ni article tulisan dr asri dalam buletin alnida, 

http://www.al-nidaa.com.my/buletin/buletin22.pdf

MEMBETULKAN NIAT MENUNTUT ILMU

--- In [email protected], Caring Mommy wrote:
>
> Assalamualaikum,
> 
> 
> 
> Selepas kejayaan Nur Amalina menggondol 17A dalam SPM 2003, ramai 
ibu bapa
> yang mengidam memiliki anak pintar. Berbagai tips dicari untuk 
melahirkan
> generasi yang cemerlang. Cemerlang, gemilang dan terbilang dalam
> bidang akademik. Menjadi *prodigy *== A person with exceptional 
talents or
> powers (ref www.yourdictionary.com) seperti Sufiah Yusof yang 
ibunya
> kelahiran Johor.
> 
> 
> 
> Air penawar. Kismis minda. Examo. You name it. Ada macam-macam lagi
> bahan-bahan untuk berjaya dalam akademik yang diambil secara oral 
di jual di
> pasaran. Ibu bapa menjadi "obses" dengan pencapaian anak-anak. 
Seronok bila
> keputusan cemerlang. Monyok bila keputusan lintang-pukang. Harga 
diri ibu
> bapa diukur dengan 'report card' anak-anak.
> 
> 
> 
> Pagi tadi rakan sepejabat bertanya, *'Surah apa nak aku baca 
supaya anak aku
> pandai? Aku dengar emak Nur Amalina rajin mengaji...'* Saya 
tersenyum aje.
> Kemudian saya terangkan serba-sedikit berkenaan dengan konsep 
tawakal –
> faktor-faktor yang membawa kepada tercapainya matlamat seperti 
belajar
> dengan teknik yang betul, dll – dan bukan sekadar berdoa di atas 
sejadah
> sahaja.
> 
> 
> 
> Jika di kampung, bapak beritahu ada orang mengamalkan puasa "pati 
geni" –
> puasa 3 hari berturut-turut yang diamalkan masyarakat Jawa yang 
merupakan
> pra-syarat sebelum diijazahkan dengan ilmu kebal oleh maha guru. 
Disini,
> puasa bukan atas nas/dalil. Bukan atas syariat tetapi demi 
memenuhi tujuan
> duniawi. Untuk kes melahirkan anak cemerlang, ibu bapa mengaji Al 
Quran
> bukan kerana ia perintah. Untuk difahami, diamalkan, diajarkan,
> disebarluaskan. Mengaji supaya anak pandai.
> 
> 
> 
> Anak-anak orang kafir yang ibu-bapanya terang-terangan mengamalkan 
ajaran
> bukan bersumberkan wahyu yang diturunkan kepada Muhammad 
Salallahu 'Alayhi
> Wasallam juga cemerlang. Adakah mereka sibuk memakan kismis minda 
yang telah
> didoakan oleh ustaz/ustazah dll cerdik-pandai bidang agama? Dari 
segi
> pemakanan, mereka juga memakan makanan yang haram tetapi bab study 
tetapi
> kow! Kow! Tidak ada kesankah bahan haram dengan 'intellectual 
faculty' ???
> 
> 
> 
> Saya bukan anti orang yang mengaji, sebaliknya saya suka dengan 
orang yang
> berusaha mendekatkan dirinya dengan Allah (taqarrub ilalLah)  
melalui
> mengaji Al Quran. Akan tetapi, hati saya jadi sebak bila orang 
mengaji Al
> Quran atas sebab-sebab yang melucukan seperti supaya anak pandai 
dalam  bidang
> akademik. Ghayah (tujuan) perbuatan bukan untuk meraih redha Allah 
tetapi
> manfaat keduniaan. Sababiyah (hukum sebab-akibat) yang merupakan 
kunci
> kejayaan dipinggirkan, bagaimana hendak meraih kejayaan 
cemerlang ? Kalau
> telan air  jampi satu tempayan pun kalau belajar malas, tak 
biasakan diri
> dengan soalan tahun-tahun lepas, nak lulus cukup makan pun payah!
> 
> 
> 
> Masyarakat Islam di bumi Islam Hadhari yang telah terbius dengan  
budaya
> hedonisme (materialistik) memandang tinggi pada pencapaian akademik
> semata-mata. Mereka lupa atau buat tak endah bab akhirat iaitu 
ilmu dunia
> diberi seiring dengan ilmu akhirat yang bukan sekadar amalan 
ibadah khusus
> semata-mata tetapi turut merangkumi fungsi ilmu untuk dimanfaatkan 
kepada
> orang lain selain satu usaha memartabatkan Islam menjadi juara 
carta di
> planet bumi ini.
> 
> 
> 
> Satu cabaran yang besar untuk melahirkan generasi yang memiliki 
ilmu dunia
> dan akhirat tetapi jika tidak dimulakan, bila lagi. Dalam keadaan 
sistem
> kapitalis bermaharajalela di seluruh pelusuk alam, memiliki 
pemahaman agama
> yang mantap sangat perlu bukan sekadar untuk menjaga syahsiyyah 
individu itu
> apabila di luar pandangan mata ibu bapa akan tetapi ilmu agama 
yang bukan
> menekankan bab fardu ain (istilah orang Malaya untuk bab ibadah 
khusus &
> thaharah) semata, sebaliknya ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk 
kemaslahatan
> umat dalam rangka memenuhi keperluan biologikal dan naluri.
> 
> 
> 
> Kepada semua,
> 
> 
> 
> Ingatlah bahawasanya bukan kejayaan akademik sahaja yang perlu 
dikejar,
> sebaliknya hendaklah kita juga mengejar ilmu akhirat yang 
merangkumi sistem
> politik Islam, sistem ekonomi Islam, sistem perundangan Islam, 
sistem sosial
> dalam Islam, sistem pendidikan Islam dll – yang direalisasikan 
melalui
> penerapan seluruh hukum-hakam Islam dalam semua aspek tersebut 
oleh sebuah
> Negara Islam iaitu Daulah Islamiyyah, yang pernah menguasai 2/3 
dunia di
> zaman kegemilangannya. Tanggungjawab memartabatkan Islam bukan 
satu pilihan.
> Ia satu kewajipan.
> 
> 
> 
> Sesungguhnya bukan *'Book Smart' *atau *'Street Smart' *yang 
menentukan
> kedudukan kita di sisi Allah sebaliknya ketaqwaanlah yang menjadi 
kayu
> ukurnya.
> 
> 
> 
> *Inna akromakum indallahi at'qaa kum* – Sesungguhnya yang paling 
mulia
> diantara kamu adalah yang paling bertaqwa dikalangan kamu 
(Hujurat:13)
> 
> 
> 
> Wassalam.
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> Edisi Utara: Bapa Adi kesal
> 
> Oleh Mazlan Hasan
> [EMAIL PROTECTED]
> 
> IPOH: "Saya kesal kerana ada individu tertentu sengaja mahu 
mensabotaj masa
> depan Adi Putra dengan menyebarkan pelbagai cerita tidak benar," 
kata bapa
> kanak-kanak pintar berkenaan, Abdul Ghani Abdul Wahid, 47.
> 
> Menurutnya, perbuatan itu dipercayai dilakukan pihak yang tidak 
puas hati
> dengan tindakannya menolak cadangan memorandum persefahaman (MoU) 
baru-baru
> ini, berhubung aktiviti serta rancangan masa depan anaknya itu.
> 
> Katanya, dia memang berbesar hati kerana ada pihak yang prihatin 
terhadap
> Adi Putra tetapi cadangan melakukan program bagi mendapatkan 
keuntungan
> dengan mengeksploitasi 'popularitinya' bukanlah sesuatu yang 
diingininya.
> 
> "Sebagai bapa, saya tumpang gembira kerana kebolehan yang ada pada 
anak saya
> mendapat pengiktirafan pelbagai pihak tetapi kecewa kerana ada 
pihak
> tertentu cuba mengautkan keuntungan daripada kebolehan 
dianugerahkan Allah
> kepada Adi Putra.
> 
> "Saya menolak cadangan yang dikemukakan itu kerana pihak terbabit 
yang juga
> bertindak sebagai 'orang tengah' mahukan keuntungan 10 peratus 
bagi setiap
> bayaran yang diterima Adi Putra atas pelbagai aktiviti atau produk 
yang
> dirancangkan mereka.
> 
> "Bagi saya perbuatan itu kurang manis kerana bukan niat mencari 
keuntungan
> atas kebolehan atau populariti Adi Putra tetapi sekadar berkongsi
> pengetahuan dengan orang lain," katanya ketika dihubungi di Bagan 
Serai,
> dekat sini, semalam.
> 
> Abdul Ghani berkata, beliau tidak mahu menjadikan anaknya itu 
seperti
> pemenang Akademi Fantasia 3, Mawi yang dianugerahkan bakat dalam 
bidang seni
> sebaliknya berazam memberikan pendidikan secukupnya sebagai 
bekalan di dunia
> dan akhirat.
> 
> Katanya, ini sebagai memenuhi hasrat anaknya sendiri yang mahu 
menjadi
> seorang pakar matematik Islam di samping menjadi seorang hafaz al-
Quran.
> 
> "Walaupun Adi Putra baru berusia enam tahun, dia mempunyai cita-
cita sendiri
> dan berani menyuarakan hasrat kepada kami.
> 
> "Sebagai bapa, menjadi tanggungjawab saya untuk memenuhi impiannya 
itu,"
> katanya.
> 
> Abdul Ghani berkata, sehingga kini juga beliau masih tidak menjalin
> perjanjian dengan mana-mana pihak mengenai perancangan masa depan 
anaknya
> itu.
> 
> Mengenai hubungannya dengan Syarikat New Mata Publication Sdn Bhd, 
beliau
> berkata ia lebih cenderung kepada hubungan kerjasama bagi 
merancang aktiviti
> Adi Putra termasuk berjumpa golongan pakar dalam bidang matematik.
> 
> "Saya bagaimanapun berterima kasih terhadap ingatan pihak tertentu 
yang
> mengingatkan saya sekeluarga supaya tidak terperangkap dengan 
cubaan pihak
> tertentu mengeksploitasi kebolehan Adi Putra.
> 
> "Apa yang saya harapkan ialah mereka memberhentikan perbuatan 
seperti itu
> kerana ia hanya merugikan semua pihak," katanya.
> 
> Kelmarin, Metro Ahad memetik Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, 
Sumber
> Manusia dan Multimedia Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, meminta 
ibu bapa
> Adi Putra berwaspada terhadap usaha pihak tertentu yang didakwa 
mahu
> mengambil kesempatan dan mengeksploitasi 'populariti' kanak-kanak 
pintar
> berkenaan.
> 
> Menurutnya, beliau mendapat maklumat ada pihak cuba memujuk ibu 
bapa
> kanak-kanak itu dengan pelbagai tawaran.
> 
> "Kita dimaklumkan ada pihak mahu menggunakan Adi Putra untuk tujuan
> tertentu.
> 
> "Kita bimbang dengan perkembangan tidak sihat itu dan akan 
menasihat ibu
> bapanya supaya tidak terperangkap," katanya.
> --
> Wanna feel something new ??? Visit www.mykhilafah.com
>










------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke