Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Artikel ini di Internet : http://www.wanita.us/articles/calcium.php Calcium plays an important role in maintaining bone. Calcium alone cannot prevent or cure osteoporosis, but it is an important part of an overall prevention or treatment program. Kalsium merupakan bahan yang penting bagi tubuh manusia bukan sahaja untuk pembentukan tulang malah pembinaan sel-sel dan perjalanan sistem tubuh badan manusia turut memerlukan kalsium untuk meneruskan fungsinya. Dengan kalsium yang mencukupi ia membantu dan pencegahan reputan tulang pada masa peningkatan usia manusia. Bagi golongan kanak-kanak pula ia membantu dalam pembentukan gigi dan kuku. Kalsium boleh didapati dengan mudah melalui permakanan tenusu seperti susu lembu, yougurt, keju, aiskrim, roti dan pelbagai. Namun begitu tidak ramai mengambil kalsium pada jumlah yang mencukupi iaitu pada kadar harian yang disarankan. Satu kajian di Malaysia mendapati pengambilan kalsium pada kadar 300-400mg sehari peratusannya yang tidak besar sehingga meletakkan majoriti penduduk Malaysia dalam risiko menghadapi osteoporosis dalam jangka masa dua dekad. Nilai yang dicadangkan adalah sekitar 600 ke 1200mg sehari dan bagi wanita mengandung dan ibu yang menyusu nilaian yang dicadangkan adalah sekitar 1200mg. Silakan dapatkan nasihat doktor untuk nilaian yang sesuai. Rujukan http://www.nof.org/prevention/calcium.htm Walaupun osteoporosis sentiasa dikaitkan ianya berlaku pada golongan berusia namun ia boleh berlaku pada setiap peringkat usia. Masalah ini bukan setakat berlaku kepada golongan wanita sahaja malahan golongan lelaki. Setiap sepuluh orang yang menghadapi Osteoporosis dua adalah golongan lelaki. Osteoporosis adalah keadaan dimana tulang menjadi reput dan menyebabkan ia mudah retak dan lambat untuk sembuh. Pengambilan Kalsium sebelum umur tiga puluh tahun dapat mengurangkan risiko menghadapi osteoporosis. Makanan Tambahan Kalsium Sejak kebelakangan ini kesedaran mengenai osteoporosis dan bahaya pengambilan kalsium yang tidak mencukupi semakin bertambah. Menyedari hakikat itu semkin ramai mengambil makanan tambahan kalsium. Perkara paling penting dalam pengambilan makanan tambahan kalsium adalah sejauh mana ia mudah diserap oleh badan manusia. Beberapa cadangan pengambilan makanan tambahan kalsium. (1) Ia peru diambil dengan kerap dalam sehari dalam nilaian yang kecil bagi setiap pengambilan. Setiap pengambilan yang dicadangkan adalah bawah 500mg dan diambil dua kali sehari. Ini adalah kerana nilaian serapan kalsium berkurangan apabila nilaian kalsium dimakan bertambah. (2) Kalsium yang dikunyah atau dicairkan adalah mudah diserap kerana dalam bentuk ini ia lebih mudah diserap berbanding dengan kalsium berbentuk tablet yang perlu dihancurkan dahulu oleh sistem penghadaman sebelum ia boleh diserap dengan mudah oleh badan. (3) Vitamin D turut dimasukkan bersama kalsium kerana vitamin D membantu dalam penyerapan kalsium ke dalam badan. Namun awas patuhi pengambilan vitamin D sehari tidak melebihi 400IU ke 800IU. Vitamin D adalah vitamin berasaskan lemak. Ia boleh disimpan oleh badan apabila ia tidak digunakan. Maka pengambilan berlebihan akan menyebabkan badan boleh berlebihan vitamin D dan ini membahayakan. Sebelum mengambil apa-apa permakanan tambahan sila dapatkan nasihat doktor. Artikel diatas adalah hanya untuk pengetahuan am sahaja dan penjelasan terperinci hanya layak dilakukan oleh doktor. Sumber Rujukan http://www.nof.org/ Artikel lain Keperluan Asid Folik Untuk Wanita http://www.wanita.us/articles/folic.php Gantikan Internet Explorer Dengan Firefox http://www.wanita.us/firefox.php Sekian. ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
