Wednesday, November 30 @ 10:54:44 MYT
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Hrkh) - Dewan Rakyat bergema lagi dengan isu pemilikan saham sebuah syarikat Singapura - Parkwil - dalam syarikat penting negara, Pantai Holding.
Kritikan tidak terlalu tertumpu kepada soal pemilikan saham, tetapi lebih kepada soal keselamatan rakyat yang dikatakan terancam akibat kelemahan Perkhidmatan Rawatan Pemeriksaan Pekerja Asing yang dimonopoli Fomema yang dimiliki Pantai Holding.
Isu ini timbul semalam apabila ramai ahli Parlimen melahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan penularan wabak penyakit yang dibawa oleh pekerja asing yang tidak diperiksa secara rapi semasa menjalani pemeriksaan Fomema.
Menurut Dato' Mohd Said Yusof (BN-Jasin), oleh
kerana adanya penyelewengan di peringkat Fomema, peraturan dan kaedah pemeriksaan yang sepatutnya tidak dipenuhi dan ia dilakukan ala kadar sahaja.
Beliau bimbang akibat kemasukan ramai pekerja asing, Fomema tidak lagi mampu menjadi satu badan pemeriksaan yang berkesan yang setidak-tidaknya menjadi benteng awal mengawal virus penyakit berjangkit yang dibawa pekerja asing.
Lebih membimbangkan lagi, apabila kini Fomema yang dimiliki Pantai Holding dikhuatiri tahap perkhidmatannya apabila saham Pantai Holding dimiliki syarikat milik Singapura.
"Ini soal kesihatan, bukan soal main-main. Sekarang ini soal kesihatan orang Malaysia di bawah Singapura. Doktor Malaysia di bawah Singapura.
"Kalau boleh monopoli Fomema ini dipecahkan dan dibubar beri sahaja kepada 100 peratus doktor di Malaysia," katanya.
Kenyataan beliau itu disambut oleh Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang mahu Fomema dibubar dan digantikan dengan satu badan baru yang lebih berkesan.
Selepas itu, Dr Hayati Othman (PAS-Pendang) pula mahu kerajaan mengambil tindakan segera berhubung isu pemilikan saham Parkwil ke atas Pantai Holding.
Ini kerana katanya, Pantai Holding adalah sebuah syarikat yang menguruskan perkhidmatan kesihatan termasuk dalam pembekalan ubat, kelengkapan klinikal dan pelupusan sisa klinikal.
Get My Web - a better way to save web pages
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
Beliau juga melahirkan rasa bimbang akibat pengambilalihan saham Pantai Holding yang akhirnya akan merugikan rakyat malah memberi ancaman kepada keselamatan negara terutamanya dari sudut kesihatan. lanh
Get My Web - a better way to save web pages
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
