Mozila FireFox Versi Baru Diperkenalkan

Artikel ini di Internet

http://www.wanita.us/firefox.php 

Dengan penguasaan hampir antara 8.6 hingga 11.5 peratus daripada
jumlah penggunaan pelayar Internet (Internet browser). Sudah

tiada alasan lagi pengguna yang masih menggunakan Internet Explorer
untuk beralih kepada Mozilla Firefox dengan kemunculan

versi barunya versi 1.5.

Firefox lebih selamat digunakan berbanding dengan Internet Explorer.
Banyak masalah adware, spyware dan trojan berlaku kerana

kelemahan dalam Internet Explorer. Walaupun Microsoft sudah beberapa
kali mengeluarkan patch atau kemas kini namun hanya

dengan perubahan secara total mampu mengatasinya. Berapa lama anda
mahu menunggu?

Firefox terbaru ini didatangkan dengan sistem kemas kini secara
automatik dimana pengguna akan dimaklumkan secara automaik

sebarang kemas kini dan jika pengguna mahu ia semuanya ini boleh
dijalankan secara automatik oleh Firefox.

Kemudahan perlindungan data-data peribadi juga turut dipermudahkan
dengan adanya ruang pilihannya sendiri dan dengan

penggunaan satu butang "Clear all". Anda tidak perlu risau lagi
data-data lawatan, kata pengguna dan kata laluan cuba dikesan

balik oleh orang lain terutamanya jika melibatkan penggunaan
kemudahan bank secara talian (Online Banking).

Pelayaran Internet yang lebih laju dengan enjin perisian yang
lebih baik dan dikemas kini. Ia turut dibantu dengan sistem

simpanan (cache) yang lebih baik.

Kepada pengguna kurang upaya yang menghadapi masalah penglihatan
terdapat kemudahan baru yang disumbangkan oleh IBM. Fungsi

pembacaan muka laman melalui suara dan kemudahan papan kunci yang
ebih mudah dan pratikal.

Ramai yang tidak menyedari Firefox boleh ditambah fungsi dengan
kemudahan yang dipanggil "Extension". "Extension" ini adalah

sumbangan pelbagai pihak dan individu untuk menambah lagi fungsi
Firefox. Antara yang popular adalah "FasterFirefox" untuk

kemudahan DNS cache, "Google Tolbar" untuk capaian Google,
"FlashGot" untuk kemudahan muat turun pelbagai dan banyak lagi

yang boleh dimuat turun di sini http://addons.mozilla.org/.

Bagi anda yang mahu menukar persembahan FireFox seperti warna
dan themes boleh mendapatkannya disambungan yang sama diatas.

Bagi Webmaster dan pemilik tapak laman, Google dengan kemudahan
Adsense, akan memberikan satu dolar bagi setiap pengguna

Internet Explorer yang muat turun Firefox dan kemudian muat
turun Google Toolbar melalui butang khas yang dimasukkan dalam

tapak laman anda. Sila rujuk

http://www.wanita.us/firefox-adsense.php

Untuk muat turun Mozilla Firefox sila gunakan sambungan
dibawah ini.


http://www.getfirefox.com/
http://www.mozilla.com/
http://www.mozilla.org/

Wassalam.

p/s 

Artikel disebarkan dengan kebenaran penulis asal (Saudara
Harisfazillah Jamel)












------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke