i said ada stranger sent to me so i wont be responsibled for anything...ada ramai orang yg tak dikenali ( strangers) send emails to me....ada yang menyokong ada yang tah..i dont know what to classify them...may be article tu from someone yang tak mau dikenali dan harap saya posted to hidayahnet...wallahualam... --- In [email protected], Sawayaka Hito wrote: > > Nak tau gak dpd sumber media bercetak/elektronik mana yg menyumbangkan artikel spt yg diwdkan oleh cik Suria ni ye? > > Saya tak 'rasa' dan tetap yakin yg PAS di Kelantan TIDAK SEKALI2 mengeluarkan LESEN JUDI/pusat maksiat (spt yg berlaku dikebanyakan negeri - sila baca artikel yg difwdkan) utk mereka2 itu membuat perniagaan sebegitu.. melainkan mereka2 tu membuat secara tersembunyi & berselindung disebalik lesen perniagaan sah yg lain... bagus & tahniahlah kalau 'RISIK' dpt menghidu & membongkar kegiatan mereka supaya boleh diambil tindakan pihak berwajib. Dan saya yakin PAS tidak spt JAWI yg membuat serbuan (spt di kelab disko terlaknat spt Zouk) kemudian diarah pula utk tutup kes tanpa mendakwa mereka yg terlibat... dgn lurus bendulnya arahan pon dituruti... kalau artikel dibwh ni tidak betul maka k'jan negeri Pahang buktikan ianya tidak benar dgn cara jujur & telus... > > BN Pahang didakwa penyebab Kuantan jadi Hatyai pantai timur > Sunday, December 18 @ 14:10:38 MYT > > > TEMERLOH, 18 Dis (Hrkh) - Pemuda PAS Pahang menyifatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) Pahang sebagai penyebabkan utama kenapa Kuantan didakwa sebagai serambi Hatyai pantai timur. > > Ini kerana pihak Pihak Berkuasa Tempatan khususnya Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah meluluskan hampir 200 lesen bagi premis hiburan di dalam kawasan kawalannya. Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Mohd Saad, jumlah 151 lesen pusat hiburan yang diluluskan MPK itu adalah terlalu banyak dan merangkumi pelbagai jenis hiburan. Tidak hairanlah gejala keruntuhan moral muda-mudi menjadi parah kerana ramai di kalangan remaja terbabit adalah pengunjung pusat-pusat hiburan yang melambak di merata tempat di bandar Kuantan. Bagaimanapun, menurut Suhaimi sebagaimana lazim pemimpin BN enggan mengakui semua itu malah menyalahkan pihak lain walaupun sudah nyata mereka adalah punca segala-galanya kerana mereka berkuasa dan mentadbir negeri ini sejak merdeka lagi. Katanya jumlah 151 premis pusat hiburan itu tidak termasuk premis di lain-lain bandar, ia hanya di bandar Kuantan sahaja. Difahamkan daripada jumlah tersebut enam pemilik lesen hiburan itu adalah > orang Melayu beragama Islam serta empat orang India manakala bakinya adalah berketurunan Cina. Jelas Suhaimi, pemilik lesen bertekurunan Melayu melibatkan seorang bergelar Dato' dan seorang Hajjah. Suhaimi berkata, penglibatan seorang Hajjah dalam industri hiburan amatlah dikesalkan dan sulit untuk diperjelaskan kepada genarasi muda kenapa seorang bergelar Hajjah melibatkan diri dalam perniagaan seperti itu. "Kta hairan juga bagaimana seorang Hajjah boleh terlibat dengan industri yang dianggap tidak sihat serta bercanggah dengan status hajjahnya. "Ia suatu yang memalukan agama," kata Suhaimi. Kata Suhaimi, apa yang berlaku sekarang adalah hasil perjuangan parti pemerintah yang mencorakkan masyarakat melalui sistem acuannya bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya. "Mereka menguasai segala-galanya, mereka yang mencorak masyarakat, maka inilah hasil yang diperolehi, iaitu masyarakat yang mendewakan hiburan," ujarnya. - BAW/mns > > [EMAIL PROTECTED] wrote: > > Ni ada stranger sent to me, so i wont be responsibled for anything... > > JUDI, ARAK MAKIN HEBAT DI KELANTAN > Posted on Thursday, June 27 @ 09:01:43 MYT > Topic: > Oleh: Gamal Fikri dan Sudeeman Razak > > Gejala sosial semakin meruncing di Kelantan dengan terbongkarnya > beberapa pusat judi di Kota Bharu. Beberapa kedai kopi dan restoran > Cina, khususnya di Jalan Kuala Krai dan sekitar Padang Merdeka, > dijadikan pusat judi oleh kumpulan tertentu. > > Siasatan RISIK selama tiga bulan mendapati agen-agen judi yang > beroperasi di situ sering didatangi pelanggan yang mahu mereka > membeli nombor ekor daripada taukeh-taukeh judi. Hampir semua agen > dan pelanggan adalah orang Islam negeri ini. > Agen-agen ini akan mengenakan komisyen 30 peratus sebagai upah > mendapatkan setiap kertas judi. Misalnya, jika pertaruhan bagi satu > kertas judi ialah RM10, pelanggan kena bayar RM13 kepada agen judi. > Setiap kertas judi yang di tempah disahkan dengan cara menurun > tandatangan. > > Jika ada pelanggan yang menang, agen judi sanggup membayar tunai > dengan wang sendiri dengan potongan 20 peratus dan menuntut wang > pertaruhan daripada taukeh judi. Difahamkan kegiatan judi yang sama > modus operandinya semakin berleluasa dan bergerak secara senyap > menerusi kumpulan tertentu di bandar-bandar lain di Kelantan. > > Wartawan RISIK yang menyamar sebagai pelanggan berkata gejala ini > turut membabitkan ramai belia. > > Seorang pelanggan berumur dalam lingkungan 30an berkata: Setakat > ini, tak jadi masalah untuk beli kertas judi di Kota Bharu atau lain- > lain tempat. Sangat mudah. Nak judi di Kelantan ini tak perlu susah- > susah. > > Walaupun kegiatan judi diharamkan di Kelantan, namun ia berleluasa > kerana tiada pemantauan yang dibuat oleh pihak berkuasa. Selain > judi, Kerajaan Negeri pimpinan Pas juga gagal mengatasi gejala arak > di kalangan orang Islam negeri ini. > > Peminum arak di kalangan masyarakat Melayu Islam di negeri ini > dipercayai semakin bertambah ekoran kurangnya penguatkuasaan yang > dibuat oleh pihak berwajib. Lebih menakjubkan ialah mereka yang > minum arak dan mabuk pada siang hari secara terang-terang di > khalayak ramai.. Media tempatan baru-baru ini mendedahkan perbuatan > orang Islam Kelantan minum arak dalam plastik seolah-olah minum air > biasa. > > ADUN Pasir Tumbuh, Ahmad Baihaki Atiqulah berkata fenomena ini > menunjukkan bahawa kerajaan Pas belum berjaya menerapkan syiar Islam > di negeri ini sehingga ramai yang ketagih arak. Kenyataan dibuat > ketika beliau membentangkan usul dan cadangan di Mesyuarat Penuh > Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) pada 5 Mei lalu. > > Menurut pemimpin muda Pas ini, kerajaan negeri gagal membendung > gejala arak di Kelantan. > > Saya kesal kerana ada rakyat beragama Islam di negeri ini yang > sanggup minum arak. Lebih memalukan, mereka menjadikan Dataran MPKB > di pusat Bandar sebagai kawasan untuk bersuka ria dan melakukan > maksiat. Kita menyedari mereka minum arak apabila mendapati mereka > berada dalam keadaan mabuk, kata Ahmad Baihaki, yang juga Ahli > Majlis MPKB. > > Beliau menegur pentadbiran negeri pimpinan Nik Aziz Nik Mat serta > pemimpin Pas negeri yang banyak menghabiskan masa berceramah > daripada memikirkan kaedah dan strategi untuk memajukan umat Islam > dan negeri Kelantan. Hari ini, masih ada tujuh premis berlesen yang > menjual arak di Kota Bharu, manakala berpuluh-puluh premis lagi > menjual arak tanpa permit. > > Pada 8 Mei lalu, akhbar perdana menyiarkan kenyataan Nik Aziz yang > mengakui perbuatan umat Islam minum arak memberi imej dan kesan > negatif sebagai negeri yang menjalankan dasar pentadbiran > berlandaskan Islam. > > Kenyataan Ahmad Baihaki turut disokong seorang lagi Ahli Majlis MPKB > Zainuddin Abdullah yang melahirkan rasa malu kerana perbuatan umat > Islam minum arak secara terbuka di sekitar Bandar Kota Bharu bukan > perkara baru. Katanya, Unit Penguatkuasa dan Unit Pembangunan Islam > dan Dakwah MPKB menghadapi kesukaran mengesan perbuatan ini kerana > peminum arak menggunakan pelbagai taktik, termasuk minum dalam > plastik air biasa. > > Pelbagai gejala sosial yang melanda Kelantan adalah tamparan hebat > kepada kredibiliti Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar di sebuah > negeri yang kononnya ditadbir berlandaskan Islam. Setelah 12 tahun > memerintah Kelantan, beliau masih gagal menjadikan Kelantan sebuah > negeri yang boleh dicontohi > > > > > > > > > > > > ------------------------------------------------------------------- ------- > > All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. > > If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". > Yahoo! Groups Links > > > > > > > > > > > --------------------------------- > Play Santa's Celebrity Xmas Party, an exclusive game from Yahoo! >
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
