Presiden PAS minta OIC halang keganasan terhadap umat Islam![]()
Tuesday, December 20 @ 10:48:12 MYT
Oleh Salman Hussin
SERI GADING, 20 Dis (Hrkh) Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melahirkan rasa kesal terhadap persidangan OIC baru-baru ini yang mengambil keputusan memerangi keganasan tetapi dalam masa yang sama tidak bertindak langsung untuk menghalang keganasan dilakukan ke atas umat Islam.
Bagi beliau, perancangan untuk menghancurkan ajaran Islam yang syumul ini sangat halus, antaranya menggunakan kuasa yang ada pada pemimpin-pemimpin umat Islam itu sendiri.

Sebagai contoh, katanya, Persidangan tergempar OIC baru-baru ini meluluskan resolusi untuk memerangi
keganasan di kalangan umat Islam tetapi keganasan yang dilakukan ke atas umat Islam di serata dunia ini langsung tidak disentuh.
"Umat Islam di Palestin setiap hari di zalimi dan dibunuh regim Zionis, begitu juga umat Islam di Selatan Thailand dan juga di beberapa negara lain tidak ada siapa pun yang membela nasib mereka malah OIC sendiri sebagai sebuah badan yang kononnya memperjuangkan hak umat Islam di seluruh dunia telah gagal memainkan fungsi mereka sebaliknya mereka semacam menjadi talibarut atau kuda tunggangan barat untuk menentang umat Islam itu sendiri," kata beliau semasa menyampaikan Kuliah Perdana, di Kampung Baru, dekat sini, kelmarin.
Sehubungan itu Tuan Guru Abdul Hadi mengajak seluruh umat Islam menginsafi petaka buruk yang sedang melanda umat Islam di seluruh dunia hari ini, justeru kerana itu menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar yang berpandukan Al-Quran dan sunnah Nabi.
Bagaimanapun, beliau
berkata, Islam adalah agama milik Allah yang tidak memungkinkan mana-mana kuasa mampu menghapuskannya sampai bila-bila pun.
Biar pun musuh-musuh Islam terus mencuba dengan berbagai cara untuk menghapuskan Islam namun Islam tetap unggul dan akan kekal hingga Kiamat, katanya.
Katanya lagi, kadang-kadang Islam berada di atas, kadang-kadang di bawah dan berlaku juga ketika mana Islam berada dalam keadaan mulia dan ada kalanya juga Islam berada dalam keadaan dihina, putaran seumpama ini akan terus berlaku namun Islam tetap ujud dan unggul sepanjang zaman.
"Oleh kerana itu bagi setiap penganut Islam lebih-lebih lagi pejuang Islam, kita mestilah sentiasa bersama dengan Islam walau dalam apa keadaan sekali pun tidak kira sama ada ketika Islam di atas atau di bawah, begitu juga ketika Islam mulia atau dihina,"katanya.
"Bahkan kita juga perlu tahu serta boleh mengenalpasti diantara golongan yang bersama Islam dengan golongan yang mengaku Islam tetapi sebenarnya
menentang Islam," tegas beliau.
Katanya lagi, sejarah sepanjang zaman menunjukkan bahawa kuasa-kuasa besar sentiasa berbincang bagi mencari jalan untuk menentang dan menghapuskan ajaran Islam sebenar.
"Mereka tidak bermusuh atau menentang amalan Islam seperti mendirikan solat, berpuasa, mengerjakan ibadah haji serta ibadah-ibadah lain dalam Islam sebaliknya yang mereka tentang habis-habisan ialah Islam yang berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah.
"Begitu juga mereka langsung tidak bimbang dengan istilah yang ada kaitan dengan Islam seperti istilah Guru Agama, Pejabat Agama atau apa-apa gelaran yang berkaitan dengan agama kerana mereka tahu itu hanya sekadar slogan sahaja tidak lebih dari itu," ujar beliau.
Bagi mereka, Islam yang berpandukan Quran dan Sunnah ini amat merbahaya sebab ajarannya bertentangan dengan selera serta kemahuan mereka sebaliknya
ajaran Islam yang sesuai dengan selera mereka tidak mengapa, mereka tidak diganggu, katanya.
Play Santa's Celebrity Xmas Party, an exclusive game from Yahoo!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
Tuan Guru Abdul Hadi selanjutnya berkata, musuh-musuh Islam cukup takut dengan ajaran Islam yang ada doktrin politik di dalamnya tetapi mereka sangat senang dan boleh bersekongkol dengan fahaman Islam yang memisahkan agama dengan politik seperti mana yang diamalkan oleh pemerintah negara kita hari ini.
Musuh-musuh Islam sedar bagaimana sejarah silam telah membuktikan hanya Islam yang berpandukan Quran dan Sunnah mampu membina empayar yang kuat dan digeruni musuh-musuh Islam.
-zs
-zs
Play Santa's Celebrity Xmas Party, an exclusive game from Yahoo!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.