Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Sahih: YB BN Pengkalan Pasir Wakil Pos bukan Wakil Rakyat
ROSLAN SMSMenang kalah dalam pertandingan memanglah adat. Nama pun pertandingan maka pasti ada yang menang dan ada yang kalah.
Tengahari tadi sebagaimana yang diisytiharkan oleh pihak SPR setelah dilakukan proses pengiraan semula undi, calon BN disahkan menang mengalahkan calon PAS dan Bebas. Hanafi Mamat dari Umno memperolehi 7422 undi, berbanding calon PAS Hanafiah Ahmad 7288 manakala Dato Ibrahim Ali, Bebas 415 undi. Bermakna calon BN menang dengan kelebihan 134 undi. (Semasa pengiraan semalam calon BN menang dengan kelebihan 129 undi).
Tahniah WAKIL POS Pengkalan Pasir
Menurut keputusan terperinci peti-peti undi pada malam semalam dari 39 peti undi yang melibatkan 15 050 pengundi yang keluar mengundi, tak termasuk UNDI POS, calon PAS menang di 22 peti undi. Manakala calon BN menang di baki 17 peti undi. Calon Bebas kalah disemua peti undi.
Sila perhatikan berikut adalah keputusan malam tadi:
Undi untuk calon PAS : 7 275
Undi untuk calon BN : 7 269
Undi untuk BEBAS : 410
Rosak : 96
MAJORITI : PAS menang kelebihan 6 undi!
Manakala berikut adalah keputusan bagi UNDI POS:
BN : 150
PAS : 15
Bebas : 4
Bermakna apabila dijumlah UNDI POS ini maka keputusannya:
BN menang dengan majoriti 129 undi!
Ini menunjukkan rakyat di Pengkalan Pasir kecuali para PENGUNDI POS yang terdiri dari kakitangan pasukan keselamatan (khasnya pihak Polis) dan keluarga mereka, sebenarnya telah memenangkan calon PAS. Akan tetapi yang memenangkan calon BN adalah apabila UNDI POS ini yang dilakukan secara tertutup, diambil kira.
Itu satu penemuan. Yang keduanya menurut catatan jumlah PENGUNDI POS yang berdaftar adalah 195 orang. Tetapi jumlah yang keluar mengundi adalah 212 orang atau 108.72 peratus! Dari mana datang 7 orang tambahan ini (di Balai Polis pun ada hantu ke?)
Yang ketiga kalau diperhatikan jumlah undi yang rosak dari 39 peti undi awam adalah cuma sebanyak 96 undi sahaja . Bermakna secara hitung-panjang/ average undi dari peti undi awam yang rosak adalah sebanyak kira-kira 2.59 undi setiap peti.
Perhatikan betul-betul, percayakah anda dari 212 PENGUNDI POS yang keluar mengundi (+7 hantu!) sebanyak 43 undi rosak?!! Bermakna 20.28 peratus dari UNDI POS telah rosak (atau barangkali dirosakkan?!).
Penemuan ini sungguh membimbangkan. Takkanlah orang awam lebih cerdik mengundi dari anggota dan kakitangan Polis (maaf saya bukan bermaksud menghina pihak Polis, saya sendiri anak bekas pegawai kanan polis). Penemuan ini membangkitkan seribu-satu persoalan dan syak wasangka.
Saya difahamkan pihak guaman dari PAS sedang mengkaji secara teliti perkembangan yang penuh membimbangkan ini.
Ringkasnya calon BN jelas menang hanya dengan bantuan UNDI POS. Bermakna kalau layaklah diberi galaran kepada YB BN yang baru ini maka yang cocoknya gelaran beliau bukanlah WAKIL RAKYAT tetapi WAKIL POS.
Pihak SPR perlu bertanggugnjawab penuh dalam hal ini!SILA KE BLOG ROSLAN SMS
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
