Assalamu'alaikum.....

Saya rasa "berminat" untuk tambah "perisa" sikit.
Sesajer jer untuk "joke" sikit setelah kita berpenat
lelah bertikam lidah berlawan hujjah. Secara amnya,
cerita ni berkaitan tuntutan menutup 'aurat laa kan???
Okay laa....katakan laa, cerita ni berlaku kat Negara
Islam Hadhari Malaysia yang tercinta ini.

1 ) Agaknya, ada tak seseorang dari kita yang akan
bertindak seperti "orang tua" itu...yang menegur dalam
gaya bahasa lebih kurang sesantun itu??

2) Agaknya, kalaulah gadis yang ditegur itu menjawab
sebagaimana yang dijawab oleh gadis dalam cerita ni,
secara kebetulan pada masa itu, saya pun berada
disitu, kemudian saya bagi dia satu das "penampar
jepun", agak-agaknya apa yang akan terjadi??? Tak kira
laa terjadi pada saya atau pada sesiapa saja yang
terlibat jam tu!....

Kpd netters yang dirahmati Allah sekelian,  diharapkan
anda dapat memberikan serba sedikit komen.....bukan
untuk berdebat, sekadar untuk tengok pendapat, yang
mana seandainya terjadi kes no.1, kemudian dengan izin
Allah, jadi kes no.2 pulak, agak-agaknya apa yang akan
berlaku seterusnya???

Sekian, wassalam.



--- [EMAIL PROTECTED] wrote:

> Menurut majalah tersebut,pada suatu hari, seorang
> gadis yang terpengaruh 
> dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah
> bas mini untuk menuju ke 
> destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau
> pun tinggal dibumi yang 
> terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis
> tersebut sangat menjolok 
> mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat
> segala yang patut 
> disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan
> lelaki ajnabi atau 
> mahramnya.
> 
> Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas
> itu ada seorang tua yang 
> dipenuhi uban menegurnya.
> 
> "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian
> yang baik, yang 
> sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam
> kamu, itu lebih baik 
> daripada kamu berpakaian begini yang pastinya
> menjadi mangsa pandangan 
> liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.
> 
> Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan
> tuntutan agama itu dijawab 
> oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah
> kamu hai orang tua? 
> Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau
> adakah kamu memiliki 
> sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di
> syurga atau neraka?"
> 
> Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat
> menghiris perasaan orang tua 
> itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup
> setakat itu, si gadis 
> lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada
> orang tua tadi sambil 
> melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.
> 
> "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta
> tolong tempahkan sebuah 
> bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi
> lantas ketawa 
> berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia
> sedang mempertikaikan 
> hukum Allah dengan begitu biadab.
> 
> Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan
> dari si gadis manis. 
> Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan
> perilakunya yang buruk. 
> Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang
> menggelengkan kepala 
> kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak
> menghiraukan gadis yang masih 
> muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan
> mereka tidak mahu 
> menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina
> agama dengan lebih 
> teruk lagi.
> 
> Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.
> Gadis seksi bermulut 
> celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu
> bas. Puas pemandu bas 
> termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya
> tapi gadis tersebut tidak 
> sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa
> nadi si gadis. Sedetik 
> kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu
> telah kembali menemui 
> Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para
> penumpang menjadi cemas 
> dengan berita yang menggemparkan itu.
> 
> Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis
> itu terjatuh ke 
> pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk
> menyelamatkan jenazah 
> tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu
> yang aneh menimpa 
> jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya
> menjadi hitam seolah 
> olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba
> mengangkat mayat tersebut juga 
> kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan
> hampir melecur sebaik 
> saja menyentuh tubuh si mayat.
> 
> Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan
> menguruskan mayat itu. 
> Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang
> menimpa gadis malang 
> tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di
> neraka dimakbulkan 
> Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha
> Berkuasa di atas segala 
> sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan
> pelajaran dengan kisah 
> benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali
> sekali kita mempertikaikan 
> hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan
> mempersendakan atau 
> ejekan.
> 
> Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi
> dengan arus kemodenan 
> dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita
> jadi kaya dan 
> seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan
> menghina Allah, 
> pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh
> melupakan kematian, 
> tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya
> masanya saja yang akan 
> menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.
> 
> Janganlah menjadi orang yang kurang cerdik, siapakah
> orang yang kurang 
> cerdik itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan
> Tuhan Rabbul alamin. 
> Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan
> bererti anda ingin melawan 
> arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah kita semua
> tertakluk dengan undang-undang 
> sekolah, dalam pekerjaan kita tertakluk dengan
> undang-undang yang dilakar 
> oleh majikan kita, di dalam negeri kita tertakluk di
> bawah undang-undang 
> negara. Begitu taksub sekali kita terhadap
> undang-undang itu hingga 
> terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang
> itu.
> 
> Apabila kita berpijak di bumi ini, kita juga
> tertakluk dengan 
> undang-undang yang telah digubal oleh yang
> menjadikan bumi ini. Setiap 
> Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt.
> Taman laranganNya 
> adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi
> hamba-hambaNya di muka 
> bumi ini.
> 
> Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa
> memberi kita petunjuk di 
> atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa
> dapat menjaga lidah kita.
> 
> *Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR
> ISLAM'
> LoaNeRiNc
> -make your connection unite-



        
                
__________________________________ 
Yahoo! for Good - Make a difference this year. 
http://brand.yahoo.com/cybergivingweek2005/




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke