Assalaamu'alaikum warohmatullah.....
Maaf, apa yg saya nak perkatakan ni mungkin @ memang tak ada kaitan dengan topik yg dibincangkan.
Saya selalu membaca & mengikuti dengan penuh minat & teliti semua posting2 yg Kak Caring hantarkan ke hidayahnet.
Saya cukup tertarik dan menaruh minat pada setiap posting Kak Caring yg padat & sendat dengan fakta & bahan2 rujukan yg beliau "persembahkan".
Dalam diam saya mengkagumi Kak Caring ni. Cara Kak Caring menjawab amat berhemah & cukup berdiplomasi. Alhamdulillah.....Syabas Kak Caring. Teruskan usaha ini. Semoga Allah sentiasa merahmati anda. InsyaAllah
Saya berharap agar Kak Caring sudi utk menghantar email secara personal kepada saya : [EMAIL PROTECTED]
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Waalaikumussalam warahmatullah,Sebenarnya, sebelum jari-jemari lincah menari di papan kekunci, hendaklah dipastikan dulu apa niat kita menaip? Adakah untuk fix the blame atau fix the problem? Saya sendiri merasa kurang enak dengan statistik kerana tidak dinyatakan sumbernya.Saya pernah mengulas isu khalwat yang dilakukan oleh Putera dan Puteri UMNO yang mana gaya penulisan bukan untuk tujuan amar makruf nahy munkar tetapi lebih nak highlight keburukan UMNO. Sama dengan kes ini yang mana Kelantan dikaitkan dengan 1000 keburukan seolah-olah mencari justifikasi - "Inilah padahnya bila tidak bersama Gelombang Biru..." Boleh faham apa yang saya maksudkan?Masalah kemiskinan di Kelantan atau lain-lain negeri di bumi Islam Hadhari ini bukan disebabkan parti memerintah akan tetapi ianya disebabkan sistem ekonomi Islam tidak dilaksanakan di Malaysia. Kenapa? Kerana Malaysia diperintah oleh undang-undang berteraskan common law yang dinukil oleh Lord Reid sejurus sebelum pengisytiharan "Kemerdekaan" diberikan. Keterangan lanjut boleh rujuk buku Sejarah. Dalam sistem ekonomi Kapitalis yang bermaharajalela di seluruh dunia (bukan di Malaysia sahaja), kita melihat pengagihan kekayaan (distribution of wealth) dimiliki oleh para pemegang modal (capitalists) yang mana, apa pun asalkan dapat duit - buat kilang Carlsberg ke, Anchor Beer ke, Magnum ke... Ends justify means. Matlamat menghalalkan cara. Konsep yang dipelopori Niccolo Machiavelli kelahiran Florence, Italy (born 1469). Anda yang belajar Pengurusan pasti berjumpa nama ini dalam kitab-kitab rujukan. Maka, kemiskinan adalah symptoms atau gejala atau tanda-tanda, petunjuk tidak dilaksanakan ISLAM SECARA KESELURUHAN dalam kehidupan kerana hanya pelaksanaan Islam Kaffah sahajalah Sistem Ekonomi ISlam akan dapat diterapkan, dan menyelesaikan masalah umat manusia (bukan Muslim sahaja tetapi termasuk non-Muslim). Maka, penyakit sebenar (root of the problem) adalah Islam tidak menjadi Mualajah Lil Masyakil Insan - Penyelesai Masalah Manusia.Dalam rancangan Majalah 3 dipaparkan tentang kemiskinan tegar di Ethiopia. Sedih betul saya kerana kita di Malaysia makanan melimpah ruah hingga kadang2 terfikir kepada siapa kita nak sedekahkan tetapi keadaan mereka teramat daif. Menurut laporan Majalah 3 juga, tiada negara-negara Islam yang membantu, yang bantu pun dari negara kafir (bukan negara yang dihuni oleh majoriti umat Islam).Teringat kisah seorang bernama Yahya yang ditugaskan oleh Amirul Mukminin Umar bin Abd Aziz untuk ke Afrika mengagihkan zakat. Akan tetapi, sekembali beliau dari sana, beliau memberitahu bahawa tidak ada orang yang layak menerima zakat menunjukkan betapa aman-makmurnya bumi Afrika kerana keperluan primer mereka telah dipenuhi. Wang zakat kemudiannya telah digunakan untuk membebaskan hamba-abdi di Eropah.Dalam Kitab Al-Kharaj karya Imam Abu Yusuf, diceritakan bahawa Saidina Umar Al-Khattab mengarahkan supaya seorang warga emas keturunan Yahudi & tak larat kerja diberikan kos sara hidup dengan bantuan Baitul Mal, bukan sekadar dikecualikan dari membayar jizyah sahaja.Nampak tak macamana hebatnya Islam bila segala modul di dalamnya berjalan 100% - bukan sekadar untuk ibadah khusus, nikah-cerai sahaja? Sekali pandang ia nampak 'too good to be true' tetapi sejarah membuktikan bahawa Islam menguasai 2/3 dunia ini selama lebih 13 abad hanya dengan "pena" dan "unta"...tetapi masalah kemiskinan tegar dapat diatasi. Kenapa? Kerana pengagihan kekayaan tidak pada golongan tertentu sahaja sebaliknya pemerintah iaitu Khalifah memastikan setiap rakyat dipenuhi keperluan asasinya (makan, pakaian, tempat tinggal).Bila ilmu agama kita dalami, sirah Nabi & sahabat kita halusi, semakin banyak yang kita tak tahu tetapi ia menjadi trigger point untuk kita mencari dan mencari. Akan tetapi, usaha itu bukan sekadar mengadap PC sahaja sebaliknya hendaklah melalui sessi usrah yang bersifat regular setiap minggu. Pemikiran dan pengetahuan tentang ilmu-ilmu Islam yang merangkumi Sistem Pendidikan, Sistem Ekonomi, Sistem Sosial, Sistem Pemerintahan, Sistem Perundangan dll akan membantu kita berfikir secara global dan tidak melihat suatu permasalahan dalam batas-batas sempadan geografi semata-mata. Jika ini antum lakukan, Insyallah, kita akan nampak bahawasanya Islam itu adalah sebenar-benarnya rahmatan lil 'alaameeen..(Surah al-Anbiya':107)èîåîÇ ÃîÑòÓîäòæîÇãî ÅðäñîÇ ÑîÍòåîÉë äñðäòÙîÇäîåðêæîWallahu 'alam.
On 11/27/05, AroziCheHassan <AroziCheHassan> wrote:Assalaamu 'alaikum...
Kalau fakta yang macam saudari suria highlight kan kat
sini nak dikira sbg statistik, saya rasa banyak lagi
yang terdapat kat sana. Itu yang saudari sendiri
tengok....Saya pun dari Kelantan juga, SPM gred 2
juga, Keluarga miskin juga, majlis aqiqah anak saya
pun beli kambing RM200 jer seekor juga....TAPI, anda
ada tengok BERSAMAMU kat TV3? Satu M'sia nampak
kemiskinan yang wujud di negeri Kedah ( negeri BN
tuuu....), sampai anak dia sekolah tak sempat ambik
SPM...yang sedih lagi,adik dia yang lelaki tu tak
sempatpun menikmati sekolah menengah....anda nak kata
apa? Itu baru Kedah....yang lain2 negeri tak ada ke?
Apasal tak timbulkan yang ada satu keluarga tu sampai
terpaksa makan siput babi untuk meneruskan hidup, kat
Kelantan ke? Apasal tak kata NEGERI2 YANG DIPERINTAH
BN JUGA MISKIN? Malu ke nak mengaku??Tak masuk
statistik ke??
Lain laa Kelantan yang memang dah diakui, yang selalu
masuk suratkhabar dan TV, yang pernah anda lihat dgn
mata kepala anda sendiri, yang saya ALAMI SEJAK "BUKAK
MATA" lagi. Tapi adik saya boleh sampai AL-AZHAR juga
mengaji.....Dia pergi tanpa bantuan kerajaan pun,
pakai duit sendiri jer...Kalu ada sedikit bantuan pun
dari Yayasan Islam Kelantan (YIK - Ni Kerajaan Negeri
punya, bukan Kerajaan Pusat ). Baru je balik selepas 7
tahun kat sana.
'" ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM ITU,
MELAINKAN MEREKA SENDIRI YANG MENGUBAHNYA "
Pernah dengar kann??
Wassalam.
-- [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] wrote:
> tulis banyak nanti jadi issu sensitif lebih baik
> statistic yang bercakap, bukan saya anti kelantan or
> what so ever my sister inlaw is a kelantanese, the
> one yang hantar rombongan meminang for my third
> brother tu( i think i told her story before under
> different tittle), really respect her guts to do
> that.dia ni spm gred 2 tapi tak mau sambung belajar,
> kenapa ye? kemiskinan....kahwin pun umur 18
> tahun...pernah gak lawat rumah dia kat pasir
> mas...time kenduri aqiqah murah betul beli kambing
> 200 ajer seekor....
>
>
>
> ---------------------------------
> Meet your soulmate!
> Yahoo! Asia presents Meetic - where millions of
> singles gather
__________________________________
Yahoo! Music Unlimited
Access over 1 million songs. Try it free.
http://music.yahoo.com/unlimited/
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
--
Wanna feel something new ??? Visit www.mykhilafah.com
Do you Yahoo!?
New and Improved Yahoo! Mail - 1GB free storage!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
