Assalamualaikum warahmatullah...
Saya direzekikan menerima cerita yg  menginsafkan ini..
dan diperpanjangkan untuk peringatan dan renungan bersama...
[diceritakan oleh seorang teman..]
Ringkas..[nama2 individu serta tempat kejadian ini dirahsiakan]
---------------------------------------------------
Sebuah keluarga digemparkan dengan kehilangan
anak lelaki mereka yg berumur 15 tahun.
Anak itu tidak pulang2 dari sekolah setelah 3 hari berlalu.
Setelah penduduk kampung mencari, mereka
hanya menemui mayatnya di dalam sebuah parit
di pedalaman kampung , bersekali dengan basikal anak
tersebut... Dalam waktu semasa majlis tahlil arwah yg dilakukan
2 - 3 kali  selepas itu, adik2 arwah yg masih kecil yg berumur
kurang dari 5 tahun sering menceritakan kepada ibu bapa
mereka bahawa arwah ada bersama2 dalam majlis2 tersebut..
Ibubapa itu hairan namun mereka menganggap anak2 itu
hanya bermain2.. dan terbayang2 abang mereka.. Suatu hari
[waktu siang] semasa kakak perempuan arwah sedang
menjemur pakaian di luar rumah.. memang arwah betul2
datang kepadanya... Dengan muka yg sedikit sugul..arwah
bercakap kepada kakaknya.. " Wahai kakakku...Mengapalah
kakak tidak selalu mengingatkan saya tentang sembahyang?
Saya mengalami sedikit kesulitan di dalam kubur, kak"...........
--------------------------------------------------------------------
Seperti kebiasaan anak2 sekarang memang tahu bersolat,
namun sesetengahnya tidak istiqamah... arwah itu baru
berumur 15 tahun..bermakna mungkin baru 1-2 tahun mencapai
umur baligh.. dalam waktu yg sesingkat itu pun...dosa pahala
sudah di catat malaikat..dan kesannya dialami di kubur...
Cuba kita tinjau diri kita..sudah 10, 20 atau 30 tahun amalan kita
dicatat malaikat... Berapa banyak waktu solat kita sudah tinggalkan..
dalam hidup mengejar dunia ini..kita punya banyak masa untuk
bersantai melihat TV berjam2, mengadap internet atau
bersembang2 dengan kawan2 tak tentu hala.. Namun pernahkah
kita menggunakan waktu selepas solat atau waktu2 lapang lain
untuk menqada solat2 kita yg lepas2?..Jika 40 tahun selepas
baligh dan kita hanya mula bersholat 10 tahun lepas..? Atau
baru mula bersolat secara istiqamah.. Itupun tiada jaminan
solat kita sekarang diterima Allah SWT.. Hutang dengan Allah
tetap hutang..
Sebaiknya contohnya selepas subuh, kita mungkin boleh qada
2 solat subuh, begitu juga dengan waktu2 solat lain...selepas
maghrib, at least 1 solat maghrib.. Begitu juga dgn ibadah puasa
[terutama yg wanita].. Sebab itu kadang2 kita makin banyak
berusaha.. semakin tidak menjadi..makin banyak hutang bank..
memang kita sering dengar org2 yg tak sembahyang dan lalai
beragama tapi business flourish.. malah semakin kaya.. namun
mahukah kita menjadi seperti mereka? Dlm keadaan menderhaka,
Allah memberi rezeki secara marah..dgn kata lain 'istidraj'..
nikmat yg diberi semakin melalaikan malah membinasakan iman...
Lebih baik menjadi org Islam yg diuji.. bilamana dengan ujian
itu kita menjadi lebih teringatkan Allah, lebh rasa memerlukan,
rasa keterbegantungan kpd Allah dan lebih lunak hati kita..
serta meningkatkan rasa2 kehambaan..
Kita sentiasa merasa kita sudah melakukan yg Allah suruh,
sekurang2nya bersolat 5 waktu.. namun hidup kita masih tidak
tenang.. serta silih berganti ujian kecil mahupun besar...
Mungkin antara sebabnya adalah hutang2 kita kepada Allah
yg masih belum beres..Solat tentunya... bagaimana pula dengan
zakat pendapatan.. dan haji [bg yg sudah berkemampuan?]
Semoga bermanfaat, Wassalam.
 
Tiada yang lebih tinggi dan indah dari Islam...
 
 


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke