Maaf, ana dah rujuk balik kitab yg ana sebutkan. Nama kitabnya yg betul dan ada dipasaran ialah " Bid'ah & Syirik : perkara yg membatalkan tauhid dan mengurangkan kesempurnaannya" terbitan Jasmin Enterprise.
Maaf sekali lagi.
abuaizat.
Acc_Finance OMB_BCD/OMB/[EMAIL PROTECTED]
Sent by: [email protected] 12/16/05 09:50 AM
|
|
Assalamualaikum akhi mohd shahren,
Mengikut definasi Imam al-Syathibi, bida'ah adalah "..jalan yg direka dlm agama yg menyerupai syariah, tujuan mengamalnya untuk berlebihan atau melampau di dlm mengabdikan diri kepada Allah". Jadi jika dilihat dr definasi ini, ianya jelas menunjukkan bahawa ruang lingkup bid'ah itu adalah perkara2 yg bersangkutan dgn agama shj. Perkara2 yg berkaitan dgn keduniaan tidak termasuk dlm perbahasan bid'ah secara syariah.
Maka persoalan akhi tentang komputer dan internet itu, tidak termasuk dlm bid'ah syariah, ianya cuma termasuk dlm bid'ah dari sudut bahasa sahaja. Kesimpulan: Bid'ah dr sudut syariah sesat, bid'ah dr sudut bahasa harus.
Untuk lebih jelas mungkin akhi boleh membaca buku " Bida'ah, perkara yg merosakkan akidah dan syariat (kalau ana tak silap tajuknya) karangan Prof Dr Yusuf al-Qaradawi & Syeikh Muhammad al-Ghazali.
Allahu'aklam.
abuaizat.
Inactive hide details for Mohamed ShahrenMohamed Shahren
Sent by: [email protected]
|
|
Udahlah cukuplah tu bincang pasal Wahabi & ASWJ.....Saya sedih kerana ada banyak lagi perkara yang perlu ditangani segera samada secara individu mahupun secara am tapi berbincang bagaikan nak bertikam lidah dan hampir menjatuhkan sesama sendiri.....nasib takder pistol ditangan....Saya tak mahu berpihak kemana-mana tapi saya mohon agar semua jangan melabelkan antara satu sama lain kerana yang buat label pun sama (dol) dengan yang dilabelkan..Bersatulah semua dan adalah kerugian menanti kaum yang berpecah belah hanya kerana perbezaan pendapat/pandangan....anyway satu soalan i nak tanya.....Komputer/internet takder zaman Rasulullah so adakah ini dikira bidaah jugak???..kerana ramai jugak yg berdakwah & bincang pasal Agama melaluinya....
Sekian dan Bersatulah Kita!
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Assalamualaikum....
Saudari pengarang saya nak komen sikit.. Kita tak sepatutnya melabelkan sesiapa dengan perkataan "jahil" atau lain-lain perkataan negatif. Islam kan mengajar kita berkomunikasi dengan cara yang baik. Tentang isu wahabi ni usahlah kita panjang-panjangkan. Ini akan menjadikan kita umat Islam lebih tak sefahaman. Pokok pangkal kita balik kepada ajaran Rasulullah SAW yang sebenarnya. Ikut apa yang Rasulullah SAW buat, Insya Allah kita akan selamat. Dalam hadis ada nyatakan, apabila sahabat tanyakan pada Rasulullah SAW, "Siapakah yang akan terselamat?" Rasulullah menjawab, "Mereka yang mengikutku, mengikut sahabat-sahabatku, mengikut sahabat kepada sahabat-sahabatku (tabi'in) dan mengikut sahabat kepada sahabat kepada sahabat-sahabatku (tabi' tabi'in). (Allah lebih mengetahui)
Kita check balik kitab-kitab hadis himpunan Imam-imam termasyur seperti, Al Bukhari, Muslim, An Nawawi dan lain-lain untuk memastikan sesuatu perkara itu adalah sunnah atau tidak. Jangan hanya ambik pandangan ustaz-ustaz di luar sana bulat2. Mereka ini cuma manusia biasa. Kita juga kena pastikan sendiri... sebab yang akan dihakimi Allah SWT ialah secara individu. Allah perintah kita menuntut ilmu. Ilmu pula mestilah berasaskan sumber yang sahih. Wallahu a'lam
Semoga Allah berikan kita petunjuk dan hidayah dalam mencari kebenaran.
Wassalamualaikum....
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Sekadar forwardkan apa yang dibaca.
Assalamualaikum,
Ni apa yang saya hantar kat utusan. Siar atau tidak wallahualam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Membaca Mingguan Malaysia bertarikh 27 November 2005 dan Utusan Malaysia bertarikh 28 November 2005 berkenaan isu wahabi benar-benar membuatkan saya terpinga-pinga. Saya terpinga-pinga bukan kerana isu wahabi yang dibangkitkan, tetapi terkejut melihat bertapa ceteknya hujah-hujah yang digunakan, apatah bila hujah-hujah tersebut dikatakan bersumber kepada tokoh-tokoh agama negara seperti Fellow
Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Mohammad Yusof Hussain dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman. Saya terfikir sejenak, apakah benar ini hujah-hujah mereka yang boleh dianggap sebagai tokoh keagamaan di negara kita?
Walaupun saya ini tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang agama, tetapi dengan mengikuti kuliah secara tidak formal dari ulama-ulama tempatan dan luar Negara sudah cukup untuk saya ketahui bahawa hujah-hujah yang dikemukakan jelas menunjukan penghujahnya seorang yang keliru, tidak memahami isu yang dibincangkan dan lebih malang ialah tidak mengetahui fiqh yang ada iktilaf (perbezaan) dikalangan ulama sehingga tergamak menuduh suatu fahaman itu terkeluar dari ahlul sunnah wal jammah semata-mata kerana perbezaan dalam fiqh yang jelas ada iktilaf.
Dakwaan bahawa "Fahaman Wahhabi mengambil pendekatan keras, semata-mata memberi penekanan kepada Allah dengan menolak sunah Rasulullah, tawassul, syafaat dan lain-lain" adalah fitnah yang tidak berasas sama sekali. Sejak bila wahabi menolak sunnah Rasulullah S.A.W.?
Yang kita ketahui golongan yang kuat menolak sunnah Rasulullah S.A.W. adalah golongan anti hadith (GAH) padahal wahabi adalah mereka yang terkenal dengan ketegasan terhadap mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W.! Sheikh Albani, seorang ulama yang dicap sebagai ketua ulama wahabi zaman ini adalah seorang ulama hadith yang paling terbilang pada zaman ini. Apakah mungkin seorang ulama hadith yang terbilang ini menolak sunnah Rasulullah S.A.W.?
Manakala dalam persoalan tawassul dan syafaat, ia jelas menunjukkan kekeliruan penghujahnya. Tawassul dan syafaat yang dilarang oleh wahabi adalah kepada sheikh-sheikh tarikat dan wali-wali dikuburan sedangkan wahabi mengiktiraf adanya tawassul seperti bertawassul dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah S.W.T. dan tawassul dengan amal soleh. Pihak jabatan agama di Malaysia turut mengharamkan perbuatan tawassul yang berunsur syirik seperti yang berlaku di Pulau Besar Melaka. Apakah itu bermakna bahawa jabatan agama di Malaysia adalah juga wahabi?
Seterusnya dakwaan bahawa fahaman wahabi adalah fahaman ekstrem yang telah meruntuhkan khilafah Islam yang lampau dan akan meruntuhkan kerajaan Islam sekarang juga adalah sangat tidak berasas. Sebaliknya gerakan wahabi inilah yang paling giat mempromosikan budaya tidak menentang pemerintah Islam sekalipun pemerintah tersebut tidak melaksanakan hukum-hukum Islam. Ini kerana sunnah Rasulullah S.A.W. melarang umat Islam berbuat demikian. Sebagai contoh, ustaz Rasul Dahri, seorang ulama tempatan yang sudah dikenali sebagai "hardcore"
wahabi menulis dua buah buku yang membincangkan hukum mereka yang menentang pemerintah Islam yang mana dalam buku tersebut dimuatkan puluhan hadith Rasulullah S.A.W. yang melarang umat Islam menentang pemerintah Islam sekalipun didapati pemerintah tersebut tidak menegakkan hukum Islam. Oleh itu jika masyarakat Islam di Malaysia (dan juga PAS) dapat diwahabikan, nescaya kerajaan Islam Malaysia akan bertambah kuat dan bukan sebaliknya yang akan berlaku.
Mendakwa bahawa wahabi terkeluar dari Ahlul Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) kerana kumpulan ini menolak amalan membaca al-Quran untuk orang yang meninggal dunia menunjukkan kejahilan orang yang berhujah. Terdapat khilaf dikalangan ulama sama ada bacaan al-Quran untuk orang yang mati akan memanfaatkannya, tetapi Imam Syafie r.m. adalah ulama yang paling keras sekali menolak bahawa membaca akan memanfaatkan si mati. Oleh yang demikian, maka Imam Syafie seharusnya juga digelar
wahabi dan terkeluar dari ASWJ. Apakah ini masuk akal?
Masih banyak yang boleh diulas, tetapi apa yang saya paparkan sudah memadai untuk menunjukkan bahawa hujah-hujah yang dikemukan untuk mengkritik fahaman wahabi adalah hujah yang lemah dan tidak berasas.
Saya tidak meminta pembaca untuk menjadi wahabi, tetapi hanya
meminta supaya kita adil dalam penilaian. Kita boleh tidak bersetuju dengan suatu fahaman ataupun golongan, tetapi harus dipastikan bahawa ia diasaskan dengan hujah-hujah yang ilmiah lagi benar. Akan tetapi apa yang dipaparkan sebelum ini jelas tidak sedemikian. Kita tidak mahu masyarakat kita menjadi keliru dengan isu-isu sedemikian apatah bila hujah-hujah yang tidak ada nilai ilmiah ini dilekatkan dengan tokoh-tokoh agama tempatan. Semoga masyarakat kita ini diberi petunjuk oleh Allah S.W.T. agar dapat membezakan yang benar dan
palsu. Amin.
.
> >
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalaamu'alaikum
Kita tak tergezutpun dengan tindakan Uthman el-Muhhamadi dgn konco-konconya. Mana tidaknya,gelombang mengikuti Sunnah dan meninggalkan Bid'ah semakin mendapat tempat di mata masyarakat terutamanya golongan muda. Alhamdulillah... Itu yang membuat
golongan yang selama ini mencari makan melalui agama serta amalan bid'ah tercabar. Bila berhujjah selalu kalah,maka mereka mengambil jalan mudah, labelkan sahaja Wahhabi dan gunakan media, tak payah susah payah nak berhujjah.
Apabila dakwah utk Ittiba' al-Rasul atau yang mereka gelar Wahhabi ini mendapat tentangan serta cemuhan, maka itu adalah perkara normal... Di Zaman Nabi SAW pun sememangnya begitu terutamanya apabila amalan turun temurun dari nenek moyang disanggah. Setiap yang memperjuangkan sunnah pasti akan menghadapi dugaan serta tentangan yang hebat.Lihat sahaja Imam
al-Syafi'i yang pernah dituduh Alawiyyin, Imam Ahmad dan Ibnu Taymiyyah yang terperuk lalu meninggal dunia di penjara, Imam al-Bukhari yang difitnah lalu diboikot dan banyak lagi contoh-contoh.Jadi tak perlu gusar. Ini semua tindakan normal dari penentang sunnah
Dalam bab nak anjurkan berdebat,silakan anjurkanlah.... Kita ambil kitab al-Umm karya Imam al-Syafi'i Rahimahullah dan kita cari amalan baca Yassin Malam Jumaat, kita cari juga bab Zikir lepas Solat, Kita cari Lafaz niat Usholli, kita cari bab Talqin dikuburan, kita cari bab mengirim pahala bacaan
al-Qur'an kepada Mayyit. Silalah cari jika ada...
Jangan nanti Imam al-Syafi'i juga di tuduh Wahhabi...Kita juga boleh bincang Bab Bid'ah Hasanah yg kononnya Imam Syafi'i endorse...Kita tengok siapa yang berada di Pihak yg benar...Kita boleh bincang juga bab Aqidah Imam al-Syafi'i...ahhh kita bincang aja Aqidah ke-empat-empat Imam Mazhab...Mari kita tengok adakah mereka ini Asya'erah atau
Maturidiyah?atau mereka inipun beraqidah Salafiyah.
Jadi silakan anjurkan lah debat, forum atau apa sahaja. Kalau boleh kita buat Live telecast keseluruh saluran TV dan Radio.
Taktik yg paling jahat adalah hendak melaga-lagakan Salafi dgn Kerjaan Malizia...hmmm mungkin nak suruh semua Ustaz Salafi kena ISA lah tuh... Bacalah karya Ustaz Rasul tentang Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah terhadap Pemerintah Islaam. Pasti pembohongan mereka akan terbongkar...Lepas itu mereka nak kaitkan Nordin Mat Top dengan Salafi, sama taktik Hisham Kabbani yang nak kaitkan al-Qoeda dgn Wahhabi...? Yang benar mereka ini adalah dari puak Jihadi... Bila Wahhabi tu Terrorist maka Tak Lama lagi banyak ler kena Tangkap under ISA... Inilah tindakan golongan yang kununnya berani.
Dalam bab Bid'ah kami nasihatkan Umm Waheedah mengaji
banyak-banyak lagi..... Ada beribu-ribu Sunnah Nabi SAW yang orang Melayu tak amalkan... Ana bagi contoh satu aja, Hari Jumaat Nabi SAW suruh baca Surah al-Kahfi, jadi kita baca lah surah al-Kahfi.... Bab Ibaadah kita berhentilah sebagaimana yang Nabi perintah... janganler nak Innovative sangat... Kita
innovative dari segi teknologi ke ok lah.. Tak puas ke
dengan Sunnah Nabi sehingga nak follow Bid'ah.
Dalam bab Wahhabi ini, nasihat saya kajilah dahulu pegangan sebenar mereka, bacaalah buku-buku mereka, hadirilah kuliyah-kuliyah mereka, berjumpalah dengan mereka dan dengar dan lihat sendiri apa yang diajar.
Kemudian buat penilaian sendiri.... Ana dulu anggap Wahhabi ni bukan ASWJ, tapi bila dah ngaji sikit baru faham.
Sekian Wassalaam
In [EMAIL PROTECTED], magera bam <[EMAIL PROTECTED]>
wrote:
hari ni paper utusan kaitkan wahabi dgn nordin mat top plak!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ish2!!!!!!!!!!!!!!! inilah negaraku tanahairku!!!!!!!!!!!!
isu macam ni tak sepatutnya timbul,besar kemungkinan isu ni
ditimbulkan oleh org yg tak bertanggungjawab utk kepentingan peribadi atau sesuatu pihak, mahu pon utk mengalihkan perhatian masyarakat terhadap sesuatu isu yg timbul dgn menimbulkan isu wahabi ini!!!!!!!!
natijahnya!!!!!!!!! ish2!!!!!!!org2 yg dok banteras bid'ah
la yg kena teruk nanti!!!!!!!!!!
malaysia oh tanah airku,
macam2 propangadanya,
aku pon tak tahu!!!!!!!!!!
Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.
Yahoo! Shopping
Find Great Deals on Holiday Gifts at Yahoo! Shopping
Yahoo! Shopping
Find Great Deals on Holiday Gifts at Yahoo! Shopping
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
- [EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
- [EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.






