Samada perempuan tu melayu ke, cina ke, india ke...orang tempatan ke...orang pendatang ke...orang jahat ke...orang baik ke...non-issue.
Isunya ialah pihak polis gagal memelihara maruah seorang wanita dibawah tahanannya. Polis should take 100% of the blame. Menteri KDN mesti bertanggungjawab dan minta maaf dengan seluruh rakyat. Jangan cuba nak salahkan orang lain. Bukan salah theresa, bukan salah media, bukan salah orang politik...Salah polis. bukan salah anggota polis tertentu sahaja...tapi salah seluruh institusi polis.
Ini isu kemanusiaan. Bukan isu perkauman. Sebab itu saya setuju bila dr. lo' lo' tampil bersama dengan aktivis wanita lain dari pelbagai agama dan kaum membantah tindakan polis menghina martabat wanita.
Kalau dr.lo' lo' tampil hanya sebagai pembela wanita melayu...alangkah kecilnya jiwa dan idealisma perjuangan. Islam diturunkan untuk meningkatkan martabat
kemanusiaan...seluruhnya.
[EMAIL PROTECTED] wrote:
Ok my two cents worth opinion.
In this case, the stupid policeman yang mesti dipersalahkan, kerana
tidak amanah, tidak jujur dan tidak beretika dalam menjalankan
tugas. I think most people now agreed with the method being used by
the police, Cuma bila ada orang seperti this man yang memporak
perandakan the whole thing.
Si Theresa tu acted sebagai pembela kaum. Tak boleh nampak lagi ke
sekarang ni how each races in Malaysia akan bermatian membela nasib
kaum mereka sendiri. Pada sangkaannya gadis dalam video tu adalah
sebangsa dengan dia dan menjadi tanggungjawab dia membela nasib
kaumnya sendiri.sebab dia yang received cd tu so she made conclusion
mesti ada kena mengena can u see I am sure the stupid police man tak
begitudouble bodoh bagi cd tu pada dia must be the Chinese man yang
operate kedai download cd tu dia pun ingat tak guna police ni buat
tak tentu kat kaum dia?
Cant you see what I meant all these while?
Sekarang saya tak nampak lagi ada pemimpin melayu yang membela
nasib/maruah gadis melayu ni. Mana dia menteri wanita? Mana dia
pemimpin Pas wanita? Mana dr lo' lo; mana syarizat, mana mashitah?
Kenapa maruah gadis ini tidak ada yang ambil peduli.
Tengok si bangsa lain begitu prihatin dgn nasib bangsa dia .orang
melayu buat apa? Asyik bertekak sesame sendiri sedangkan hadis ada
mengatakan tidak sempurna iman, sehingga kamu mengasihi saudara mara
mu seperti engkau mengasihi diri mu sendiri, ( tak silap riwayat
bukhari baru semalam belajar kelas aqidah ada ustad mentioned about
this hadis again hadis ni kita belajar masa form 3 dulu sampai
sekarang saya ingat)
Samy velu tu pun lagi bagus..tengoklah sendiri adja aja musibah yang
menimpa kaum India sekejapan itu dia ada .nak raih popularity ke a
pa ke dia punya pasal but he is around. In my sekolah kg ni pun dia
boleh hantar wakil, sebab ada aduan sekolah tak sediakn subject
bahasa tamil? Murid India tak sampai 10 orang pun?
Lets see what happen next ..i don't care nak saman Theresa ke,
police department ke at least ada pemimpin wanita melayu outthere
membela nasib wanita melayu ni ..
--- In [email protected], Amir Hamzah wrote:
>
> Betapa banyak nya pembohongan yang perlu dibuat oleh pemerintah
untuk menyembunyikan kesilapan mereka. Dalam kes ini, Azmi
sememangnya ke Negeri Cina untuk memohon maaf, tapi kini dinafikan
pula. Kemanakah maruah Azmi, Kabinet Malaysia dan amnya rakyat
Malaysia, kerana permohonan maaf dipinta dari negara asing sedangkan
rakyat negara itu tidak terlibat! Takut benar ke pemerintah sehingga
digegaskan Azmi?
>
> Kini, setelah terbukti gadis dalam kes ini seorang rakyat
tempatan dan Melayu, kemanakah pula harus Kabinet gegaskan Azmi
untuk memohon maaf? Dan mahukah mereka meminta maaf dari rakyat
Malaysia, terutama gadis terlibat, atau adakah gadis itu akan dicari
segala kesalahannya dan dicemuhkan pula untuk menutup keaiban
pemerintah? Adakah kita rakyat Malaysia akan berdiam sahaja dan
membiarkan penipuan demi penipuan dilakukan keatas kita?
>
>
> From: Raja Petra Kamarudin <[EMAIL PROTECTED]>
> Subject: Pihak berkuasa digesa ambil tindakan terhadap Teresa Kok
>
> (Bernama) -- Seorang anggota Dewan Negara menggesa pihak berkuasa
mengambil tindakan tegas terhadap anggota Parlimen Seputeh, Teresa
Kok kerana menayangkan video lucah seorang tahanan wanita yang
melakukan ketuk ketampi sambil berbogel.
>
> Senator Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, anggota polis lelaki
yang bertanggungjawab merakamkan aksi tersebut juga perlu dikenakan
tindakan kerana mencetuskan suasana tegang sehingga menjejaskan
hubungan dua hala antara Malaysia dan China.
>
> Perbuatan pemimpin DAP yang menayangkan video tersebut di hadapan
menteri dan wakil rakyat di Lobi Parlimen, bulan lepas telah
menjatuhkan maruah tahanan wanita itu, katanya kepada pemberita di
Lobi Parlimen di sini Rabu.
>
> "Teresa patut didakwa kerana menjaja cerita lucah di Parlimen
sehingga memalukan wanita itu, polis kita sebenarnya bagus, apa yang
dilakukan ke atas tahanan terbabit adalah prosedur biasa.
>
> "Disebabkan oleh perbuatan beliau itu, Menteri Keselamatan Dalam
Negeri, Datuk Seri Azmi Khalid terpaksa ke China untuk meminta maaf
sedangkan hari ini apabila membaca akhbar seluruh rakyat terkejut
kerana tahanan itu adalah wanita tempatan berketurunan Melayu,"
katanya.
>
> Selain itu, Syed Ali turut meminta polis bertindak lebih cekap
dengan memaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi mengenai status sesuatu kes secara lebih cepat dan tepat.
>
> Menurutnya, kelewatan polis mengumumkan hasil siasatan dan
tindakan media menyiarkan kes itu secara meluas telah menjejaskan
reputasi pasukan keselamatan dan memalukan negara.
>
> Katanya, pendedahan tersebut telah menyebabkan banyak pihak
termasuk menteri mengeluarkan pelbagai reaksi sedangkan kes itu
boleh diselesaikan dengan cepat tanpa perlu menubuhkan sebuah
suruhanjaya bebas dan inkuiri awam.
>
> Terdahulu pada Persidangan Dewan Negara, beliau meminta Timbalan
Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Chia Kwang Chye menjelaskan siapa
yang harus dipertanggungjawabkan berhubung insiden tersebut.
>
> Chia bagaimanapun enggan menjawab soalan tersebut dan sebaliknya
memberitahu, pemergian Azmi ke sana bukan untuk meminta maaf kepada
kerajaan China berhubung isu ketuk ketampi tetapi berkaitan satu isu
lain.
>
> --
> Posted by Raja Petra Kamarudin to MT-berita at 12/14/2005 08:04:26
PM
>
>
> ---------------------------------
> How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps
for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos
>
Yahoo! for Good - Make a difference this year.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
