Wartawan asing anggap tiada kebebasan akhbar di negara ini
Thursday, December 01 @ 14:17:47 MYT


KOTA BHARU, 1 Dis (Hrkh) – Seorang wartawan asing yang turut membuat liputan dalam pilihan raya ini menyifatkan ‘tiada kebebasan’ akhbar di negara ini di samping bersifat berat sebelah.

Katanya, media negara ini khususnya yang prokerajaan hanya melaporkan aktiviti calon Umno dan Barisan Nasional (BN) sebaliknya PAS hanya disiarkan perkara yang negatif sahaja.
“Bukti tiada keadilan dan berat sebelah ialah pada hari penamaan calon di mana pada saya penyokong PAS yang mengiringi calon PAS jauh lebih ramai berbanding BN.
“Bagaimanapun sehari kemudiannya media negara ini melaporkan sebaliknya dan ada pula yang memberi jumlah yang sama banyak di mana perkara ini tidak berlaku,” ujarnya.
Wartawan itu berkata lagi, terdapat pula akhbar Cina yang ditempatkan di markas besar MCA di mana perkara itu amat tidak wajar berlaku.
“Siap saja pemimpin tertinggi mereka bermesyuarat, terus jumpa wartawan,” ujarnya sambil gelak dan menggelengkan kepala.
Menurutnya lagi, perkara itu amat berbeza di negaranya yang langsung pemimpin mereka tidak campur tangan dalam setiap laporan dalam mana-mana akhbar.
Tegasnya, media serta wartawan akhbar di negaranya bebas melaporkan apa sahaja yang berlaku biarpun akan menyentuh peribadi pemimpin negara. - SMH/ayu


How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke