Assalammualaikum & salam sejahtera,

Artikel ini di Internet

http://www.wanita.us/articles/fiber.php

Tanpa fiber atau serat dalam pemakanan akan menyebabkan perjalanan
sistem penghadaman tubuh badan manusia menjadi tidak teratur dan
menjadi punca pelbagai masalah dan penyakit kepada usus terutamanya
usus besar. Ia merupakan diet utama dalam menu pemakanan kita.

Fiber banyak didapati daripada dinding sel tumbuh-tumbuhan di mana
apabila ia dimakan ia tidak diserap oleh usus dan berlalu melalui usus
kecil ke usus besar sebelum keluar menjadi ketulan. Jangka masa yang
sesuai ketulan keluar setelah makanan dimakan adalah antara 12 ke 18
jam dan melebihi jangka masa ini meningkatkan risiko kanser usus besar
(colon cancer).

Terdapat dua jenis fiber iaitu yang tidak diserap dan yang diserap
oleh badan. Fiber yang tidak diserap oleh badan, menyerap air dan ini
menyebabkan ia mengembang dalam perut kita. Ia menjadikan kita merasa
kenyang. Fiber yang diserap pula membantu dalam menurunkan kadar
kelestrol dalam darah.

Fiber yang tidak diserap  boleh didapati daripada kekacang dan
biji-bijiran (cereal) seperti kacang soya, kacang hijau, pea dan
almond. Manakala fiber yang diserap adalah sayur-sayuran dan
buah-buahan. Kita memerlukan 5 ke 9 hidangan buah-buahan dan
sayur-sayuran sehari dan pelbagaikan jenis hidangan.

Mengapa fiber Daripada buah-buahan dan sayur-sayuran?

Memudahkan perjalanan sistem penghadaman dan mengurangkan risiko
kanser usus besar. Ketulan lebih mudah dikeluarkan dan pada jangka
masa yang sesuai.

Ia membuat perut cepat kenyang dan ini mengurangkan kadar pengambilan
makanan yang berlemak. Selain itu fiber yang diserapkan mengurangkan
kadar kolestrol dalam darah dan satu perkara yang penting dalam
mengurang risiko sakit jantung.

Bagi mereka yang menghadapi buasir, fiber membantu melembutkan ketulan
yang keluar dan membantu dalam proses penyembuhan.

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan sebagai sumber fiber adalah
rendah lemak dan kalori.

Buah-buahan merupakan sumber vitamin C yang utama. Vitamin C yang
tidak disimpan dalam badan dan mudah musnah jika dimasak penting dalam
kesihatan sistem pertahanan badan. Adalah baik memngambil vitamin C
daripada sumber semula jadi seperti buah-buahan dan pelbagaikan.

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja menjadi sumber
fiber malah ia adalah langkah yang baik dalam meningkatkan taraf
kesihatan seseorang. Kajian telah mendapati pengambilan buah-buahan
dan sayur-sayuran 5 ke 9 hidangan sehari mampu meningkat taraf
kesihatan malah ia sepatutnya menjadi asas utama menu pemakanan.

buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin, zat galian, fiber
dan "pythochemicals" yang menjadi asas kepada sistem pertahanan badan
kita. Oleh buah-buahan dan sayur-sayuran mampu mengurangkan risiko
sakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis jenis II dan kanser
tertentu.

"Pythochemicals" biasanya berkait dengan warna-warna buah-buahan dan
sayur-sayuran. Malah kandungan "phytochemical" dalam buah-buahan dan
sayur-sayuran membantu dan saling melengkapkan antara satu sama lain
dalam proses pertahanan badan. 

Jumlah hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah diantara 5 ke 9
hidangan sehari. Satu hidangan adalah diukurkan berdasarkan besar
telapak tangan kita. Ia nampak lebih sedikit daripada apa yang
disangkakan jadi mengapa tidak mencuba. Setiap hidangan boleh
dilakukan di waktu sarapan, rehat pagi, tengah hari, minum petang dan
makan malam.

Supaya tidak jemu pelbagaikan jenis hidangan dan ini memang
digalakkan. Rujukan di sini dapat membantu dalam membuat penilaian
jumlah pengambilan. Sebagai contoh :-

§       Satu potongan betik
§       Satu potongan jambu
§       Dua biji limau manis
§       Dua potongan nenas
§       Satu mangkuk sayur mentah
§       Dua biji tomato
§       Sebiji oren
§       Pisang kecil
§       Epal saiz sederhana

Sukatan adalah pelbagai namun penggunaan telapak tangan sebagai ukuran
akan memudahkan membuat andaian.

Untuk kesihatan yang lebih baik maka makanlah buah-buahan dan
sayur-sayuran. Kandungan fiber, vitamin, zat galian membantu dalam
mencegah dan menentang pelbagai penyakit moden.

Artikel menarik sebelum ini

Keperluan Asid Folik Untuk Wanita
http://www.wanita.us/articles/folic.php

Gantikan Internet Explorer Dengan Firefox
http://www.wanita.us/firefox.php

Tips Pengambilan Kalsium Untuk Wanita 
http://www.wanita.us/articles/calcium.php

Sekian


Sumber Rujukan :-

http://www.5aday.gov/ - Eat 5 to 9 Servings of Fruits and Vegetables A
Day for Better Health
http://www.jhbmc.jhu.edu/cardiology/rehab/fiber.html
http://www.cdc.gov/nccdphp/dnpa/nutrition/nutrition_for_everyone/healthy_weight/weight.htm
Chlorella, nature miraculous gift to mankind - Uniwellness Resources -
Buku










------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke