Mengapa Uthman El-Muhammadi mengamok dan menuduh Arab Saudi sesat sedangkan beliau sendiri adalah tokoh ajaran sesat. Bacalah karya salah seorang bekas pengikutnya:
 
Oleh Tun Paduka Tuan 
 

Dari Penganut Ajaran Sesat Kepada Tokoh Ma’al Hijrah

 
HAKIKAT UTHMAN EL-MUHAMMADY!!!

 

             Mungkin ramai yang tidak kenal siapa dia Uthman yang berjanggut merah itu. Orang kenal dia sebagai seorang penulis Islam dan pendakwah bebas. Beliau selalu muncul dalam forum dan juga majlis anjuran kerajaan. Orang mengenali peribadinya setakat itu sahaja. Mendengar ilmu dan juga syarahannya tentu orang akan terpegun dan menganggapnya seorang tok guru yang hebat, warak, zuhud bertaraf ariffinbilah.
 
Orang tidak tahu tawarikh hidupnya. Karektornya, kealiman dan ketinggian ilmunya di dalam agama. Sebenarnya sejarah Uthman di dalam agama bukan putih tetapi kelabu tahi anjing. Tetapi disebabkan sejarah itu ramai yang tidak tahu maka orang menganggapnya sebagai wali.
 
Namun pun begitu ia tidak akan hilang buat selama-lamanya. Bila disebut nama Uthman orang yang kenal dan baca sejarah akan ingat kepada hal-hal misteri dan aneh mengenai dirinya.
 
Akhir tahun 1970-an Uthman menubuhkan sebuah kumpulannya (agama) sendiri bertempat di Tal Tujuh (dekat rumah salah seorang 'tiga abdul'.) Kumpulannya berjubah dan berserban. Tetapi jubah dan serbannya bukan macam kumpulan Arqam pimpinan Ashaari Muhammad yang mendakwa dirinya Imam Mahdi itu.

            Jubah puak Uthman yang dikenali dengan puak jemaah Tal Tujuh ini putih dan biasa sahaja dengan mata bercelak macam mata burung 'wow..wow'. Namun cara dan corak kehidupannya sama dengan Arqam. Mereka tidak bergaul dengan masyarakat luar dan hidup dalam kelompok sendiri. Mereka juga fanatik dan ekstrem dengan fahaman ortodoks sehinggakan tidak bergaul dan bercampur dengan orang luar.

 
 Untuk keperluan hidup, mereka menjalankan perniagaan dan pertanian sendiri. Mereka berkebun, mengusahakan kilang roti, kicap dan cilisos. Perkampungan itu
juga ada kelas pengajian mereka sendiri.
 
Kebanyakan pengikut Uthman terdiri dari golongan cerdik pandai. Banyak pensyarah dan penuntut universiti yang terikut dengannya. Uthman juga ada mengamalkan tarikat - makan siang puasa malam! Hidup zuhud kononnya. Semua hal-hal dunia, kemewahan tidak boleh diguna pakai kerana ia menghijabkan iman. Kemudahan ini adalah sesuatu yang menyesatkan.
 
Beliau melarang pengikutnya menonton televisyen dan mendengar radio ataupun membaca akhbar dan majalah. Menurut mazhabnya semua itu haram. Potret wajah
tidak boleh disiarkan dalam TV atau majalah. Jadi mana-mana pengikut yang dulu beli TV dan radio disuruh menjual atau membuangnya ke dalam sungai atau laut.
 
Ramai yang terpengaruh dan lama kelamaan kumpulan itu membesar. Uthman secara tidak langsung diangkat menjadi Sheikh atau Imam besar kumpulan Tal Tujuh itu. Hidupnya pun bergaya ala seorang imam mujtahid. Makan dan minum anak dan keluarga pun dijaga oleh ahli. Beliau tidak perlu berbuat apa-apa lagi melainkan hanya menulis dan mengajar sahaja.

 
 Yang bekerja menyara kehidupannya ialah para pengikutnya. Salah seorang kawannya semasa di universiti bertindak menjadi pengarah kampung berkenaan. Kawannya ini berkorban meninggalkan kerja sebagai pensyarah untuk menumpukan masa dan tenaga
membangunkan jemaah berkenaan.
 
Selama mana sangat bangkai boleh diselindungi? Lama-kelamaan tembelang ini terdedah juga. Akhirnya timbul perbalahan di antara pensyarah ini dengan
Uthman. Pensyarah itu tidak senang dengan tindak-tanduk Uthman yang memperalatkannya dan menggunakan segala kemudahan di perkampungan itu
untuk kepentingannya.


 Pengikutnya juga tidak berpuas hati dengan Uthman dan akhirnya mereka semua bertindak 'mufarakah' - memulaukannya. Sejak itu beliau perlahan-lahan meninggalkan perkampungan dan jemaah yang dibinanya sendiri. Beliau mencari jalan lain dan beruzlah daripada kumpulan Tal Tujuh itu.
 
Daripada sinilah beliau membetulkan semula akiqahnya yang songsang dan mencampuri orang ramai semula untuk menyambungkan kehidupannya. Peganganya juga selama ini perlahan-lahan dibuang dari mihrab keimanannya. Apa yang diharamkan dahulu, TV, surat khabar telah dihalalkan semula. Uthman telah menemui kitab baru yang membolehkan beliau larut dalam segala kemodenan.
 
 Beliau mula dipanggil untuk memberi ceramah dan menyampaikan kertas kerja dalam bidangnya -pengajian Islam di seminar dan simposium. Pendapatannya sudah lumayan. Lama kelamaan beliau tertanggal dengan fahaman dan hukum hakam yang dibuatnya itu. Akhirnya beliau boleh muncul di televisyen dan terpampanglah janggut merahnya kepada khalayak.
 
 Penulis sendiri ada pengalaman dengan Tokoh Maal Hijrah Islam Hadhari ini. Semasa menguruskan sebuah penerbitan, penulis pernah menyiarkan sedutan sebuah kertas kerjanya. Beberapa hari selepas penyiaran itu, Uthman telefon penulis minta bayaran.
              Disebabkan peruntukan kewangan tidak mencukupi, penulis minta tangguh, tetapi diherdiknya penulis sebagai maling. Sikap bakhilnya ini menyebabkan
penulis menjawab herdikannya itu dengan menyatakan; kalau Muhammad s.a.w ingin memperdagangkan ilmunya, cukup dengan sepatah bismillah sahaja baginda akan
menjadi kaya raya dan jutawan, tetapi Muhammad tidak bersikap begitu, baginya ilmu adalah satu sedekah.!
 
             Bagaimana pun penulis tetap juga membuat bayaran di atas petikan kertas kerja tidak seberapa itu. Itulah sikap dan hati budi Tokoh Maal Hijrah Islam Hadhari berjanggut merah macam bulu jangung ini. Nampak sangat dia ini mata duitan dan hidupnya kini lebih mementingkan dunia daripada akhirat. Inilah ulama as-sook.. yang hidup dengan memperdagangkan ilmu yang Allah kurniakan kepadanya.
 
Itulah latar belakang dan juga profil Tokoh Maal Hijrah tahun ini. Ramai yang tidak tahu hal ini. Tetapi mereka yang tahu akan menggaru kepala macam mana boleh dipilih menjadi Tokoh Maal Hijrah. Bagaimana pun mereka yang arif dengan konsep Islam Hadhari itu, sedikit pun tidak akan hairan kerana wajarlah kalau si buta berkawan dengan si kudung. Dan jangan terkejut Tokoh Maal Hijrah tahun hadapan
ialah Ashaari Muhammad pula.  - Reformasi.

 
 Tun Paduka Tuan


 
 


[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
BERSEMANGAT.....Calon PAS, Haji Hanifa Ahmad, 59 dijulang tangannya oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas majlis pengisytiharan calon di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas kira-kira jam 11.00 malam tadi. Ribuan hadir pada majlis tersebut sehingga bahagian dalam dewan penuh sesak. Kehadiran di luar dewan turut melimpah ke jalan raya. Turut hadir Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Salahuddin Ayub dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Kelantan, Nik Mahmood Nik Hassan. Pengisytiharan itu diiringi laungan takbir berkali-kali.Foto Nasir Sudin.
 
Haji Hanifa Ahmad calon PAS DUN Pengkalan Pasir
Saturday, November 26 @ 01:03:16 MYT


Majlis pengisytiharan yang cukup bersejarah itu diadakan di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas dilakukan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
PASIR MAS, 26 Nov (Hrkh) - Haji Hanifa Ahmad, 59 atau lebih mesra sebagai ‘Abang Par’ diisytihar mewakili PAS bertanding pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir pada 6 Disember ini.

Turut hadir, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung, Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Kelantan, Nik Mahmood Nik Hassan.
Ribuan hadir pada majlis berkenaan sehingga dalam dewan penuh sesak,di luar dewan orang ramai bersesak-sesak sehingga ke jalan raya.
Hanifa sebelum ini pada 1978 hingga 1982 pernah menjadi wakil rakyat di DUN Meranti. Ketika itu juga beliau adalah anggota Exco kerajaan negeri yang mempengerusikan jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pentadbiran Awam.
Dilahirkan di Kampung Kubang Bemban pada 8 Ogos 1946, dari keluarga pengasas PAS di Pasir Mas. Begitu juga di sebelah isterinya, Hajah Zaharah Rosminah Amaluddin, 56. Bapa mertuanya, Amaluddin Darus juga pengasas di Kelantan. Seorang tokoh perjuangan Islam yang tidak asing lagi dikenali kawan dan lawan.
Sekarang Abang Par dinobatkan kembali untuk menduduki tempat lama yang sudah menjadi sedarah sedaging dengan keluarganya. Abangnya Daud Yatimee juga seorang bekas wakil rakyat. Begitu juga bapanya, Ahmad Daud.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim, kemudian melanjut pengajian ke Kolej Cima di Kuala Lumpur dan meneruskan pendidikan tinggi di Universiti Malaya, mendapat BA Hons.
Selepas itu menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai tadbir diplomatik. Jawatannya yang pertama sebagai Penolong Pegawai Daerah Temerloh pada 1972. Kemudian bertukar sebagai pegawai pembangunan di Negeri Sembilan, Penolong Pengarah di Jabatan Perdana Menteri.
Pada 1969 – 1978 beliau juga sebagai ahli sosiologis bagi perunding Enex of New Zealand yang membuat kajian berkaitan Kelantan River Base Study. Pada 1982 – 1990 menjalankan perniagaan sendiri di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun menyertai Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) pada 1991 dengan berkhidmat sebagai Pengurus Besar KBC Sdn Bhd, kemudian sebagai Pengurus Besar Damai Sdn Bhd dan pada 1999 hingga 2001 dilantik Timbalan Ketua Eksekutif PKINK.
Pada 2001 sehingga 23 November lalu menerajui PKINK sebagai Ketua Eksekutif. Ketika di bawah teraju anak-anak syarikat PKINK berjaya mencatat keuntungan, di mana unjuran keuntungan bersih sebelum cukai tahun dianggar sebanyak RM33.58 juta.
Manakala penglibatan dengan parti bermula sejak awal lagi, di mana pada 1991 – 1993 sebagai anggota jawatankuasa PAS kawasan Pasir Mas, Ketua Penerangan kawasan (1993 – 1995), setiausaha (1995 – 2001) dan sekarang sebagai anggota jawatankuasa PAS kawasan berkenaan.
Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Jawatankuasa Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Ugama (Arab) Ismailiah, Pohon Buluh. Kini rakyat di Pengkalan Pasir cukup beruntung kerana mempunyai seorang pemimpin yang mesra rakyat, berpengalaman dalam pelbagai bidang dan penuh dedikasi.
- mJ

Win a Yahoo! Vespa NEW - Yahoo! Cars has 3 Vespa LX125s to be won Enter Now!


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke