SALAM PERKENALAN
Memang banyak orang yang menggunakan fitnahnya untuk menghadapi lawannya yang tangguh. Saya sungguh tidak suka cara-cara yang tidak fair dalam berargumentasi. Kalau anda tidak keberatan tolong infokan saya mengenai keberadaan arqam di Malaysia. Saya pernah bertemu dengan orang arqam di Keumala Lamlo - Sigli Acheh bersama M Nour Syarani dan sayed Azhar. Aktivis arqam tersebut memberitau kami bahwa dia akan ke Malaysia, namun sampai sekarang saya tidak memperoleh info.
Saya juga sangat simpati dengan DR Sjed Muhammad Naquib Al Attas di Malaysia. Beliau juga termasuk banjak mendapat fitnah dari orang-orang yang tidak fair di Malaysia.
Salam buat anda sekalian
Stavanger, Norwegia.
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
ASSALAMUALAIKUM,SAYA MERASAKAN ARTIKEL 19 PERENGGAN DIBAWAH BERUNSUR FITNAH UNTUK MEMBURUK-BURUKAN ORANG SOLEH KHUSUSNYA UST. ASHAARI MUHAMMAD. FITNAH ADALAH SALAH SATU DOSA BESAR. SAYA KUATIR NANTI, MEMFITNAH ORANG-ORANG SOLEH AKAN DIAZAB ALLAH SERTA-MERTA. MAKA BERTAUBATLAH.. SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENERIMA TAUBAT.
[EMAIL PROTECTED] wrote:Assalamualaikum warahmatullah....
Terima kasih Pak Ngah sebab frowardkan email ni. Berguna sangat dalam
menghadapi dakyah Ashaari. Ada yang pernah saya dengar tapi ada juga yang
baru pertama kali. Mari kita teliti satu persatu...
1. Haji Asaari mendakwa dirinya memiliki tongkat Nabi Musa yang pernah
menyelamatkan Bani Israel daripada ditelan laut Merah. Haji Asaari meyakini
tongkat tersebut akan membantunya. Persoalannya ialah adakah mukjizat Nabi
Musa masih ada lagi pada masa kini dan adakah Haji Asaari juga dikurniakan
mukjizat seperti Nabi Musa?
[Tongkat Nabi Musa as ni saya pernah dengar dari senior saya di sekolah
dulu. Macam manapun, tongkat ni disimpan dan tidak ditunjukkan kepada
sesiapa. Tapi ini perkara yang amat mustahil. Tongkat Nabi Musa as adalah
tongkat yang biasa. Yang menjadikannya hebat adalah mukjizat Nabi Musa as
sendiri dengan izin Allah.]
2. Haji Asaari mendakwa dirinya boleh berbincang dengan Malaikat Maut untuk
menangguhkan kematian para pemimpin pertubuhannya. Malah, dia mendakwa ajal
kematian seseorang boleh ditukarkan kepada orang lain. Dirinya memilik
'karamah' sehingga mengetahui tarikh dan detik kematian seseorang. Dia
mendakwa, mana-mana individu yang dianggap penting dalam cita-cita
politiknya boleh ditangguhkan kematiannya.
[Hebat. Ini first time saya dengar. Kalau boleh bincang dengan Malaikatul
Maut, lebih hebat dari Nabi Muhammad saw sendiri. Sedangkan Nabi saw
sendiri tidak tahu tarikh kematian umat Baginda...]
3. Dia sering mendakwa mengadakan mesyuarat di alam ghaib bertemu dengan
beberapa individu selain Rasulullah seperti Sheikh Suhaimi, Imam Shafie dan
Imam mazhab serta ulama' terdahulu yang lain. Hasil mesyuarat tersebut akan
diberitahu kepada para pemimpin melalui sesi ekspedisi yang dibuat pada
selepas subuh setiap hari.
[Ini dia pernah dakwa satu masa dulu. Inilah yang jadi punca saya tak jadi
join Arqam. Kalau jumpa hantu boleh percaya la. Ni jumpa Nabi saw, Imam
Sayfie rah dan lain2. Apa Nabi saw, Imam Syafie dan Ulama2 yang lain tu
jadi hantu juga ke?]
4. Haji Asaari mendakwa cinta Allah hanya boleh diperolehi dengan mencintai
'orang Tuhan' terlebih dahulu. Malah ia menjadi syarat utama mendapatkan
cinta Allah. 'Orang Tuhan' adalah gelaran khusus untuk dirinya dengan
menganggap dirinya wakil Tuhan di akhir zaman ini. Ini bermakna, untuk
mencintai Allah dan menjadi orang bertaqwa, seseorang itu perlulah
mencintai sepenuh hati terhadap Haji Asaari. Bukti kecintaan itu ialah
dengan pengorbanan harta besar-besaran.
[Sebenarnya, memang benar kita akan mencapai cinta Allah dengan mencintai
Ahlullah. Ahlullah adalah orang yang sentiasa dekat dengan Allah. Cukup
sekadar menghormati bukanlah hingga tahap mendewa2kan.]
5. Haji Asaaari mendakwa 'roh' Kaabah telah berpindah ke dalam dirinya.
'Roh' Kaabah yang dimaksudkan di sini ialah 'sifat Kaabah yang boleh
mengubah seseorang menjadi baik dan bertaubat'. Perkara ini timbul apabila
seorang wartawan hiburan telah menziarahinya dan menyatakan bau badannya
sama seperti bau Kaabah. Sehubungan itu, dia mengulas bahawa 'roh' Kaabah
sudah berpindah kepada dirinya. Dia berpendapat, orang yang menunaikan haji
dan umrah sudah tidak lagi rasa ingin bertaubat dan menjadi baik. Tetapi,
dengan berjumpa dengannya, seseorang itu akan mendapat kesedaran dan
membuat perubahan ke arah kebaikan.
[Ni benda baru. Tak pernah dengar pun. Ishk... Ishk... Ishk... Jom kita
pakat pusing keliling Ashaari 7 kali. Dah dapat dah pahala tawaf.
Hehehe...]
6. Haji Asaari juga mendakwa dirinya berupaya untuk memantau para
pengikutnya dengan kuasa roh. Dirinya mempunyai 'kuasa' boleh mengetahui
gerak-geri, perbuatan dan rasa hati para pengikutnya walaupun berada jauh
darinya. Perkara ini menjadikan para pengikutnya rasa dikawal oleh Haji
Asaari sehingga takut dan tidak pernah mempertikaikan sebarang arahan Haji
Asaari. Ketaatan membuta tuli timbul sehingga sanggup melakukan apa sahaja
demi kepentingan Haji Asaari.
[Yang ni saya konfius. Ada yang kata memang dia mengaku, tapi ada yang kata
ini disebut2 oleh pengikutnya yang kononnya terasa kehadirannya walaupu
dia tidak ada. Yang pastinya, kalau percaya ini, seseorang tu beriman
kepada Ashaari, bukan kepada Allah.]
7. Pada setiap majlis kuliah ataupun ekspedisi, para pemimpin sering
mengatakan 'roh Abuya' (Haji Asaari) hadir bersama dalam sesi tersebut
untuk memantau dan melihat bagaimana hati-hati para pengikutnya. Para
pengikutnya bertambah risau dan gusar kerana mereka berpendapat Haji Asaari
mengetahui semua 'sejarah dosa' mereka. Dengan itu, penyucian dosa perlu
dibuat dengan solat taubat dan memberikan seberapa banyak harta yang boleh
kepada Haji Asaari.
[Ni sama la macam yang no 6 tu. Yang bab penyucian dosa tu memang betul.
Sebab tu Arqam dulu kaya. Kalau nak berkorban harta pada jalan Allah tak
salah tapi dianggap penyucian dosa pulak. Agaknya Allah pun boleh dirasuah
ikut pemahaman Ashaari ni? Kalau nak maghfirahNya, kena bayar?
Astaghfirullah...]
8. Haji Asaari seringkali mendakwa semua arahan yang dikeluarkannya adalah
arahan daripada pihak Rasulullah s.a.w. yang bertemu dengannya secara jaga.
Ini menjadikan dirinya dianggap mulia oleh para pengikutnya dan mereka
sangat taat kerana menganggap Haji Asaari adalah wakil Rasulullah.
Sehubungan itu, setiap tindakannya akan disandarkan dengan arahan
Rasulullah yang dipanggil 'mesej'. Setiap 'mesej' itu akan menjadi asas
kepada ramalan-ramalan yang bakal berlaku di Malaysia terutama dalam
konteks politik. Bagaimanapun, penulis mendapati 'mesej' itu tidak menjadi
kenyataan malahan bertentangan dengan realiti yang berlaku.
[Begitulah... Ini sinambungan item no 3. Inilah punca Arqam diharamkan dan
Ashaari dipenjarakan.]
9. Haji Asaari mendakwa dirinya boleh menyelamatkan pengikutnya daripada
azab kubur dan ketika menjawab persoalan Malaikat Mungkar Nakir. Ini kerana
peranan dirinya sebagai mursyid yang dapat memberi syafaat di akhirat.
[Ni first time saya dengar. Nak tanya sikit... Ashaari ni dah pernah mati
ke?]
10. Para pengikut didedahkan kepada amalan 'sunnah Abuya' yang merujuk
kepada amalan ritual yang dibuat oleh Haji Asaari. Sebagai contoh, 'makan
mengikut sunnah Abuya'. Secara tidak langsung, perkara tersebut telah
mengikis konsep 'sunnah Nabi' di kalangan para pengikutnya. Konsep ini
bertujuan untuk meningkatkan lagi rasa taksub di kalangan para pengikutnya
dan mengkultuskan peribadinya secara berperingkat.
[Sebenarnya, kalau ikuti pengakuan bekas2 pengikut Arqam dulu, kita akan
dapati kebanyakan mereka yang tertarik dengan Arqam sebab pembawaan
Ashaari. Cara dia makan... Bercakap... Baik sangat konon. Sebab tu orang
dia puja2 sangat sampai panggil sunnah Abuya. Padahal mulia lagi sunnah
Nabi Muhammad saw]
11. Dia menganggap dirinya adalah 'Super Soleh' iaitu orang yang paling
tinggi ketaqwaan di dunia sekarang. Dirinya adalah ulama' yang bertaraf
mujtahid dan mendapat ilmu secara ilham, secara langsung dan terus daripada
Allah. Dia mendakwa dirinya boleh menyampaikan kuliah ilmu kepada para
pengikutnya berasaskan ilham dan firasat yang Allah kurniakan terhadap
dirinya.
[Ini pun bukan benda baru. Dari dulu lagi, pengikut Arqam yang saya kenal
cuba main2kan isu ni. Masalahnya memang ada ustaz atau orang soleh yang
memperolehi ilham. Cuma... Dengan dakwaan2 menyimpang yang pernah Ashaari
buat, layakkah dia dapat ilham tu? Wallhu'alam...]
12. Haji Asaari mendakwa dirinya adalah terpelihara daripada dosa, iaitu
mahfuz (dipelihara Allah). Walaupun bukan ditahap maksum (terpelihara
daripada dosa) sebagaimana Nabi, dirinya tidak akan melakukan maksiat atau
kesilapan dan sentiasa dipelihara oleh Allah. Sekiranya melakukan
kesilapan, Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang.
Dengan itu, segala ajaran dan arahannya tidak mungkin akan berlaku
kesalahan dan perlu dipatuhi secara total.
[Hm... Dah ngaku mahfuz pulak? Rasanya saya tak pernah dengar pulak pasal
ni sebelum ni. Kalau dah dia Mahfuz, bagi anak nama Harun. Ha... Baru jadi
Anak Bapak (filem P. Ramlee). Hehehe...]
13. Haji Asaari mendakwa dirinya adalah wali malah berpangkat Ketua Wali
pada masa kini. Dirinya boleh memanggil seluruh wali secara ghaib dan
membuat perjumpaan secara ghaib. Dia mendakwa, seluruh wali di alam ghaib
telah 'berbai`ah' (mengikat janji setia) terhadap dirinya. Haji Asaari
meminta para pemimpinnya agar mendedahkan kepada masyarakat awam tentang
kewaliannya terutamanya ketika program seminar atau kuliah bersama mereka.
[Saya belajar di sekolah agama dulu, salah satu perbezaan Wali dan Rasul
ialah Wali merahsiakan kewalian dan keramahnya manakala Rasul diwajibkan
menyebarkan kerasulan & mukjizatnya. Dah terang2 orang tua ni bukan wali.]
14. Haji Asaari mendakwa bahawa Aurad Muhammadiah akan menjadi 'mazhab'
rasmi ketika 'zaman Daulah' berlaku nanti. Malah, dia berpendapat Imam
Mahdi akan menjadikan ajarannya (Aurad Muhammadiah) sebagai mazhab rasmi.
[Ha... Ini menjadi asas pergerakan Arqam. Memang dia bangga sangat dengan
aurad Muhammadiah dia. Memang dari dulu sampai sekarang. Masalahnya, bab
fekah pun kelam kabut nak cerita, tetiba kata Imam Mahadi ikut ajaran dia
pulak? Lawak... Lawak...]
15. Haji Asaari sering menyifatkan dirinya adalah ulama' bertaraf Rasul.
Dia menamakan dirinya 'Rasul yang bukan Rasul'. Dia berpendapat, Allah
telah menjadikan sifat kepimpinan Rasul ada pada dirinya.
[Ni pun baru dengar. Betul dia cakap camtu? Astaghfirullahal Azim... Nabi
Muhammad pernah berkata bahawa jika ada Nabi lagi selepas Baginda, Baginda
tentu akan memilih Umar al-Khattab ra. Tak pulak sebut Ashaari. Kan? Taubat
la aji oi...]
16. Ketika menjalani tahanan kediaman terhad di Rawang, Haji Asaari tidak
menunaikan solat Jumaat atas alasan bahawa khutbah Jumaat masa kini tidak
mengikut syariat Islam kerana melibatkan unsur fitnah terhadap orang lain.
Dia hanya bersembahyang Zuhur di rumah dan memberi arahan kepada para
pengikutnya agar tidak mengikut ijtihadnya. Bagaimanapun, mengikut
pemerhatian penulis, ramai di kalangan pemimpin lapisan pertama yang tidak
bersembahyang Jumaat kerana mengikut ijtihadnya. Sebagaimana yang
dimaklumi, kegagalan seseorang muslim menunaikan solat Jumaat merupakan
satu jenayah syariah di semua negeri di Malaysia.
[Orang kalau buta iman gitu la. Syarat sah solat Jumaat antaranya ialah 2
khutbah. Syarat sah khutbah pula ada beberapa perkara yang saya tak ingat
satu persatu (ada dalam Kitab Fiqh Mazhab Shafie). Khutbah2 Jumaat selama
ini mencukup syarat & memang sah. Mangandungi semua rukun. Kalau dia tak
pergi, macam mana dia boleh tau ada unsur fitnah? Malas cakap je malas...
Dia tak bagi pengikutnya ikut sebab takut tempoh tahanan ISAnya
dilanjutkan. Ala... Pelakon popular la katakan... Ilmu dia banyak mana
tiba2 nak pertikaikan khutbah yang dibuat oleh mereka yang berpendidikan
tinggi? Betul, memang ada unsur politik dalam khutbah hari ini tapi... Dari
segi rukun, ianya dipenuhi maka sah khutbahnya...]
17. Haji Asaari mendakwa kekhusyukan dalam sembahyang hanya boleh dibuat
jika para pengikutnya menyeru namanya (bertawasul) ketika sebelum
takbiratul ihram. Dia mendakwa dirinya adalah wakil kepada Tuhan dan boleh
membawa sembahyang tersebut ke hadapan Allah. Dengan itu, sembahyang
tersebut akan diterima oleh Allah kerana Haji Asaari yang membawa ibadah
tersebut kepada Allah. Allah menerimanya kerana kemuliaan dan ketinggian
taraf Haji Asaari sebagai pemuda Bani Tamim.
[Ni pun dari dulu lagi saya dengar. Malah ketika saya bermalam di markaz
mereka di Kandang, Melaka, beginilah keadaan mereka. Selepas solat, nama
Ashaari termasuk dalam zikir. Lepas itu minat saya jadik kureng. Mulanya
saya ingat pengikut je yang suka2 buat rupa2nya, memang orang tua ni yang
ajar. Saya pernah tanya sorang bijak pandai tentang Bani Tamim ni. Kata
dia... Kicap Tamin dia tau la... Hehehe...
Cara orang Arqam berdoa pun suka main berkat Nabi, berkat sohabat dan lain.
Tanyalah ustaz2 yang selain dari orang Arqam. Perkara ni haram dan mampu
membawa ke syirik. Sebab seolah2 Allah tu lemah dan perlukan berkat Nabi
saw untuk tunaikan permintaan seseorang hamba...
Diorang ni solat pun berjemaah kat rumah je. Teringat saya, saya pernah
tanya "Kenapa solat kat rumah je?" Kata mereka "Sebab nak rapatkan ukhuwah
sesama ahli." "O..." Jawab saya. "Sesama ahli je? Dengan orang kampung
taknak? Tak perlu?" Sorang pun tak jawab sampai hari ni...]
18. Dia mendakwa memiliki perbendaharaan emas di alam ghaib yang akan
keluar ke alam realiti apabila 'Daulah Islamiah' berlaku di Malaysia. Dia
berkata emas itu akan menjadi 'rezeki' untuk membangunkan Malaysia dan
negara lain yang menyertai gagasan 'Daulah Islamiah'. Haji Asaari
berkeyakinan bahawa sekiranya Daulah berlaku, Malaysia akan menjadi negara
terkaya kerana 'terbukanya rezeki dari langit'.
[Ni belum ada orang cerita kat saya. Tapi... Pigidah! Banyak harta konon.
Nak tunggu daulah dia konon. Bila? Bila? Cakap kosong boleh la...]
19. Galeri Abuya dibuat secara khusus mempamerkan koleksi peribadi Haji
Asaari dan sejarah hidupnya bagi membangkitkan rasa taksub di kalangan para
pengikut. Antara koleksi dalam galeri tersebut seperti gigi Haji Asaari,
koleksi pakaian, tasbih dan pelbagai lagi.
[Ni pun baru juga. Yang saya tau dulu, gambar Ashaari banyak la dalam
rumah2 orang2 Arqam ni. Lebih banyak dari tulisan khat nama Allah dan Nabi
Muhammad. Lantak la. Agaknya dorang rasa Ashaari ni hensem sangat kot???]
Begitulah kalau kita lemah iman... Bukan lemah ilmu tapi lemah iman. Pokok
pangkal cerita di sini ialah iman. Perkukuhkan iman. Ingat, Israk Mi'raj
hanya berlaku terhadap Nabi saw. Tidak orang lain. Selain peristiwa itu,
kebanyakan peristiwa yang berlaku dalam sighah Nabi Muhammad saw adalah
yang boleh diterima akal sahaja. Jika seseorang mendakwa mempunyai terlalu
banyak kelebihan seperti orang tua ni, berwaspadalah...
Sekian,
Wassalamualaikum warahmatullahi...
- Abu Naqibah -
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
