Assalamualaikum,
 
Nak tau gak dpd sumber media bercetak/elektronik mana yg menyumbangkan artikel spt yg diwdkan oleh cik Suria ni ye? <pls refer the most below msg>
 
Saya tak 'rasa' dan tetap yakin yg PAS di Kelantan TIDAK SEKALI2 mengeluarkan LESEN JUDI/pusat maksiat (spt yg berlaku dikebanyakan negeri - sila baca artikel yg difwdkan) utk mereka2 itu membuat perniagaan sebegitu.. melainkan mereka2 tu membuat secara tersembunyi & berselindung disebalik lesen perniagaan sah yg lain... bagus & tahniahlah kalau 'RISIK' dpt menghidu & membongkar kegiatan mereka supaya boleh diambil tindakan pihak berwajib. Dan saya yakin PAS tidak spt JAWI yg membuat serbuan (spt di kelab disko terlaknat spt Zouk) kemudian diarah pula utk tutup kes tanpa mendakwa mereka yg terlibat... dgn lurus bendulnya arahan pon dituruti... kalau artikel dibwh ni tidak betul maka k'jan negeri Pahang buktikan ianya tidak benar dgn cara jujur & telus...
 
BN Pahang didakwa penyebab Kuantan jadi Hatyai pantai timur
Sunday, December 18 @ 14:10:38 MYT


TEMERLOH, 18 Dis (Hrkh) - Pemuda PAS Pahang menyifatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) Pahang sebagai penyebabkan utama kenapa Kuantan didakwa sebagai serambi Hatyai pantai timur.

Ini kerana pihak Pihak Berkuasa Tempatan khususnya Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah meluluskan hampir 200 lesen bagi premis hiburan di dalam kawasan kawalannya.
Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Mohd Saad, jumlah 151 lesen pusat hiburan yang diluluskan MPK itu adalah terlalu banyak dan merangkumi pelbagai jenis hiburan.
Tidak hairanlah gejala keruntuhan moral muda-mudi menjadi parah kerana ramai di kalangan remaja terbabit adalah pengunjung pusat-pusat hiburan yang melambak di merata tempat di bandar Kuantan.
Bagaimanapun, menurut Suhaimi sebagaimana lazim pemimpin BN enggan mengakui semua itu malah menyalahkan pihak lain walaupun sudah nyata mereka adalah punca segala-galanya kerana mereka berkuasa dan mentadbir negeri ini sejak merdeka lagi.
Katanya jumlah 151 premis pusat hiburan itu tidak termasuk premis di lain-lain bandar, ia hanya di bandar Kuantan sahaja. Difahamkan daripada jumlah tersebut enam pemilik lesen hiburan itu adalah orang Melayu beragama Islam serta empat orang India manakala bakinya adalah berketurunan Cina.
Jelas Suhaimi, pemilik lesen bertekurunan Melayu melibatkan seorang bergelar Dato' dan seorang Hajjah.
Suhaimi berkata, penglibatan seorang Hajjah dalam industri hiburan amatlah dikesalkan dan sulit untuk diperjelaskan kepada genarasi muda kenapa seorang bergelar Hajjah melibatkan diri dalam perniagaan seperti itu.
"Kta hairan juga bagaimana seorang Hajjah boleh terlibat dengan industri yang dianggap tidak sihat serta bercanggah dengan status hajjahnya.
"Ia suatu yang memalukan agama," kata Suhaimi.
Kata Suhaimi, apa yang berlaku sekarang adalah hasil perjuangan parti pemerintah yang mencorakkan masyarakat melalui sistem acuannya bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya.
"Mereka menguasai segala-galanya, mereka yang mencorak masyarakat, maka inilah hasil yang diperolehi, iaitu masyarakat yang mendewakan hiburan," ujarnya. - BAW/mns

[EMAIL PROTECTED] wrote:
Ni ada stranger sent to me, so i wont be responsibled for anything...

JUDI, ARAK MAKIN HEBAT DI KELANTAN
Posted on Thursday, June 27 @ 09:01:43 MYT
Topic:
Oleh: Gamal Fikri dan Sudeeman Razak

Gejala sosial semakin meruncing di Kelantan dengan terbongkarnya
beberapa pusat judi di Kota Bharu. Beberapa kedai kopi dan restoran
Cina, khususnya di Jalan Kuala Krai dan sekitar Padang Merdeka,
dijadikan pusat judi oleh kumpulan tertentu.

Siasatan RISIK selama tiga bulan mendapati agen-agen judi yang
beroperasi di situ sering didatangi pelanggan yang mahu mereka
membeli nombor ekor daripada taukeh-taukeh judi. Hampir semua agen
dan pelanggan adalah orang Islam negeri ini.
Agen-agen ini akan mengenakan komisyen 30 peratus sebagai upah
mendapatkan setiap kertas judi. Misalnya, jika pertaruhan bagi satu
kertas judi ialah RM10, pelanggan kena bayar RM13 kepada agen judi.
Setiap kertas judi yang di tempah disahkan dengan cara menurun
tandatangan.

Jika ada pelanggan yang menang, agen judi sanggup membayar tunai
dengan wang sendiri dengan potongan 20 peratus dan menuntut wang
pertaruhan daripada taukeh judi. Difahamkan kegiatan judi yang sama
modus operandinya semakin berleluasa dan bergerak secara senyap
menerusi kumpulan tertentu di bandar-bandar lain di Kelantan.

Wartawan RISIK yang menyamar sebagai pelanggan berkata gejala ini
turut membabitkan ramai belia.

Seorang pelanggan berumur dalam lingkungan 30an berkata: Setakat
ini, tak jadi masalah untuk beli kertas judi di Kota Bharu atau lain-
lain tempat. Sangat mudah. Nak judi di Kelantan ini tak perlu susah-
susah.

Walaupun kegiatan judi diharamkan di Kelantan, namun ia berleluasa
kerana tiada pemantauan yang dibuat oleh pihak berkuasa. Selain
judi, Kerajaan Negeri pimpinan Pas juga gagal mengatasi gejala arak
di kalangan orang Islam negeri ini.

Peminum arak di kalangan masyarakat Melayu Islam di negeri ini
dipercayai semakin bertambah ekoran kurangnya penguatkuasaan yang
dibuat oleh pihak berwajib. Lebih menakjubkan ialah mereka yang
minum arak dan mabuk pada siang hari secara terang-terang di
khalayak ramai.. Media tempatan baru-baru ini mendedahkan perbuatan
orang Islam Kelantan minum arak dalam plastik seolah-olah minum air
biasa.

ADUN Pasir Tumbuh, Ahmad Baihaki Atiqulah berkata fenomena ini
menunjukkan bahawa kerajaan Pas belum berjaya menerapkan syiar Islam
di negeri ini sehingga ramai yang ketagih arak. Kenyataan dibuat
ketika beliau membentangkan usul dan cadangan di Mesyuarat Penuh
Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) pada 5 Mei lalu.

Menurut pemimpin muda Pas ini, kerajaan negeri gagal membendung
gejala arak di Kelantan.

Saya kesal kerana ada rakyat beragama Islam di negeri ini yang
sanggup minum arak. Lebih memalukan, mereka menjadikan Dataran MPKB
di pusat Bandar sebagai kawasan untuk bersuka ria dan melakukan
maksiat. Kita menyedari mereka minum arak apabila mendapati mereka
berada dalam keadaan mabuk, kata Ahmad Baihaki, yang juga Ahli
Majlis MPKB.

Beliau menegur pentadbiran negeri pimpinan Nik Aziz Nik Mat serta
pemimpin Pas negeri yang banyak menghabiskan masa berceramah
daripada memikirkan kaedah dan strategi untuk memajukan umat Islam
dan negeri Kelantan. Hari ini, masih ada tujuh premis berlesen yang
menjual arak di Kota Bharu, manakala berpuluh-puluh premis lagi
menjual arak tanpa permit.

Pada 8 Mei lalu, akhbar perdana menyiarkan kenyataan Nik Aziz yang
mengakui perbuatan umat Islam minum arak memberi imej dan kesan
negatif sebagai negeri yang menjalankan dasar pentadbiran
berlandaskan Islam.

Kenyataan Ahmad Baihaki turut disokong seorang lagi Ahli Majlis MPKB
Zainuddin Abdullah yang melahirkan rasa malu kerana perbuatan umat
Islam minum arak secara terbuka di sekitar Bandar Kota Bharu bukan
perkara baru. Katanya, Unit Penguatkuasa dan Unit Pembangunan Islam
dan Dakwah MPKB menghadapi kesukaran mengesan perbuatan ini kerana
peminum arak menggunakan pelbagai taktik, termasuk minum dalam
plastik air biasa.

Pelbagai gejala sosial yang melanda Kelantan adalah tamparan hebat
kepada kredibiliti Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar di sebuah
negeri yang kononnya ditadbir berlandaskan Islam. Setelah 12 tahun
memerintah Kelantan, beliau masih gagal menjadikan Kelantan sebuah
negeri yang boleh dicontohi


Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke