukan turut bersengkongkol dengan pemimpin yang ada sekarang.


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke