Tak dak salahnya disebarkan untuk langkah berjaga-jaga.Dalam Islam sekiranya tertegak sebuah negara Islam yang berdaulat orang kafir akan terbahagi dua...kafir Harbi dan kafir Zimmi...makna kata la nie Malaysia masih belum sebuah negara Islam yang benar-benar berdaulat maka e-mail dikira sebagai langkah persediaan menghadapi kafir yang mana hati perut depa kita sendir boleh agak...tunggu masa saja nak mentekedarah Melayu Muslim....Singapore dah ranap...Penang dah dicontrol oleh puak depa...lepas nie....tepuk dada tanya iman....

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Telah sekian lama dan telah beberapa kali saya
menerima e-mel yang kononnya memetik daripada sebuah
majalah di London kononnya bagaimana orang Cina di
Malaysia ini sedang bersatu untuk menguasai Malaysia
daripada orang Melayu. Artikel berkenaan kononnya
ditulis oleh Dr. Ng. Seng dan telah diterjemahkan oleh
Unit Sebaran Am serta telah disebar secara meluas
melalui e-mel supaya dapat membangkitkan semangat
"BANGUN MELAYU, ISLAM DAN PERTIWI".

Persoalannya kenapa ramai daripada kita orang Melayu
mempercayai e-mel ini dan menyebarkannya tanpa usul
periksa. Bukankah di dalam Al Quran disuruh kita
apabila mendengar sesuatu perkhabaran atau berita itu
haruslah diusul periksa. Siapa yang menyebarnya , mana
sumbernya ?

Sebelum kita membaca kandungan e-mel yang begitu
panjang yang membuat semangat keMelayuan kita naik,
periksa dahulu kesahihannya. Dikatakan ianya sebuah
majalah di London. Apa tajuk majalahnya, keluaran bila
? Jika dialih bahasa , mana artikel asalnya dalam
Bahasa Inggeris atau mungkin dalam Bahasa Mandarin ?
Sekarang ini kebanyakkan majalah ada edisi
internetnya, mana pula sumber daripada internetnya ?
Kalau tiada sumber internet, mengapa tidak di “scan”
majalah berkenaan supaya memberikan sedikit keyakinan
kepada pembaca. Siapa pula Dr. Ng Seng ini ? Apa
perkerjaan beliau, dari mana asal beliau ? Unit
Sebaran Am ini daripada persatuan mana , kumpulan mana
?

Membangkitkan isu perkauman tidak akan menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang ini.
Ianya tidak akan menyelesaikan masalah ratusan ribu
penagih dadah bangsa Melayu, ianya juga tidak akan
menyelesaikan masalah ribuan penghidap HIV/AIDS anak
bangsa Melayu, ianya juga tidak akan menyelesaikan
masalah perceraian yang semakin meningkat walaupun
majlis perkahwinan diadakan dengan serba gemilang.

Perasaan hasad dengki, berlumba-lumba mengejar
kekayaan untuk diri sendiri, tidak memandang pada
jiran tetangga dan sanak saudara yang susah haruslah
dielakkan dengan berpandukan kepada ajaran Islam.

Jika tidak semangat keMelayuan kita hanyalah diukur
sejauh mana kita membenci kaum lain, bukannya sejauh
mana kita menyayangi bangsa kita sendiri.
 


Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com





__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com




Yahoo! Shopping
Find Great Deals on Holiday Gifts at Yahoo! Shopping

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke