Aslm wbt
 
Di dlm bahagian ini, insya Allah, kita akan menyentuh tentang kerugian akibat harta pusaka beku & punca2nya.
 
 
Pendahuluan

 

Di Malaysia terdapat hampir 1 juta kes asset pusaka beku dianggarkan bernilai di antara RM10 – 15 billion. Di antara kerugian harta pusaka terbeku ialah:

 

·        Waris tidak dapat menikmati harta peninggalan si mati.

 

·        Negara menanggung kerugian akibat tanah-tanah pertanian di luar bandar & tanah-tanah komersial di bandar terbiar.

 

Punca-punca

 

Di antara punca-punca terbekunya harta pusaka ialah:

 

·        Tiada kesefahaman di antara pemilik-pemilik yg ramai ke atas lot-lot tanah bersama.

 

  • Pemilik lot-lot tanah yang telah lama meninggal dunia, sebahagian waris asal telah mati dan meninggalkan waris-waris pengganti yang tidak menetap di situ.
      ·        Kurang pemahaman tentang Sistem Fara'id – bertentangan dengan sifat Islam yang tidak statik dan jumud. 
          Penentuan bahagian diterima bulat-bulat sehingga setiap waris menerima bahagian yang sangat kecil, for eg. tanah yang tidak
          sampai  suku hektar seorang.

 

"Bahagian" ini sebenarnya bolehlah dijelmakan dalam bentuk wang/harta lain yang senilai dengannya. Jika harta si mati terdiri daripada beberapa bidang tanah, maka bahagian setiap ahli waris sebenarnya boleh ganti atau diberikan hanya di atas mana-mana satu bidang tanah sahaja supaya bahagian tersebut menjadi lebih luas dan ekonomik untuk diusahakan.

 

Jika bahagian tersebut terlalu kecil, ianya hendaklah dinilai dalam bentuk wang dan waris tersebut akan dibayar bahagiannya, dan melepaskan bahagiannya kepada waris lain yang mempunyai bahagian yang lebih besar.

 

·        Perbalahan hakmilik tanah yang tidak dipecah sempadan. Hanya waris yang berpengaruh sahaja dapat menikmati hasil tanah pusaka dan yang lain terpinggir.

 

·        Sikap suka bentangguh - biasanya permohonan dibuat selepas 6 bulan hingga bertahun-tahun dari tarikh kematian.

 

·        Tanggapan bahawa urusan penyelesaian harta pusaka adalah susah dan mahal.

 

·        Tanggapan bahawa harta pusaka tidak akan hilang walaupun lewat diselesaikan.

 

·      Sistem yang memerlukan waris membuat permohonan - banyak harta pusaka yang belum dibuat permohonan untuk pembahagian dan sesetengahnya melibatkan kematian yang terlalu lama. Ada yang telah dipohon, tetapi ditinggalkan separuh jalan apabila pemohon menghadapi berbagai masalah untuk meneruskannya.


Sekian, next kita akan menyentuh tentang cara-cara menangani permasalahan di atas, insya Allah.
--
Ikhlas

FATKURRADZI JAMIL
BA Hons Accounting (UK), Dip in Accountancy (UiTM)
Islamic Non-Banking Financial Institution (NBFI) Consultant
****************************************************************
013-391 2691, 013-391 2692 & 016-371 9925
[EMAIL PROTECTED]
www.ikhlas2u.faithweb.com
****************************************************************
TAKAFUL - Family, General & Hospitalisation
ISLAMIC ESTATE PLANNING - Wasiat, Trust, Hibah, Waqaf & Faraid
HAJJ & UMRAH
*********************************************************************************
MADANI AGENCY
(Representing)

TAKAFUL IKHLAS SDN BHD (593075-U)
28 Level 1 Medan Pusat Bandar 1
Section 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-8926 1034   Fax: 03-8926 1033
************************************************


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke