Wmslm dan Assalamua'laikum kembali
Emel Q&A JAKIM ni saya perolehi dari seorg sahabat yg buleh dipercayai. Ini merupakan copy and paste dari portal JAKIM(berbentuk ringkasan) agar senang dibaca dalam emel. Saya ada merujuk ke portal JAKIM dan ianya adalah sumber yg sahih.
Saya tak punya cukup masa untuk check satu persatu memandangkan ada antara Q&A ini telah "lama" berada dalam portal JAKIM. Kalau sdr aizuddin ada masa, buleh pergi ke www.halaljakim.gov.my atau ke www.islam.gov.my, buleh check satu-satu sbb ada berapa page dan berapa ratus soalan pasal halal product kat situ.
Menjawab emel sdr ruzaihan, xnak komen pasal hati
dan perasaan benci or whatever, pendekatan paling baik skrg kalau saya suka saya baca, kalau tak suka saya delete aje.
so tak perlulah nak berbalas emel menegakkan pendapat masing-masing.
Saya nk jawab satu aje. Cuma satu pasal rumah kat kelantan yg takde bilik air tu, bukan pasal tuan rumah kedekut. Itu sebab penduduk tu susah, nak buat rumah, kene keluar budget sendiri, org kampung, buat kerja kampung, mana cukup duit nak buat rumah sendiri. Sdr tanya itu siapa? saya jawab itu rumah roomate saya masa di U dulu. Tanah kampung, buat rumah tepi bendang (ok lah tu view cantek dan nyaman, tak berniat nk kutuk sesiapa yg ada rumah kat sawah nih, kang ada pulak org kg yg salah anggap statement sy nih),malangnya bila hujan sket, air banjir naik..sampai dapat tengok kesan air banjir naik kat dinding rumah dia....bilik air takde, sbb bapak dia tak cukup budget lagi
nk buat bilik air...tanya, takde peruntukan ke..dia cuma jawab..faham-faham je la, sbb kita tengok rata-rata rumah kat kelantan dah mmg jenis mcm tuh.
Saya TAK KATA SEMUA ORG KELANTAN (kang habis aku kene belasah lagi), cuma ini kenyataan. Ada kawan kelantan saya yg senang, dan mungkin takdir saya sebilik dnegan org kelantan yg susah, yg kampung dia rata-ratanya "SESUSAH" dari segi material spt dia.Walaupun dia background PAS, tapi dia sndiri cakap dgn saya dia tak suka suasana yg happened dlm family dia, sana pulau imam sana, sini pulau imam sini, dia byk cerita hidup dia kat sana...itu point of view dia...the real kelantanese, but of course pandangan dia tak mewakili pandangan semua kelantanese, ternasuklah pandangan ahli hidayahnet nih.....
Bab iman saya taknak sentuh, sbb siapalah saya nk memberi komen tentang
tahap keimanan seseorang berdasarkan ilmu sy yg cetek nih. Saya pernah menyambut bulan Ramadhan di rumah dia, malam-malam kami bertarawikh di surau yg hampir condong mencecah bumi.Agaknya disebbkan iman sy yg tak berapa dalam ni la kot, saya asik terpikir kalau mcm ni punya kemudahan mcm mn nak khusyuk solat? Saya respect betullah dengan insan2 kamil yg dapat khusyuk dlm keadaan mcm tuh, tak spt saya nih..
Itu ler, kita bercakap ni mewakili pengalaman masing2. Yg saya kurang gemar, ada segelintir netters yg suka merendah2kan pengalaman org lain, lepas tu jump into conclusion yg org tu dan org ni penyokong kerajaan la atau peyokong PAS.Siapa yg kena label gomen-pro tuh, ha,..bersiap sedia je lah.
kadang2 kita menegur bukan bermakna kita membangkang. Ya org akan kata selepas ni, argghh..kwsn BN pun byk lagi org susah, tu
yg masuk bersamamu TV3 tu berlambak-lambak...saya kalau tengok rncgn tu pun saya akan kata "apa punya wakil rakyattt, hidup sng2 tapi ada gak org susah, bila masuk TV baru semua terhegeh2 nampakkan muka".
Tapi at least ada usaha untukmenghapuskan squatters, bagi membasmi kemiskinan. Usaha2 ini walaupun dijalankan oleh BN. kita kene sokong, sbb itu ke arah kebaikan. Ada kes dalam rancangan BERSAMAMU tu, keluarga miskin tu mengaku pernah dioffer rumah PPRT, tapi diorg yg xnak pindah..sbb takut takde keje, biasa masuk hutan utk cari rezeki. Pastu masuk rancangan tu tunjuklah rumah yg atap bocor and so forth..so mcm mn?
Ada kes, kita dah hapuskan squatters, tapi ada lagi yg datang. Some of it, bukan org tempatan, mungkin squatters di johor, tapi penduduknya asal org pahang ke, terengganu ke,,..some of this condition did
apply. therefore, kdg2 kita tatau true story kita dh buat kesimpulan..damn punya wakil rakyat, makan duit je tau, keje tak buat..maksud saya maki dan komen sana sini mmg senang..kalau skrg ni sy nak maki pun buleh ajer.
Ttp mcm di kelantan (hanya merujuk kpd kes roomate sy tadi), ianya bukan keluarga roomate sy saja yg susah, ianya ada lah ibarat SATU KAMPUNG yg senasib mcm roomate saya tuh, itu tak kira daerah lain lagi. sbb PAS dah berbelas tahun tadbir kelantan, mungkin bila kita bagi komen, penyokong PAS akan tersentuh hati.Kalau kerajaan kelantan ada usaha untuk upgrade mutu kehidupan (at least basic utilities utk rakyat dia-yg plg penting sy rasa sanitasi)..itu dah bagus.
Roomate saya tuh skrg ni jadi cikgu di sabah, habis degree amik KPLI, dia sndiri mengaku takd epeluang kerja (ke tatau lah kalau dia yg
tatau nak sell herself to get a job)..now dia ngajar kat sabah...dah beranak pinak pun, raya hari tu dia dtg rumah saya...dia kata "meh la datang kelantan lagi, rumah i dah ada bilik air dah...."..dan kitorg gelak sama-sama..
sy hairan sbnrnya kenapa sy di smash nih. Asalnya saya bagi side ideas pasal isu "pelacuran oleh wanita kelantan" tuh,sbb sy tgk sdr ruzaihan tgk dari satu side shj...maybe ayat sy tergantung, maka ramai pihak sudah labelkan saya pro-gomen..emm..whateverlah..bila baca emel dari sdri rohayati ke apa nama dia tak silap, apa yg dia tulis sy kira "sealiran" dengan pendapat saya, cuma mungkin ayat yg dia guna tuh "sealiran" dgn bahasa penyokong "belah sana" maka pendapat dia diterima dgn hati terbuka...takde pulak dia di smash
Saya dah tulis pjg lebar, coz i never want to write in here again. Pengajaran
yg saya dapat...maybe it's better to be a silence member after this, just like what i did before...Wassalam.
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Assalamu'alaikum,
Mohon agar sdri "dina scully" menyebut sumber asal Soal Jawab JAKIM ni. Yakni di mana saya dan
ahli hidayahnet yang lain dapat merujuk sumbernya?
Adakah ianya dari portal JAKIM? Saya masih belum jumpa di mana diletak soaljawab ni..
Apa-apa yg disandarkan kepada pihak penguasa (terutamanya soal halal-haram ni) saya minta diberi
sumber dapatan maklumat yg jelas.
Semoga usaha-usaha murni menyedarkan umat Islam ni diberi ganjaran sewajarnya oleh ALlah. Terima
kasih.
=====quote message===========
Date: Mon, 28 Nov 2005 16:04:56 -0800 (PST)
From: dina scully
Subject: Q & A:JAKIM
Untuk Panduan Bersama
Subject: soal jawab JAKIM & Pengguna
Q : Adakah makanan berasakan daging lembu dan ayam dari Restoran Western Food seperti CHILI's
dan Victoria Station disahkan HALAL oleh JAKIM ?
=====end message=====
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
Yahoo! Shopping
Find Great Deals on Holiday Gifts at Yahoo! Shopping
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
