DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH, LAGI PENYAYANG

Rasa nak mencelah......

Sekarang ni banyak sangat memperkatakan tentang Wahabi....
Ada yang kata OK dan ada yang kata NO.
Berbagai-bagai alasan yang diberi-
Sekarang ni antum sekalian fikir tentang diri kita ni, Ikut Al-Quran dan sunnah 
tak?
Sekiranya Wahabi dan siapa-siapa pun yang mengikut 2 perkara kat atas tu, 
mereka masih dalam track
yang benar.

Kalau Undang-undang ALLAH ditolak buat undang-undang baru ...tu lah yang sesat 
sangat
Kalau seseorang tu tak sembahyang...tu lah yang sesat sangat
Kalau seseorang tu tak menutup aurat ..tu lah yang sesat sangat
dan sebagainya...

Sebab apa dikatakan sesat, kerana tak nak ikut suruhan ALLAH, Kalau kita tidak 
ikut petunjuk 
tentu kita akan sesat. Belagak sombong pada yang Maha Bijaksana.

Kita jauh sangat berbincang sampai perkara yang kita dokong sendiri pun lupa, 
sibuk kat orang lain.

Jelas " SESUNGGUHNYA BIDAAH ITU TERTOLAK"-So jangan kita pandai-pandai 
buat/reka alasan agar kita dapat melakukannya.
Seperti juga Riba tu haram. Manusia mula mencari alasan supaya dapat juga 
melakukannya, maka mulalah orang-orang 
mencari alasan.

Banyak contoh yang diberi, yang mengatakan Bidaah hasanah tapi sebenarnya itu 
pada pandangan saya bukan Bidaah tapi
itu merupakan permasalahan umum yang bi benarkan.

Contoh:
Pembinaan sekolah dikatakan Bidaah Hasanah - Pada saya Itu merupakan 
Permasalahan umum
Solat terawih 20 rakaat dikatakan Bidaah Hasanah- Pada saya Solat sunat terawih 
adalah 2 rakaat, terpulanglah berapa
banyak kita nak lakukan- Saidina Umar melakukan 20rakaat pada zamannya di 
sebabkan permasalahan umum di ketika itu.

Berbagai-bagai lagi yang dikatan Bidaah hasanah yang sebenarnya itu bukan 
bidaah tapi itu 
adalah "PERMASALAHAN UMUM"

SEKALI LAGI :::HADIS Nabi SAW " ............SESUNGGUHNYA BIDAAH ITU TERTOLAK" 
Kan jelas so fikir-fikirlah.

Macam-macam alasan dicari orang supaya bidaah itu dapat merebak dalam 
masyarakat kita.

Pandangan saya....kalau salah betulkan..Ilmu untuk diamalkan.





------- Original Message -------
Sender : [EMAIL PROTECTED]<[EMAIL PROTECTED]> 
Date   : Dec 09, 2005 00:44
Title  : Bismillah [hidayahnet] Re: Biarlah aku dipanggil Wahabi

Assalamualaikum,

Sebenarnya persoalan qunut, tahlil dsbnya itu kecil. Bukan itu 
masalah besar yang dibawa oleh wahabi. Masalah besar yang dibawa oleh 
wahabi adalah ia adalah KAEDAH TERCANGGIH DAN PALING BERSTRATEGI 
PIHAK MUSUH MENJAJAH MINDA UMAT ISLAM.

WAHABI mendukung dan pencetus NEW WORLD ORDER selepas kejatuhan 
kerajaaan islam terakhir di dunia iaitu kerajaan Uthmaniyah.

MAsalah-masalah khilafiah dari segi syariat itu sgt kecil jika 
dibandingkan dengan kesan daripada FAHAMAN WAHABI KE ATAS MINDA UMAT 
ISLAM DI SELURUH DUNIA.

Jika benar WAHABI mengembalikan kemurnian ISLAM, persoalannya 
sepatutnya tentulah ISLAM AKAN BERTAMBAH GEMILANG seperti zaman RSAW 
dan para salafussoleh yg pernah disebut-sebut di dalam sejarah. 
Tetapi mengapa sejak WAHABI tersebar umat Islam menjadi semakin 
mundur dan diperkotakkatikkan pula pihak musuh?.

Sukar bagi sesetengah orang melihat kesan WAHABI ini ke atas MINDA 
umat ISLAM. Sayang sekali.

FAHAMAN WAHABI dilahirkan daripada satu kajian yg paling terperinci 
musuh ISLAM ke atas agama ISLAM. Mereka tahu apabila unsur ROH 
ISLAMIYAH itu dilenyapkan di dalam hati dan dada umat ISLAM maka di 
saat itu umat ISLAM itu seperti buih dilaut yg walaupun ramai tetapi 
tidak ada fungsi dan makna apa-apa. Boleh ditolak ketengah dan ketepi 
dalam lautan fitnah, perancangan dan propaganda musuh islam. Inilah 
yang disebut dalam hadis RSAW.

Mari kita gali semula ilmu-ilmu islam yang berkaitan dengan 
HATI/ROH/PERASAAN ini di samping berdoa kepada Tuhan supaya di 
anugerahkan hidayah dan taufikNya. 

Contoh :

Tawasul
Rijalulghaib
Sunnatullah Tau'an
Sistem Tuhan
Kekuatan maknawi/taqwa

sekian. wallahulam.



 
 



--- In [email protected], "suria" wrote:
>
> I said I reserved my comment. Up to you nak kata apa, ingatlah dosa 
> fitnah tu lebih maha hebat dari dosa membunuh lagi. Kenal ke Fellow 
> Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Muhammad 
> Uthman El-Muhammady? Berani awak kata dia buat fitnah....
> 
> --- In [email protected], accfinbcd wrote:
> >
> > Hehehe......artikel kat bawah ni banyak fitnah dari 
> kebenaran..kalau dah
> > surat khabar sekular...macam tu le...Saya bukanlah wahabi tapi 
> saya lebih
> > suka pd kebenaran...... Takkan tolak sunah org malaysia boleh 
> terkeluar
> > dari menjadi ahli sunnah wal jamaah...heran.....sebagai contoh,
> > qunut......mazhab hanafi dan hambali pun tak baca qunut. Apa imam 
> hanafi
> > ngan imam ahmad ni bukan ahli sunnah wal jamaah ke..???...
> > Buat puan suria, tak yahlah forwardkan artikel yg banyak fitnah 
> dari
> > kebenaran (Cth fitnah yg diutarakan: yg betul setahu 
> saya...pengikut wahabi
> > adalah pengamal sunnah yg paling berdisiplin tapi artikel ni kata 
> pengikut
> > wahabi tolak sunnah Rasulullah, yg tolak sunnah ni...kan golongan 
> anti
> > hadith yg sampai sekarang masih bebas kat negara kita. Betulke 
> uthman
> > muhammady ni dah kaji habis tentang wahabi sampai keluar 
kenyataan 
> macam
> > tu.....). Sebenarnya ada satu lagi golongan yg lebih menyimpang 
> tapi si
> > Uthman Muhammady ni tak tegur pun sebab dia pun satu kapal dgn 
> geng ni.
> > Golongan yg Allah dah beri full power tapi tak pernah nak laksana 
> islam dgn
> > sepenuhnya, hingga kini masih lagi dok pakai undang2 manusia 
sebab 
> lebih
> > relevan dan bertoleransi. Tak sesat ke golongan ni...sila rujuk 
> ayat
> > Al-Maidah : 44 - 47. Kalau rasa boleh balas hujah ayat ini utk 
> menghalalkan
> > perbuatan mereka...silakan.......
> > 
> > abuaizat.
> > 
> > 
> > 
> 
>                                                                    
>         
> >              
> suria                                                         
> >              Sent 
> by:                                                      
> >              
> [EMAIL PROTECTED]                                          To 
> >              roups.com                 
> [email protected]          
> 
>                                                                    
>      cc 
> 
>                                                                    
>         
> >              11/27/05 10:35 
PM                                     
> Subject 
> >                                        Bismillah [hidayahnet] Re: 
> Biarlah  
> >                                        aku dipanggil 
> Wahabi                
> >              Please respond 
> to                                             
> >              
> [EMAIL PROTECTED]                                             
> >                  
> roups.com                                                 
> 
>                                                                    
>         
> 
>                                                                    
>         
> 
>                                                                    
>         
> > 
> > 
> > 
> > 
> > cuba baca suratkhabar hari ni, i reserve my comment;
> > 
> > Fahaman Wahhabi menular -- Dikatakan semakin berkembang di 
kalangan
> > cerdik pandai muda
> > Oleh NAZERI NONG SAMAH
> > 
> > 
> > KUALA LUMPUR 26 Nov. - Fahaman Wahhabi yang mengetepikan amalan
> > sunah umat Islam negara ini sejak turun-temurun, kini dikatakan
> > semakin berkembang terutama di kalangan cerdik pandai muda.
> > 
> > Kumpulan ini menolak amalan membaca al-Quran untuk orang yang
> > meninggal dunia, membaca Yasin, qunut, tahlil, talkin, berdoa,
> > berzikir, ziarah kubur dan pelbagai lagi perkara harus dan sunat
> > yang menjadi amalan Ahli Sunah Waljamaah.
> > 
> > Mingguan Malaysia difahamkan, beberapa buah universiti menjadi
> > pangkalan dan pusat bagi aliran yang disifatkan sebagai
> > ultrakonservatif ini.
> > 
> > Difahamkan juga, aliran ini menjadi ikutan golongan muda yang mahu
> > melakukan ibadah dengan mudah dan cepat, selain menganggap amalan
> > yang sering dilakukan oleh umat Islam di negara ini sebagai bidaah
> > dan khurafat.
> > 
> > Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr.
> > Muhammad Uthman El-Muhammady yang banyak mengkaji mengenai fahaman
> > ini bimbang ia mungkin menyebabkan berlaku pergeseran serius di
> > kalangan ummah berhubung adat dan ibadat yang diamalkan di negara
> > ini.
> > 
> > ``Ahli Sunah Waljamaah mengikut Imam Al-Shafie yang kita amalkan
> > sekarang jelas telah diterima dengan baik dalam kerajaan dan 
> rakyat,
> > tetapi sudah diresapi pula fahaman lain.
> > 
> > ``Fahaman Wahhabi mengambil pendekatan keras, semata-mata memberi
> > penekanan kepada Allah dengan menolak sunah Rasulullah, tawassul,
> > syafaat dan lain-lain,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini
> > hari ini.
> > 
> > Sehubungan itu katanya, adalah lebih wajar fahaman ini ditolak
> > kerana ia bertentangan dengan Sunah Waljamaah yang menjadi ikutan
> > majoriti umat Islam negara ini.
> > 
> > Muhammad Uthman berkata, fahaman ini diasaskan oleh Muhammad Abdul
> > Wahab yang berketurunan Arab, bermula di Hijaz pada abad ke-18
> > Masihi iaitu sekitar 1204 Hijrah.
> > 
> > ``Fahaman Wahhabi itu sendiri ditentang oleh keluarga Muhammad 
> Abdul
> > Wahab, tetapi ia menjadi amat berpengaruh dengan pendekatan
> > ekstremnya itu.
> > 
> > ``Malah fahaman Wahhabi itu sendiri berkembang luas sehingga
> > menjatuhkan kerajaan Uthmaniah serta melenyapkan khalifah Islam di
> > Turki,'' katanya.
> > 
> > Menurutnya, dalam kitab Kashf Al-Shubuhat Fiqh Tauhid dan 
Risalatul
> > Al-Tauhid, fahaman puak Wahhabi turut memuatkan huraian al-Quran
> > yang pada asalnya ditujukan kepada orang kafir tetapi fahaman
> > ekstrem itu ditujukan pula kepada orang Islam yang tidak sehaluan
> > dengan mereka.
> > 
> > Sehubungan itu, Muhammad Uthman berkata, keupayaan pengaruh 
fahaman
> > ekstrem Wahhabi sehingga berjaya menggulingkan kerajaan Uthmaniah
> > itu wajar menjadi peringatan kepada kerajaan negara ini.
> > 
> > ``Fahaman Wahhabi begitu mudah mempengaruhi kerana ia mengambil
> > pendekatan bahawa Islam tiada hubungan dengan kelebihan yang ada
> > pada sunah Rasulullah, hadis mahupun sesama manusia.
> > 
> > ``Mengikut fahaman ini, apa-apa yang menjadi adat dan ibadat 
selain
> > daripada fahamannya adalah bidaah semata-mata,'' ujarnya.
> > 
> > Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti
> > Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Mohammad Yusof
> > Hussain berkata, umat Islam di negara ini tidak boleh terikut-ikut
> > dengan fahaman Wahhabi kerana ia tidak mengikut kehendak ahli 
sunah
> > wal jamaah.
> > 
> > ``Pada asalnya, motif fahaman Wahhabi itu bertujuan membanteras
> > khurafat di Arab tetapi pendekatannya yang keras itu juga
> > menumbangkan kuasa pemerintah zaman tersebut.
> > 
> > ``Tetapi untuk motif apa pula Wahhabi berkembang di negara kita,''
> > katanya.
> > 
> > Prof. Datuk Mahmood Zuhdi Abd. Majid dari Jabatan Fiqh dan Usul,
> > Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pula berkata, 
> pertentangan
> > ahli sunah wal jamaah dan fahaman Wahhabi perlu ditangani dengan
> > bijaksana demi kebaikan agama.
> > 
> > ``Kita tidak mahu pertembungan kedua-dua ikutan itu akan 
menjadikan
> > kita dilaga-lagakan seperti puak sunni dan syiah di Iran dan Iraq
> > sehingga mengakibatkan perpecahan Islam,'' katanya.
> > 
> > 
> > 
> > 
> > --- In [email protected], "abuamir_qalantani" wrote:
> > >
> > > waalaikumussalam..
> > >
> > > cuba kita kaji atau mencari jawapan dalam kitab kitab tafsir yg
> > > muktabar..kenapa Allah berfirman "taatlah kamu kepada Allah dan
> > > taatlah kamu kepada rasul dan pemimpin dikalangan kamu". 
> persoalan
> > > kenapa pada kalimah pemimpin,Allah tak letak kalimah taat? hanya
> > > untuk Allah dan rasul,Allah letak kalimah taat,tapi bila sampai
> > kat
> > > kalimah pemimpin,Allah tak letak kalimah taat...
> > >
> > > --- In [email protected], bingkisan nurani wrote:
> > > >
> > > >   Assalamualaikum......
> > > >
> > > >   Biasanya wahabi nie sering dikaitkan dgn mereka yg hanya
> > percaya
> > > pada Al-Quran dan Hadith sahaja,mereka nie biasanya menolak 
> segala
> > > pendapat dari Ulama2 malah ada segelintir dari mereka menolak
> > amalan
> > > para sahabat,contoh amalan solat terawih 20 rakaat yg saidina 
> umar
> > > anjurkan dan sebagainyer,alasan mereka itu semua binaah dan
> > > Rasulullah tak pernah melakukan perkara tersebut.
> > > >
> > > >   Tapi mungkin mereka lupa Allah S.W.T sendiri memberi mandat
> > > kepada ulama2 seperti mana firmanNya Dalam Al-Quran
> > > >   'TAATILAH ALLAH DAN TAATILAH RASUL DAN pemimpin dari kamu'
> > > >   maka persoalan timbul pulak,
> > > >   andai kita taati Allah,Allah tak pernah silap,Andai kamu 
> taati
> > > Rasulullah,jika Rasulullah silap Allah akan menegur dan
> > > membetulakan,tp kalau kamu hanya mentaati pemimpin dari kamu
> (ulama)
> > > kalau mereka silap siapa yg akan menegur?
> > > >   maka disini juga kite kene ingat Rasulullah juga pernah
> > > bersabda 'aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yg manajika kamu
> > > mengikutnya kamu tidak akan sesat selamanya iaitu Al-Quran dan 
> As-
> > > sunnah,
> > > >
> > > >   maka pilihlah pemimpin dari mereka yg berpandukan 2 sumber 
> ini,
> > > >   tak salah kalau kite mengikut kata2 ulama2 selagi mereka
> > > mengikut sumber asal iaitu Al-Quran dan as-sunnah,
> > > >
> > > >   jangan senang2 mengatakan sesuatu itu khurafat,syirik atau
> > > sebagainya hanya kerana Rasulullah tak pernah lakukan,memang 
> benar
> > > Rasulullah pernah bersabda bahawa segala yang baru itu adalah
> > > bidaah, tapi kite kene ingat juga bahawa Rasulullah juga pernah
> > > bersabda bahawa apa yg Sahabat aku lakukan ada benar,bidaah itu
> > ada
> > > juga bidaah hasanah,
> > > >
> > > >   Sebagai contoh zaman Rasulullah tak ada pembukuan AL-
> > Quran,masa
> > > tu Al-Quran hanya dihafal atau di tulis atas kulit binatang atau
> > > kulit kayu,tp selepas itu Al-Quran dikumpulkan dan dibukukan 
> sebab
> > > ramai para hafiz yg meninggal,dlm hal penceraian kalau si suami
> > ckp
> > > dia jatuhkan talak 3 pun dikire talak satu,tp masa zaman para
> > > sahabat ia menjadi seoalah2 permain hingga asyik menyebut talak
> > > 3,sebab tuh khalifah pada zaman tersebut meletakkan kalau sebut
> > > talak 3 maka jatuh talak 3,dalam pembayaran zakat,mazhab syafie
> > tak
> > > benarkan pembayaran ditukar ke dlm bentuk wang dan zaman
> > Rasulullah
> > > pun tak dibuat pembayar zakat menggunakan duit,tp mazhab hanafi
> > > (kalau tak silap) membenarkan,(nmpk sgt kite kat m'sia bukan 
ikut
> > > sepenuhnya mazhab syafie tul tak)
> > > >
> > > >   maka fikirlah semula siapa kite dan sejauh mana iman kite 
> yang
> > > melayakkan kite menuduh perbuatan itu dan ini adalah bidaah dan
> > > khurafat melainkan ia adalah sesutu yg jelas nyata dan terang
> > > bertentangan dari ajaran Islam,
> > > >
> > > >   tp dalam masa yang sama janganlah kite mengutuk mereka yang
> > > hanya berpegang pada Al-Quran dan Hadith sebagai wahabi atau 
> lebih
> > > teruk melebelkan mereka sesat sebab mereka juga bersumberkan Al-
> > > Quran dan Hadith,
> > > >
> > > >   Waallualam
> > > >
> > > >
> > > >
> > > > --- In [email protected], Putri Eja wrote:
> > > > >
> > > > > WAHABI ADALAH WAHABI
> > > > >
> > > > > Aku nasihatkan, rujukan kita adalah al-Qur'an dan sunnah 
Nabi
> > > > > Lalu aku dipanggil Wahabi
> > > > >
> > > > > Aku katakan, hadis hendaklah dipastikan sahih dari Nabi
> > > > > Lalu aku dipanggil Wahabi
> > > > >
> > > > > Aku cuba amalkan ibadatku mengikut cara Nabi
> > > > > Lalu aku dipanggil Wahabi
> > > > >
> > > > > Aku cuba amalkan solat mengikut cara Nabi
> > > > > Lalu aku dipanggil Wahabi
> > > > >
> > > > > Aku nasihatkan bahawa amalan itu dan ini bukan dari Nabi
> > > > > Lalu aku dipanggil Wahabi
> > > > >
> > > > > Aku katakan ramai guru-guru kini tidak mengajar dengan 
kaedah
> > > yang
> > > > asli
> > > > > Lalu aku dipanggil Wahabi
> > > > >
> > > > > Aku bertanya guru, apakah dalil sahih untuk aku ikuti
> > > > > Lalu aku dipanggil Wahabi
> > > > >
> > > > > Aku katakan agama ini tidak semesti semuanya mengikut as-
> > Syafie
> > > > > Lalu aku dipanggil Wahabi
> > > > >
> > > > > Aku katakan, khurafat, syirik dan bid'ah amat dilarang oleh
> > Nabi
> > > > > Lalu aku dipanggil Wahabi
> > > > >
> > > > > Aku tidak hadiri kenduri arwah kerana ianya dilarang oleh 
> Nabi
> > > > > Lalu aku dipanggil Wahabi
> > > > >
> > > > > Aku mengatakan kenduri arwah juga dilarang oleh as-Syafie
> > > > > Lalu aku dipanggil Wahabi
> > > > >
> > > > > Aku katakan amalan khusus Nisfu Sya'ban bukan diajar oleh 
> Nabi
> > > > > Lalu aku dipanggil Wahabi
> > > > >
> > > > > Aku juga katakan ianya juga dilarang oleh al-Qaradhawi
> > > > > Lalu aku dipanggil Wahabi
> > > > >
> > > > > Aku pun tidak tahu, siapakah sebenarnya Wahabi?
> > > > >
> > > > > Kata mereka Wahabi adalah Wahabi
> > > > >
> > > > > Aku bertanya lagi, siapakah sebenarnya Wahabi?
> > > > >
> > > > > Kata mereka Wahabi adalah Wahabi
> > > > >
> > > > > Aku semakin bingung siapa itu Wahabi
> > > > >
> > > > > Namun ...
> > > > >
> > > > > Jika benar Wahabi adalah yang nak ikut sunnah Nabi... 
Biarlah
> > > aku
> > > > dipanggil Wahabi
> > > > >
> > > > > Jika benar Wahabi yang melarang khurafat, syirik dan bid'ah
> > dari
> > > > > diikuti... Biarlah aku dipanggil Wahabi
> > > > >
> > > > > Jika Wahabi hanya beramal dengan amalan yang sahih dari
> > > > Nabi...Biarlah aku dipanggil Wahabi
> > > > >
> > > > > Aku ingin mendapat keredhaan dari Ilahi
> > > > > Biarlah aku dipanggil Wahabi
> > > > > Semoga di akhirat bersama Nabi aku berdiri
> > > > > Biarkan aku dipanggil Wahabi
> > > > > Aku hanya inginkan syafaat Nabi untuk syurga yang kekal 
abadi
> > > > > Biarlah aku terus dipanggil Wahabi
> > > > >
> > > > >
> > > > >
> > > > > ---------------------------------
> > > > >  Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one 
> click.
> > > > >
> > > >
> > > >
> > > >
> > > >
> > > >
> > > >
> > > >
> > > >
> > > > --------------------------------------------------------------
-
> --
> > --
> > > -------
> > > >
> > > > All views expressed herein belong to the individuals concerned
> > and
> > > do not in any way reflect the official views of Hidayahnet 
unless
> > > sanctioned or approved otherwise.
> > > >
> > > > If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may 
> wish
> > > to get a daily digest of emails by logging-on to
> > > http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings
> > or
> > > email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with 
the
> > > title "change to daily digest".
> > > >
> > > >
> > > >
> > > >   SPONSORED LINKS
> > > >         Divine inspiration   Islam
> > > >
> > > > ---------------------------------
> > > >   YAHOO! GROUPS LINKS
> > > >
> > > >
> > > >
> > > >     Visit your group "hidayahnet" on the web.
> > > >
> > > >     To unsubscribe from this group, send an email to:
> > > >  [EMAIL PROTECTED]
> > > >
> > > >     Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms 
of
> > > Service.
> > > >
> > > >
> > > > ---------------------------------
> > > >
> > > >
> > > >
> > > >
> > > >
> > > >
> > > >
> > > > ---------------------------------
> > > >  Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.
> > > >
> > >
> > 
> > 
> > 
> > 
> > 
> > 
> > 
> > 
> > 
> > ------------------------------------------------------------------
-
> -------
> > 
> > All views expressed herein belong to the individuals concerned 
and 
> do not
> > in any way reflect the official views of Hidayahnet unless 
> sanctioned or
> > approved otherwise.
> > 
> > If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish 
> to get a
> > daily digest of emails by logging-on to 
http://www.yahoogroups.com 
> to
> > change your mail delivery settings or email the moderators at
> > [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily 
> digest".
> > Yahoo! Groups Links
> >
>









--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links



 










------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke