Laporkan maksiat dan jenayah syariah di tempat anda ! Hubungi HOTLINE : Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan PT 973, Jalan Medan Rahang 70100 Seremban, N.S. Tal : 06-7672776 , 06-7672756 Fax : 06-7672767 ( berhampiran Restoran Nelayan / Pejabat Persatuan Bolasepak NS)
BERSAMA MENCEGAH JENAYAH SYARIAH
KESALAHAN JUDI Tahukah Anda ? Orang Islam yang
berjudi atau didapati berada di tempat perjudian
adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 79A
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) (Pindaan)
2004 dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman
denda tidak melebihi RM 3,000.00 atau penjara selama
tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya
MEMBUAT, MENJUAL MINUMAN MEMABUKKAN Mana-mana orang
yang membuat, menjual, menghadiahkan, mempamerkan
untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa arak
untuk minuman yang memabukkan adalah melakukan satu
kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan
hukuman denda tidak melebihi RM 3,000.00 atau penjara
selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya Enakmen Jenayah Syariah NS , Seksyen 79
TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT Seorang lelaki
yang telah mencapai umur baligh dan yang tidak
menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dalam kariahnya
tiga kali berturut-turut dengan ketiadaan uzur syarie
dan dengan ketiadaan sebab-sebab yang munasabah adalah
melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila
disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM
1,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6
bulan atau kedua-duanya Enakmen Jenayah Syariah NS ,
Seksyen 113
MENJUAL MAKANAN DI DALAM BULAN RAMADHAN Mana-mana
orang yang pada waktu berpuasa di dalam bulan
Ramadhan, menjual atau memberi kepada orang yang
beragama Islam makanan atau minuman untuk dimakan atau
diminum dengan serta merta adalah melakukan satu
kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan
hukuman denda tidak melebihi RM 1,000.00 atau penjara
selama tempoh tidak melebihi 6 bulan dan bagi
kesalahan kedua atau berikutnya dengan denda tidak
melebihi RM 2,000.00 atau penjara selama tempoh tidak
lebih daripada 1 tahun atau kedua-duanya sekali
Enakmen Jenayah Syariah NS , Seksyen 112
LELAKI BERLAGAK SEPERTI WANITA (PONDAN) Mana-mana
orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau
berlagak seperti perempuan dimana-mana tempat awam
adalah satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan
dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 1,000.00
atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau
kedua-duanya sekali Enakmen Jenayah Syariah NS ,
Seksyen 66
PERBUATAN TIDAK SOPAN Mana-mana orang yang melakukan
perbuatan atau berkelakuan tidak sopan yang
bertentangan dengan hukum Syarak di mana-mana tempat
awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah
apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak
melebihi RM 500.00 atau penjara selama tempoh tidak
melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali Enakmen
Jenayah Syariah NS , Seksyen 67
Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
__________________________________________
Yahoo! DSL Something to write home about.
Just $16.99/mo. or less.
dsl.yahoo.com
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
<<attachment: Enakmen_Judi_NS.jpg>>
