MAIWP wajar teruskan majlis kahwin
MINGGU lalu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) selamat melangsungkan majlis perkahwinan secara besar-besaran yang membabitkan 106 pasangan kurang berkemampuan di ibu negara.
Pelancaran Skim Bantuan Perkahwinan yang disifatkan sebagai berita gembira yang dinanti-nantikan oleh rakyat negara ini, dilaksanakan dengan sempurna.
Skim yang wajar disambut baik oleh semua pihak itu dibantu penuh oleh Baitulmal dengan memperuntukkan RM3,000 seorang atau RM6,000 bagi setiap pasangan serta satu persalinan. Bantuan itu bakal ditambah kepada RM5,000 seorang mulai tahun depan.
Bantuan kewangan tambahan juga bakal disalurkan jika pasangan berkenaan masih memerlukan bantuan selepas berkahwin untuk memajukan ekonomi mereka.
Citra besar MAIWP yang melaksanakan program itu untuk menunaikan amanah sosial bagi membantu golongan berpendapatan rendah. Ia juga bagi memberi sokongan dan motivasi kepada belia supaya memilih gaya hidup sihat dengan memiliki pasangan hidup yang sah di sisi syarak.
Kejayaan MAIWP ini perlu dilihat oleh semua lebih luas daripada itu. Ia bukan semata-mata kejayaan memudahkan perkahwinan bagi yang tidak berkemampuan, malah menyumbang kepada pengurangan permasalahan sosial negara. Seterusnya, kejayaan pemeliharaan akidah, syariah dan muamalah negara Islam ini.
Perkahwinan adalah syiar agama yang diturunkan Allah dengan berteraskan kepada usaha pemeliharaan iman dan penenang jiwa yang penting. Allah berfirman bermaksud: Dan di antara tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang, Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda bagi kaum yang berfikir. (Surah ar-Rum, ayat 21)
Jelas, perkahwinan adalah kunci utama yang menyelamatkan manusia daripada kerosakan nilai dan keruntuhan sistem keturunan yang kian kronik pada hari ini.
Islam meletakkan perkahwinan yang sah di sisi syarak dan yang menjaga hubungan kekeluargaan kedua-dua pihak pengantin. Inilah yang semestinya menjadi faktor limpahan mawaddah warahmah atau perasaan kasih dan sayang di dalam kehidupan sebuah keluarga Muslim.
Permasalahan meruncing berkaitan jenayah seksual kini, memerlukan kita bermuhasabah sejenak. Kejadian rogol, pengedaran dan menonton bahan lucah serta bersekedudukan tanpa nikah dan berasmara tanpa malu di taman adalah kesan langsung pelaku maksiat ini, yang tersalah memilih saluran untuk menenangkan jiwanya.
Tekanan hidup dan masalah kewangan yang membelit pelaku, tanggapan negatif masyarakat yang melingkari sekitar isu perkahwinan dan tiada ruang untuk pesalah seksual merujuk untuk mengubah diri, menambahkan lagi permasalahan ini. Perlu ada jalan keluar untuk mereka.
Penguatkuasaan undang-undang tidak dinafikan amat penting untuk mengajar mereka kembali ke pangkal jalan. Namun, jauh lebih berkesan daripada itu adalah usaha menjadikan perkahwinan mudah dan praktikal buat mereka.
Tanggapan umum masyarakat mengenai perkahwinan adalah sebagai perkara kompleks, membebankan atau mahal dari segi pelaksanaannya, selain isu tanggungjawab berat selepas berumah tangga dan persoalan bebas dalam kehidupan, wajar dinilai semula.
Perlu ada usaha menjenamakan semula erti perkahwinan yang sebenarnya di sisi Islam. Ajaran Islam yang sememangnya fitrah, telah menyediakan penyelesaian yang selari dengan permasalahan jiwa insan. Sesungguhnya fitrah asal jadinya insan itu amat memerlukan kasih sayang, zuriat dan kehidupan yang bersih daripada dosa.
Justeru, misi MAIWP ini wajar diperhebat. Ia demi memastikan cita murni negara melalui gagasan Islam Hadhari yang antara berhasrat menghasilkan generasi Islam bersih dan terjamin keselamatannya dengan pemerkasaan maqasid syariah dalam aspek akal, keturunan, nyawa, harta dan maruah.
SYED MIKAEL RIZAL AIDID,
Pengerusi Majlis Tarbiyah,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.
-----
Assalamualaikum,
Saya tidak pasti apakah motif sebenar MAIWP. Tahukah MAIWP jumlah wang yang banyak itu akan lebih berguna jika jika digunakan untuk kegunaan untuk keluarga miskin, anak-anak sekolaah yang perlukan pembiayaan, mereka yang memerlukaan wang untuk kos perubatan dan banyak
lagi.
Saban minggu kita dihidangkan dengaan berita kemelaratan kehidupan dari rancangan 'Bersama mu Mu ' oleh TV3. Tidakkah terfikir oleh MAIWP tentang keutamaan penggunaan wang . Soalannya sekarang adakah wang yang digunakan itu adalah daripada peruntukan kerajaan atau tidak? Sekiranya tidak adakah ianya daripada pungutan zakat. Dan sekiranya ianya daripada pungutan zakat saya berharap MAIWP telah telah mengkaji siapakah golongan penerima yang patut mendapat pembahagian zakat.
Tercatit dalam Al-Quran tidak berhak seseorang untuk menerima zakat melainkan seorang Muslim yang mempunyaai sifat-sifat asnaf dari lapan golongan:
- Fakir iaitu orang yang tiada harta daan tiada mampu untuk bekerja
- Miskin orang yang pendapatannya tidak mencukupi untuk pembelanjaan
- Amil orang yang mengumpul zakat
- Muallaf
- Hamba Abdi
- Gharim orang yang berhutang kerana
tujuaan ketaatan dan bukan maksiat
- Mujahid
- Ibnu Sabil pengembara bukan tujuan maksiat
Saya percaya penerima bantuan MAIWP
bukanlah daripada golongan diatas dan mereka tidak berhak terhadap bantuan tersebut. Soalannya sekarang siapa pula yang meluluskan bantuan ini dan atas dasar apa pula?
Sungguh menghairankan mengapa MAIWP mengujudkan satu lagi golongan subsidi. Setakat ini kita telaah sedia ada begitu ramai anggota masyarakat yang meengharapkan subsidi. Harap MAIWP tidaak menambaahkan lagi satu golongan subsidi. Kalau terlibih wang mengapakan tidak digunakan sahaja untuk golongan yang lebih memerlukan seperti fakir miskin, anak yatim dan anak ibu tunggal untuk melanjutkan pelajaran, perbelajaan perubatan untuk orang miskin.
Apa pula akan terjadi selepas pasangan ini berkahwin dan punya anak. Adakah MAIWP akan terus memberi subsidi?? Rata-rata penerima adalah golongan muda. Tidakkah mereka ini sanggup menunggu , berusaha dan menyimpan wang untuk perkahwinan mereka.
Saya tidak bersetuju dengan pendapat Syed Mikael yang mengatakan dengan bantuan ini akan dapat mengurangkan masalah sosial.
Jika inilah sebabnya maka MAIWP telah tersalah sasar. Masalah social timbul BUKAN disebabkan tidak cukup wang untuk berkahwin. Jika kita renungkan sejenak kita pasti dapat merakamkan dalam fikiran kita ramai orang yang berwang dan kaya raya dan juga yang telah berkahwin yang menimbulkaan masalah.
Secara kasar pada fikiran saya dengan tindakan MAIWP kita menidakkan :
1. Sikap menyimpan oleh pemuda pemudi Islam
2. Keupayaan beriktiar sendiri atau berdikari dalam kehidupan mereka
3. Tanggungjawab sebagai bakal ketua keluarga
Maruah ISLAM perlu juga dijaga daripada konsep kahwin
'percuma' ini. MAIWP harus ingat apakah nilai yang ingin diterapkan terhadap bakal 'ketua' keluarga ini . Kita hendaklah mengurangkan sikap meminta-minta ini. Sikap mengharapkan sabsidi mestilah diberhentikan terus.
Perkhawinan perupakan satu pemeliharaan kehormatan kepada seseorang. Tetapi bagaimana bagi mereka yang tidak berkemampuan dari segi ekonomi? Allah berfirman didalam ayat 33 Surah An-Nur dengaan terjemahannya : Orang yang tidak mampu bernikah, hendaklah memelihara kehormatan dirinya hingga Allah memberi kemampuaan kepadaa mereka dengan kurnianya.
Rasulullah s.a.w menjelaskan didalam Hadis berikut:
Wahai para pemuda barang siapa antara kamu sekeliaan telah cukup persediaan untuk menikah , maka nikahlah, sesungguhnya nikah itu akan dapat menjaga daripada kejahatan mata dan faraj dan bagi yang belum mampu hendaklah berpuasa keraana itu dapat mengurangkan nafsu.
Saya berharap Hadis dan firman Allah s.w.t ini dapat memberi penerangan terhadap permasalahan ini.
Wasallam
jasmin ishak
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
