Zakaria Latif <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
(Embedded image moved to file: pic24393.pcx)
(Embedded image moved to file: pic03548.pcx)
Assalamu'alaikum wbt,
Semoga semua beroleh keberkatan yang berpanjangan dari Allah SWT.


Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa yang menziarahi orang sakit yang soleh, maka akan keluar
bersamanya tujuh puluh malaikat yang meminta ampun kepadanya, kemudian
mereka keluar dari rumah orang sakit
bersamanya pula sampai mereka masuk ke dalam rumahnya."

Rasulullah saw bersabda lagi:
Menziarahi orang sakit itu ialah kamu meletakkan tangan di atas mukanya
menanyakan: Bagaimana keadaannya.
Sedang kesempurnaan persahabatan di antara kamu sekalian ialah berjabat
tangan."

Berikut adalah sms pertama yang diterima dari Ustaz Ridzuan di Balakot,
Pakistan yang diterima pada 21hb Dis 2005 , Jam 02:37:13 ptg:

" Dalam perjalanan nak pegi ke kem yang lain. Pagi tadi kami pegi kat
sekolah sementara di Kem yang terletak di Balakot.
Keadaannya mengharukan, cuaca sejuk dan berdebu".

Lapuran Ridzuan from Balakot Pakistan.

Untuk makluman semua, Misi Ke-3 Bantuan Kemanusiaan Mangsa Gempabumi
Pakistan - Muslim Care akan dianjurkan pada 26 Jan hingga 3 Feb 2006.
Muslim Care ingin mempelawa kepada sidang jemaah, terutama mereka yang
mempunyai kepakaran dibidang kedoktoran (keutamaan juga dikalangan
muslimat) untuk turut-sama memyertai Misi Ke-3 kami ini. Segala
perbelanjaan akan ditanggung oleh penaja.

Muslim Care juga membuka ruang kepada yang berminat untuk menyertai Misi
ini dengan syarat utamanya, kos perjalanan iaitu RM 2000.00 ditanggung
sendiri oleh peserta. Setakat ini Muslim Care belum berkemampuan untuk
menaja kos-kos perjalanan ini. Manakala kos penginapan dan makan/minum,
Insya'Allah akan disediakan oleh sukarelawan tempatan.

Selain itu, Muslim Care juga telah melancarkan Tabung Untuk Membantu Mangsa
Bandir yang berlaku di Utara dan Pantai Timur negara kita. Setakat ini
Muslim Care telah menyerahkan RM 3000.00 (Hasil kutipan semasa) kepada
mangsa-mangsa bandir tersebut.

Kepada para muslimin dan muslimat yang ingin bersama-sama Muslim Care untuk
menjayakan Missi di atas selain Misi Bantuan Mangsa Tsunami Acheh, boleh
menyalurkan sumbangan melalui Akaun Muslim Care di Bank RHB atas nama
Muslim Care. No.Akaun : 26-2120-0000-4747. Mohon kepada penderma agar
memaklumkan setiap sumbangan kepada saya melalui e-mail ini atau sms kepada
saya melalui no. H/phone 012-6935938 untuk tujuan rekod dan tindakan
selanjut.

Sekian untuk kali ini. Maaf diatas segala kelemahan. Terima kasih kepada
para penderma semua.
Sokongan dan sumbangan amat diperlukan dan dihargai. Wassalam.

B/p Muslim Care.

Nota Kaki : 26 hb Disember 2005 ini, cukup setahun Peristiwa Ombak Besar
Tsunami telah berlalu. Cepat sungguh masa beredar. Diantara hari itu dan
hari ini, macam-macam peristiwa berlaku. Moga kita semua dapat mengambil
iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku. Moga apa yang berlaku
akan merapatkan hubungan kita dengan Allah swt dan KekasihNya junjungan
besar Rasulullah saw. Moga kita semua termasuk dalam golongan yang mendapat
pertunjuk. Amin.


Play Santa's Celebrity Xmas Party, an exclusive game from Yahoo!

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke