Seperti AlArqam dan ajaran Ayah Pin, kerajaan mungkin beranggapan bahawa
fahaman Wahabi ini boleh mengganggu gugat amalan beragama dikalangan
orang Melayu/Islam di Malaysia ini dan seterusnya menimbulkan perpecahan
dikalangan mereka. Oleh itu dikeluarkan berita tentang Wahabi ini dalam
konteks yang negatif. Soal apakah itu sebenarnya fahaman Wahabi dan
apakah intipati ajaran fahaman Wahabi ini tidak diterangkan secara adil
dan saksama. Saya cadangkan pihak berkuasa agama supaya mengadakan
seminar atau bengkel mengenai fahaman Wahabi ini supaya rakyat
terutamanya Melayu/Islam mengetahui fahaman ini dengan mendalam.
Dari pengalaman membaca artikel Astora Jabat didalam Minggunan
Malaysia, saya berasa bahawa akhbar tempatan termasuk Mingguan Malaysia
bukanlah medium terbaik untuk mendapat pengetahuan mengenai agama Islam.
Jika cadangan ini tidak diterima, saya sarankan supaya pihak berkuasa
agama negeri-negeri supaya mengadakan kelas kelas tafsir Quran dan hadis
( yang sahih) supaya penduduk Islam dinegara ini mendapat lebih ilmu
mengenai isi Al Quran mengikut tafsir jumhur ulama dan juga pengetahuan
mengenai sunnah Rasulullah SAW yang diakui sahih seperti Sahaih Bukhari
dan Muslim.
Dengan ini dapatlah kita mengetahui kedudukan samada majlis tahlil,
membaca yasin pada malam Jumaat, talkin dan membuat binaan dikubur itu
sunnah atau tidak. Tidak perlu ada perbalahan mengenai perkara ini. Yang
perlu hanyalah mendalami pengetahuan didalam AlQuran dan sunnah Nabi SAW
dan secara otomatik, sesuatu perkara yang bidaah akan ditinggalkan
begitu sahaja.
Jika kedua-dua ini tidak dapat dilakukan, rakyat mungkin beranggapan
kerajaan mempunyai agenda lain dalam usaha kerajaan memerangi fahaman
Wahabi ini,. Tak ke begitu?
>>> PakNgah70 27/11/2005 08:48:47 >>>
Oleh NAZERI NONG SAMAH(Mingguan Malaysia, 27/11/2005)
KUALA LUMPUR 26 Nov. - Fahaman Wahhabi yang mengetepikan amalan sunah
umat
Islam negara ini sejak turun-temurun, kini dikatakan semakin
berkembang
terutama di kalangan cerdik pandai muda.
Kumpulan ini menolak amalan membaca al-Quran untuk orang yang
meninggal
dunia, membaca Yasin, qunut, tahlil, talkin, berdoa, berzikir, ziarah
kubur
dan pelbagai lagi perkara harus dan sunat yang menjadi amalan Ahli
Sunah
Waljamaah.
Mingguan Malaysia difahamkan, beberapa buah universiti menjadi
pangkalan dan
pusat bagi aliran yang disifatkan sebagai ultrakonservatif ini.
Difahamkan juga, aliran ini menjadi ikutan golongan muda yang mahu
melakukan
ibadah dengan mudah dan cepat, selain menganggap amalan yang sering
dilakukan oleh umat Islam di negara ini sebagai bidaah dan khurafat.
Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Muhammad
Uthman El-Muhammady yang banyak mengkaji mengenai fahaman ini bimbang
ia
mungkin menyebabkan berlaku pergeseran serius di kalangan ummah
berhubung
adat dan ibadat yang diamalkan di negara ini.
``Ahli Sunah Waljamaah mengikut Imam Al-Shafie yang kita amalkan
sekarang
jelas telah diterima dengan baik dalam kerajaan dan rakyat, tetapi
sudah
diresapi pula fahaman lain.
``Fahaman Wahhabi mengambil pendekatan keras, semata-mata memberi
penekanan
kepada Allah dengan menolak sunah Rasulullah, tawassul, syafaat dan
lain-lain,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Sehubungan itu katanya, adalah lebih wajar fahaman ini ditolak kerana
ia
bertentangan dengan Sunah Waljamaah yang menjadi ikutan majoriti umat
Islam
negara ini.
Muhammad Uthman berkata, fahaman ini diasaskan oleh Muhammad Abdul
Wahab
yang berketurunan Arab, bermula di Hijaz pada abad ke-18 Masihi iaitu
sekitar 1204 Hijrah.
``Fahaman Wahhabi itu sendiri ditentang oleh keluarga Muhammad Abdul
Wahab,
tetapi ia menjadi amat berpengaruh dengan pendekatan ekstremnya itu.
``Malah fahaman Wahhabi itu sendiri berkembang luas sehingga
menjatuhkan
kerajaan Uthmaniah serta melenyapkan khalifah Islam di Turki,''
katanya.
Menurutnya, dalam kitab Kashf Al-Shubuhat Fiqh Tauhid dan Risalatul
Al-Tauhid, fahaman puak Wahhabi turut memuatkan huraian al-Quran yang
pada
asalnya ditujukan kepada orang kafir tetapi fahaman ekstrem itu
ditujukan
pula kepada orang Islam yang tidak sehaluan dengan mereka.
Sehubungan itu, Muhammad Uthman berkata, keupayaan pengaruh fahaman
ekstrem
Wahhabi sehingga berjaya menggulingkan kerajaan Uthmaniah itu wajar
menjadi
peringatan kepada kerajaan negara ini.
``Fahaman Wahhabi begitu mudah mempengaruhi kerana ia mengambil
pendekatan
bahawa Islam tiada hubungan dengan kelebihan yang ada pada sunah
Rasulullah,
hadis mahupun sesama manusia.
``Mengikut fahaman ini, apa-apa yang menjadi adat dan ibadat selain
daripada
fahamannya adalah bidaah semata-mata,'' ujarnya.
Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan
Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Mohammad Yusof Hussain berkata,
umat
Islam di negara ini tidak boleh terikut-ikut dengan fahaman Wahhabi
kerana
ia tidak mengikut kehendak ahli sunah wal jamaah.
``Pada asalnya, motif fahaman Wahhabi itu bertujuan membanteras
khurafat di
Arab tetapi pendekatannya yang keras itu juga menumbangkan kuasa
pemerintah
zaman tersebut.
``Tetapi untuk motif apa pula Wahhabi berkembang di negara kita,''
katanya.
Prof. Datuk Mahmood Zuhdi Abd. Majid dari Jabatan Fiqh dan Usul,
Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya pula berkata, pertentangan ahli sunah
wal
jamaah dan fahaman Wahhabi perlu ditangani dengan bijaksana demi
kebaikan
agama.
``Kita tidak mahu pertembungan kedua-dua ikutan itu akan menjadikan
kita
dilaga-lagakan seperti puak sunni dan syiah di Iran dan Iraq sehingga
mengakibatkan perpecahan Islam,'' katanya.
--
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan
Seluruh Alam"
PakNgah70
http://pakngah70.blogspot.com/
DISCLAIMER:
This e-mail (including any attachments) may contain confidential information.
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review,
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited.
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and
other information in this e-mail that do not relate to the official business of
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is
excluded to the fullest extent permitted by law.
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/