Wa alaikumussalam warahmatullah,
Saudara Mohd Zaini yang dihormati,
Saya tidak pasti jika saudara tahu secara mendalam tentang Sekular. Asal usulnya. Sekular, dalam bahasa arab disebut Fasluddeena anil hayah (Pemisahan agama dari kehidupan). Agama hanya mengatur urusan ketuhanan sahaja, bab lain ikut logik akal manusia.
Let's take a look at this...
Di zaman kegelapan di Eropah yang disebut sebagai Dark Ages, golongan istana telah diperalatkan oleh pihak gereja untuk menekan rakyat atas nama ketuhanan. Kata-kata Raja dianggap perintah Tuhan berdasarkan doktrin 'Divine Rights of King' - Raja sebagai Wakil Tuhan di Muka Bumi. Justeru, kata-kata raja tidak boleh disanggah kerana dianggap mengingkari Tuhan. Penderitaan rakyat akibat kemiskinan dan kemelaratan tidak pernah menghalang istana dari mengenakan cukai dsb hingga rakyat semakin tertindas. Gereja turut mengenakan bayaran untuk upacara "Deathbed Repentance" - taubat ketika nazak yang mana mereka dijanjikan
one-way ticket ke 'Heaven'.
Revolusi industri (Renaissance) yang tiba-tiba menggegarkan Eropah menyaksikan banyak penemuan oleh para saintis seperti fakta tentang bumi yang mengelilingi matahari, bukan sebaliknya.Pembesar Kristian iaitu Cardinal Belleremine mengatakan bahawa kesalahan mengatakan bahawa bumi mengelilingi matahari sama dengan kesalahan Jesus tidak dilahirkan oleh seorang dara (virgin). Pasti fenomena baru ini dianggap sebagai
cardinal sin. Sedangkan fakta tentang beredarnya bumi mengelilingi matahari telah dibuktikan oleh Pythagoras pada abad ke 6, Copernicus pada abad ke 16, Giordano Bruno (dibakar pada tahun 1600 kerana kepercayaan ini), juga Galelio yang turut disiksa pada abad ke 17 M kerana mempercayai fakta ini.
Pertentangan antara ajaran Gereja dan penemuan sains menjadikan rakyat meragui kredibiliti Gereja hingga akhirnya melahirkan Secularisme - pemisahan agama dari kehidupan yang mana pengamal sekular mengatakan urusan ketuhanan hanyalah dalam aktiviti ibadah sahaja. Manakala urusan keduniaan seperti undang-undang, politik, hukuman, pendidikan, ekonomi, pendidikan dsb - biarlah manusia sendiri mengurusinya. Tuhan tidak dilibatkan dalam aktiviti selain
dari urusan ibadah. "Render therefore unto Caesar the things that are Caesar's, and unto God the things that are God's."
Kata-kata ini yang menjadi pencetus idea sekularisme turut melahirkan demokrasi yang diambil dari perkataan demos (rakyat) dan kratos (kekuasaan) - kekuasaan/kedaulatan (sovereignty) di tangan manusia, bukan di tangan Tuhan.
Konsep sekularisme juga telah menjangkiti pemikiran umat Islam sehingga mereka amat selesa membiarkan urusan selain ibadah khusus diatur oleh hukum-hakam atau perundangan buatan manusia (man-made laws). Untuk urusan ibadah khusus seperti solat, puasa, haji dll - amat takut jika silap tetapi bila ditanya soal pemerintahan (ruling), perundangan, pendidikan, hukuman (copy-cat dari Common Law) - mereka punya seribu alasan untuk menghalalkannya. Ada yang menyalah-tafsir hadis Nabi -
Antum 'alamu bi umuuri dunyakum - Kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu. Hadis ini dianggap sebagai dalil untuk tidak mengguna-pakai method Rasulullah Salallahu 'Alayhi Wasallam dalam menerap dan melaksanakan hukum-hakam Islam secara keseluruhan yang telah berjalan di muka bumi selama lebih 13 abad bermula di Madinah hingga dimakamkan secara rasminya oleh Mustafa Kamal Laknatullah 'Alayhi pada tanggal 3 Mac 1924. Sebenarnya hadis itu adalah berkenaan dengan pendebungaan buah kurma yang mana Nabi meminta si penanya bertanya dengan orang yang arif berkenaan hal-hal saintifik dan teknikal, bukan urusan yang memerlukan confirmation dari sumber wahyu.
Bahana Sekularisme didapati dimana-mana. Dirasakan bahangnya di seluruh pelusuk dunia, bukan hanya di Greek - negara tanah tumpah darahnya. Kita menyaksikan umat Islam merasakan Good is Watching You semasa di bulan Ramadhan dan semasa duduk di atas sejadah sahaja tetapi untuk urusan lain, Tuhan seolah-olah 'Temporarily Unavailable'.
Tidak hairan jika puasa menjadi dalil bagi mereka untuk malas bekerja dan mengemukakan seribu satu alasan atas tiket 'agama' yang amat memberi kesan negatif kepada Islam. Seolah2 Islamlah yang jadi punca kemunduran, kemelaratan, kemelesetan, kurang berketerampilan, rasa rendah diri dll.
Sekularisme turut menjadikan umat Islam amat taat kepada pemerintah secara membabi-buta (pemerintah yang tidak melaksanakan hukum-hakam Islam) sedangkan Nabi telah berpesan - La tha'ata ila makhluqin fii ma'siatillah - tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam kemaksiatan kepada Allah.
Siapapun kita, Melayu atau bukan Melayu - yang penting kita adalah orang Islam, kerana bukan status keMelayuan yang bakal menentukan darjat kita disisi Allah, sebaliknya taqwalah penentunya. Justeru, Melayu bukan jadi titik-tolak untuk kita mengubah pemikiran, mengubah mindset dari sekularisme kepada Islam sepenuhnya. Sebaliknya keimananlah yang menjadi trigger point nya (rujuk al-ra'd:11).
Ya azzuhallazi na aamanu idkhulu fissilmi kaffah - Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara kaffah (keseluruhan) ( Al Baqarah:208).
Wassalam.
On 12/2/05, MohdZainiSujak <MohdZainiSujak> wrote:
Assalamualaikum...
Saya rasa terpanggil untuk menulis sesuatu disini..tetapi sebelum saya
menulis saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf sekiranye ada tersasul,
terkasar, terkedu, tersilap dan macam-macam ter lagi...
Saya tidaklah kata saya ni alim sangat...saya hanyelah sekadar sederhana
aje..Saya pangkat tu taklah tinggi mana..hanya S.M. aje..Yang saya nak tulis
ni pasal umat islam terutama MELAYU ni..Kenapa orang pandang serong bila
sebut ISLAM dan MELAYU? Kenapa susah dapat kerja..kenapa susah naik
pangkat..Pengalaman saya menginterview perkerja ISLAM dan Melayu ni
amat-amat mengecewakan..apa taknye...Degree ada tapi cite basic process tak
leh..sebab..Cuma nak lulus periksa...bila dapat keje Cuma nak dapat
gaji..Itu attitude yang dia orang ada..Masa puasa masing-masing dah malas
nak buat keje..alasan sebab puasa. Saya jadi malu sebabkan puasa
masing-masing malas nak buat keje...Kenapa kita tak ada sifat keje dengan
pride? Salahkah kita kerje dengan sungguh-sungguh..Sepatutnye orang Islam
dan Melayu ni..dalam amal ibadat kita bersungguh, kerje kita pun bersungguh
la juga..Baru lah orang lain boleh pandang positive! Kalau
tidak..balik-balik cakap orang Islam dan Melayu ni Asik kene kata Malas
je..Termasuk la kalau kerje kat Proton ke..mana-mana gak le yang kita
berkerje..
Sekian wassalam..minta maaf sekiranye ada yang tersinggung.Yahoo! Groups Links
-----Original Message-----
From: "suria" [mailto:"suria"]
Sent: Tuesday, November 29, 2005 10:11 PM
To: [email protected]
Subject: Bismillah [hidayahnet] Re: Melayu @ Islam
Marilah kita berhijrah. Apa yang perlu kita pertahankan bukanlah
BANGSA MELAYU sahaja tetapi yang lebih penting adalah ISLAM itu
sendiri. Sebab ISLAM itu adalah kasih-sayang... saling
menghormati.... saling memerlukan... dan paling utama meyakini Tiada
Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad Itu Pesuruh Allah.
no commentlah zurayuni saya dah lama nak sedarkan orang melayu ni,
kena hentam lagi ada. Islam lebih penting dari melayu tu sendiri,
hanya di malaysia termaktub dalam perlembagaan orang melayu itu
adalah orang yang beragama islam tapi hari ni.........
--- In [email protected], "zurayuni" wrote:
>
> Assalamualaikum
>
>
>
> Maaf kiraya nukilan menyakitkan mata yang membaca. Dan juga tiada
lain yang kuharapkan selain keredhaan dariNYA. Yang buruk dari saya
dan baik itu dari ALLH jua.
>
>
>
> Isu bangsa "C" nak menjatuhkan bangsa MELAYU ni mmg dah lama.
Perancangan mereka ni mmg licik. Saya ambil contoh tempat saya
bertugas skrg ni, sektor swasta yang pemiliknya ada bangsa C. Kat
firm ni, pekerja bangsa C hampir 50 orang dan bangsa melayu hanya 6
orang. Kalau ada kekosongan jawatan, mereka lebih cenderung
mengambil pekerja baru dari bangsa mereka sendiri. Sebabnya...
semangat perkauman mereka terlalu kuat. Kita tak boleh salahkan
bangsa C ni, sebab mereka telah menunjukkan satu sikap saling
memerlukan dan tak akan berpaling tadah demi mendaulatkan bangsa
mereka. Yang silapnya adalah bangsa kita sendiri. Ambil saje pepatah
mudah, masuk kandang kambing ...... mengembek, masuk kandang
harimau.... mengaum. Ni tak, masuk kandang lembu... tapi berkokok.
Camne nak berjaya. Ini bukan bermakna kita harus ubah cara hidup dgn
mengikut cara hidup bangsa lain tetapi kita harus tetap kukuh,
pendirian kita haurs jitu, Al-Quran dan Al-Hadis terus dijunjung
sebagai panduan hidup, barulah Islam seterusnya Melayu...
CEMERLANG... GEMILANG... DAN TERBILANG. Ini tak, kebanyakan kita
mudah hanyut dan leka.
>
>
>
> Pemimpin kita pun satu, mereka sepatutnya menjadi tunjang dan
contoh yang paling baik untuk rakyat. Asyik2 isu dunia yg sementara
jer di titik-beratkan. Pemimpin ni tak tahu ke bahawa segala yang
berlaku di dunia ni berpunca dari batiniah. Cuba fikirkan... apa
sebab gejala rasuah tak dapat dihapuskan. Kenapa kejadian jenayah
masih berleluasa dan banyak kenapa lagi. Sebabnya... kebanyakan
ROHANI kita telah sakit dan ianya perlukan rawatan segera sebelum
menjadi lebih kronik. Ambil isu mudah... kenapa wanita diwajibkan
menutup rambut kepala (bg yang telah baligh)? Rasanya kita semua
tahu kenapa? Ingat... perintah Allah tentang perkara ni main-main
ke! Dia lebih mengetahui dari mula Dia mencipta dunia dan dari awal
Dia mencipta Adam dan Hawa jadi tak yah lah kita susah-susah nak
kupas arahan Allah ni sampai timbul hukum-hukum yang mengarut.
>
>
>
> ADUH SALIHA..... mmg tak habis kalau citer pasal bangsa Melayu
yang hampir terhakis melayunya. Tengok iklan jawatan kosong, salah
satu syarat kelayakan jawatan ialah mesti fasih berbahasa Cina /
Mandarin. Apa ni? Benda camni tak sepatutnya berlaku di negara
Malaysia yang majoriti penduduknya adalah Bangsa Melayu. Yang best
pula.. pergi sektor yang ownernya adalah Bangsa Melayu lain pula
citernya. Mereka ni lebih terbuka dalam memilih pekerja. Bangsa apa
pun yang dirasakan layak, mereka sapu. Mmg la bagus tapi sedar tak,
ada owner Melayu yg lebih suka ambil pekerja dari bangsa lain sbb
kebanyakan pekerja melayu ni pemalas. Kerja 3 jam, rehat 5 jam.
Sebab apa jadi camtu, sbb kita bangsa melayu tidak menanamkan sikap
bahawa kerja yang kita lakukan adalah satu ibadah. Kalau kita anggap
kerja tu satu ibadah, kita akan rasa tenang dan seronak dalam buat
kerja. Kita akan rasa takut nak "mengular". Itu yang saya kata,
pentingnya Al-Quran dan Al-Hadis dijadikan panduan. Yang lagi best,
orang melayu kita kalau offc ada buat function, dia akan hanyut.
Minuman keras berbotol. Lupa dunia. Tahu tak kita wahai orang
melayu, bangsa lain tersenyum melihat kita macam ni. Sembahyang lagi
la... agak2nya seminggu sekali atau setahun sekali atau sekali-
sekala jer. Apa la nak jadi dgn bangsa melayu ni yang mengatakan
mereka Islam. Saya sedih melihat keadaan ini. Tahu tak, kalau
pegangan Agama kita kuat... org akan hormat pada kita. Hormat ini
bukan bermaksud mereka tunduk pada kita tetapi hormat yang penuh
keikhlasan. Juga harus ingat, dunia jangan dilupakan. Sebab tu ada
pepatah "Beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati keesokannya dan
bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi".
Nah... bukan ke akhirat harus selari dengan dunia baru kejayaan di
dalam genggaman.
>
>
>
> Bangkitlah... wahai bangsaku. Takkan kita nak pandang sepi
kematian pejuang-pejuang Islam seperti Dr. Azhari yang bijak itu
mati begitu sahaja. Dan mahukah kita melihat lebih ramainya Azhari
mati nanti. Sikap kita harus berubah. Tanamkan sedari awal didikan
Islam. Dengan itu tak perlu kita menitiskan airmata melihat
peristiwa-peristiwa sedih ini terus berlaku. Pemimpin juga harus
berubah. Kalau pemimpin sendiri tak mampu membentuk institusi
kekeluargaan Islam dengan berjaya, saya rasa mereka tak layak
menjadi pemimpin. Buat bertambah masalah jer nanti.
>
>
>
> Marilah kita berhijrah. Apa yang perlu kita pertahankan bukanlah
BANGSA MELAYU sahaja tetapi yang lebih penting adalah ISLAM itu
sendiri. Sebab ISLAM itu adalah kasih-sayang... saling
menghormati.... saling memerlukan... dan paling utama meyakini Tiada
Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad Itu Pesuruh Allah.
>
>
>
> Wassalam
>
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change
your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
--
Wanna feel something new ??? Visit www.mykhilafah.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
