Umpama memandu di lebuh raya
Pecutlah semahumu
Pasti ada yang lebih laju
Lenggang-kangkung bak itik gembo-gembo
Pasti ada kura-kura terkehel kaki.
Kita seringkali diberi pilihan
- High speed, Medium, Low
It's just a push of a button away!
Kita yang meletakkan weightage
Mana yang lebih awla
What comes first?
Islam? Taqwa? Wealth creation? Economic Survival?
60++% itu hanya statistik Melayu di Malaya
Penguasaan <30% Bumi participation itu amat menyakitkan
Lemah ekonomi itu kau bilang
Punca pesanan Dato Hang Tuah
Hancur berderai dalam duka
Mengejar impian cemerlang, gemilang & terbilang
Lalu air mata kau sapu
Dengan songket, batik dan sutera.
Bangsaku
Lemahnya kita bukan kerana darah pahlawan ini
Yang pernah tumpah pada 13 Mei 1969
Punah dek bahana Superman, Spiderman & Ultraman
Kita lemah kerana jati diri Muslim itu rapuh
Engkau mencari taqwa bukan atas tiket ridwanilLah
Tetapi engkau sering mencari manfaat
Engkau mahu lari dari mudarat
Lalu kau tafsir ayat suci sesedap hatimu
Kemiskinan dan kemelaratan bangsamu
Kau bilang itu angkara cucu Mao Tse Tung!
Kita sama-sama meraba
Mencari-cari sumber kekuatan
Membina jaringan (networking)
Menguatkan barisan
Menembusi pasaran global dan tempatan.
Kita ingin melihat
Rempah Kari Kak Timah
Kopi Jantan Abang Dolah
Dijual di Hilton Hotel, Mekkah
Atau mungkin di Harrods
Jenama Malaysia gah mengukir nama
di London Paris New York!
Lalu bagaimana dengan "Spiritual Capital "?
Apa resolusi untuk menambah ketaqwaan?
Cukupkah sekadar mengarahkan JAKIM
Melakukan "Ops Nyah VI" kepada Riba, Gharar, dll yang haram???
Isi hati CM Sempena
Seminar "Jihad Ekonomi Memperkasa Ummah"
Dewan Tun Dr Ismail A,
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
20-21 Disember 2005
--
Wanna feel something new ??? Visit www.mykhilafah.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
