Siapakah pembina Masjid al-Aqsa???
Posted on Monday, December 19 @ 09:25:50 MYT by admin

Analisis gunxx writes " Isnin , 19/12/2005 - Tidak terfikirkah kita siapakah jurutera Masjid suci Aqsa di Palestin ? Siapakah yang bertanggungjawab membinanya ? Bolehkah kita ruangkan sedikit waktu mencari siapakah jurutera tersebut ? atau kita terlalu sibuk ? Tidak mengapa , Maszlee Malik telah pun merintis jalan, sediakan retina anda sahaja menyusuri jawapannya ...

Kaum Zionis telah sampai ke kemuncak usaha mereka untuk merobohkan masjid al-Aqsa. Masjid yang merupakan kiblat pertama umat Islam, masjid ketiga suci umat Islam dan juga tempat Israk dan Mikraj Rasulullah SAW kini berada di ambang bahaya. Bila-bila masa sahaja, bila-bila saat sahaja, bila-bila waktu sahaja, kaum Zionis akan merobohkan Masjid al-Aqsa dan membina kuil (Haykal) mereka di atas runtuhan tersebut. Sayangnya majoriti umat Islam masih naif dan jahil terhadap bahaya yang menantikan Masjid al-Aqsa ini.
Artikel ini ditulis demi meniti usaha yang kini hebat dilakukan oleh "Syeikh al-Aqsa", Raed Salah, pemimpin Gerakan Islam di bumi Palestin 1948 untuk menyedarkan umat Islam tentang bahaya bahaya yang menantikan al-Aqsa. Kempen "al-Aqsa fi Khatar" yang dilancarkan oleh beliau telah dapat menyedarkan sebilangan daripada umat Islam tentang bencana yang bakal menimpa al-Aqsa dari makar kaum Zionis.
Sayangnya di Malaysia ini kempen ini tidak begitu dirasakan, mungkin kerana umat Islam di Malaysia terlalu sibuk mengirim SMS untuk AF 3, atau juga sibuk menjadi pengadil untuk Malaysia Idol ataupu menjadi penonton-penonton setia rancangan-rancangan hiburan realiti yang mekar bagaikan cendawan lepas hujan di saluran-saluran TV di Malaysia. Maka artikel ini dan artikel-artikel yang pernah dicoretkan oleh penulis sebelum ini diharapkan dapat menjadi penyambung usaha Raed Salah di bumi Malaysia ini, Insha Allah...
Masjid yang dijanjikan 500 pahala apabila bersolat ini kian pupus dalam ingatan umat Islam

Siapakah pembina atau yang telah membina masjid al-Aqsa?, satu soalan yang menarik dan amat penting. Bagi kaum Yahudi, mereka beriman bahawa Daud A.S pernah bercita-cita untuk membina masjid al-Aqsa yang mereka katakan sebagai haykal atau kuil (di dalam bahasa Hebrew dipanggil sebagai HaMikdash), tetapi telah dihalang oleh Tuhan Yahweh. Tuhan Yahweh menghendakkan Sulaiman A.S. untuk mendapatkan kemuliaan tersebut, maka menurut tanggapan mereka, Sulaimanlah pembina Haykal atau kuil tersebut. Ini dapat dilihat di dalam Old Testament yang sama diimani oleh orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian di dalam buku Kings (1) 6: 1 sehingga 38, ataupun lebih terperinci lagi di dalam buku Kings (1) 6:14 yang berbunyi: "So Solomon built the temple and completed it".

Inilah juga yang diimani oleh penganut agama Kristian yang turut berpegang kepada Old Testament (kitab perjanjian lama) atau Torah menurut panggilan orang Yahudi.

Bagaimanakah pula pendirian kaum muslimin?,....
 
Maszlee

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke