Assalaamu'alaikum kembali.......
Saya tertarik pd satu perkara........
Lately ni, dlm email Cik Suria dia akan buat ending dgn ayat yg cukup menawan bunyinya....."bukan penyokong BN/PAS jauh sekali."
Sekali pandang @ sekali baca.....indah bunyinya. Seolah2 Cik Suria ni tak memihak pd sesiapa. Tapi dlm posting Cik Suria, tulisan2 dia sentiasa memihak pd BN. Kalau orang lain cerita pasal kebaikan yg PAS buat......dia akan cuba jugak cari kelemahan PAS & berusaha menonjolkan kelebihan BN.
Dia kata dlm hati Sawayaka Hito penuh dgn kebencian terhdp kerajaan BN. Tp Cik Suria sendiri, dlm tulisan anda menggambarkan dlm hati anda penuh dgn kebencian terhdp kerajaan PAS pimpinan Tuan Guru Nik Aziz!
Cik Suria boleh bertanya......fakta tu datang dr mana? Ada kajian ke?
Cik Suria tak baca ke.........Sdr Sawayaka mintak kita refer artikel yg diambil dr Harakahdaily online. Kan dlm petikan Tuan tu Hj Mohd
Abdul Wahid Endut dah kata......."berdasarkan kepada kajian Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri"
Itu pun boleh tanya lagi......ada kajian ke tak? Fakta datang dr mana?
Kata awak tu orang statistik. Sampai belajar ke peringkat Masters.
Lain la saya......setakat mengaji sekolah kampung je......
Atau Cik Suria ni tak boleh terima kenyataan yg kajian yg dibuat oleh org BN sendiri & menunjukkan kepincangan BN sendiri. Tambahan pulak bila didedahkan oleh orang PAS.....
[EMAIL PROTECTED] wrote:
[EMAIL PROTECTED] wrote:
hidekn id saya.guna zam.
Assalamualaikum.....
heran...kalau dia posted apa-apa mengikut statistik tak apa tapi kalau ada
org lain balas dan mengikut statistik yg tak ikut dia marah. tak kisah la
tu. masing-masing punya hak dan pendapat. masing-masing punya hak nak
tunjuk berapa banyak statistik pun.
maafkan saya kalau apa yang bakal saya perkatakan ni
menyinggungkannnn.....terutama kat CIK SURIA kita yang begitu lantang
memperkecilkan pendapat orang lain.
** boarding school untuk sapa...............JAWAPANNYA.......tetap MELAYU
tapi untuk anak-anak org kaya. walaupun berasal dari luar bandar tapi tetap
berkemampuan.......
** IPTA untuk sapa..........JAWAPANNYA.......memang untuk melayu tapi tetap
untuk anak-anak org kaya. tak ada kabel kuat susah nak masuk. Yg bagusnya
CIK SURIA pernah kata org-org KELANTAN kurang pendidikan & tak
berkemampuan....sekarang ni dah terbukti ramainya anak-anak kelantan di
IPTA2...itu pun selepas kuota2 untuk org kaya ni dah dipenuhi.
** PTPTN & MARA......kalau MARA saya memang percaya untuk anak-anak Melayu
yang berkemampuan tapi kalau PTPTN semua pun di bagi.....especially pada
anak-anak org kaya....MELAYU??????......memang MELAYU tapi pilih
bulllllu......
jawapan-jawapan yanh lain tu biarlah dijawap oleh org lain.
jaga sikit lah bahasa yang kita nak gunakan. tak salah kita gunakan
kemudahan yang office bagi. bila free......
apa yg dibalas cuma suatu pandangan. saya rasa mereka-mereka ni berkata
berdasarkan statistik gak. tak yah nak berperibahasa menyakitkan hati
orang. pernah ke cik suria buat apa-apa atas apa yang
dihantar....kebelakangan ni selepas di'gasak' teruk di en. ruhaizan bahasa
cik suria kurang enak.........kalau nak dihormati......hormat lah pada org
lain dulu......
2 sekadar pandangan saya.
@
Sent by: To: [email protected]
[EMAIL PROTECTED] cc:
groups.com Subject: Bismillah [hidayahnet] Re: Kadar
Kemiskinan di Terengganu Naik....
12/15/2005 04:32
PM
Please respond
to hidayahnet
tak tau lah fakta ni datang dari mana....ada kajian ke? rasanya
dalam hati saudara ni penuh dengan kebencian apa pun kerajaan buat
tak ada yang elok di pandangan mata...saya boleh cerita apa kerjaan
BN buat untuk memajukan orang melayu especially ni tapi semua ni off
record takut jadi 13 mei sekali lagi or saya masuk kamunting....cuba
fikirkan ...ni interm of education only as i am part of the system...
-tiap kali result upsr keluar kenapa calon di luar bandar ramai dpt
5A?
-boarding school di bina untuk siapa ya?
- setiap tahun pertambahan pembinaan boarding school?
-sape yang ramai di ipta?
-matrikulasi untuk sapa?
-pelajar terbaik setiap tahun dari bandar ke luar bandar?
-biasiswa yang banyak2 tu untuk sapa? sape yang nama berderet keluar
paper tak bayar pinjaman mara/ptptn?
-uitm wujud hampir di semua negeri di malaysia utk sape ya?
bandingkan dgn tar college.
ada lagi list yang off record...dan jgn lupa kaum lain di malaysia
ni pun buat perkara yang sama utk kaum masing2 sampai ke perkara
yang sekecil kuman pun....
-saya baru posted statistic tentang kadar kemiskinan nanti boleh
refer sendiri...
-lastly cubalah bersihkan hati sikit, think positive...action is
better than word...bising macam anjing menyalak bukit action satu
apa pun tak ambil buat penat tangan aja tekan keyboard..lagilah
kalau guna waktu kerja/computer office/inernet office utk melayan
email ni semua...tak berkat gaji bawa balik rumah...hati jadi panas
selalu....
-kalau kita orang beriman dan berilmu kat mana kita tercampak pun
tak kan goyang iman..pokok pangkalnya iman mesti kukuh tak kira sapa
pun pemerintah..ingat kisah si tukang sikat rambut tuan puteri,
mashitah dan boss dia si firaun?
-fikirkan apa sumbangan anda untuk agama? bangsa? dan negara?
bukan penyokong BN/PAS jauh sekali
--- In [email protected], Sawayaka Hito wrote:
>
> 'Biar statistik yg bercakap'... Ni statistik nak 'bercakap' pula
perihal keterbilangan pemerintahan BN setalah menguasai Terengganu
(sila baca article dari Harakahdaily Online dibwh)...
>
> Lepas ni kita saksikan pula 'universiti' yg mcm mana yg bakal
muncul di Kelantan ('janji manis' pilihanraye).. Nampaknya mulai
hari ni, kpd rakyat Kelantan yg bercita2 nak jadi pelacur tu tak
perlu susah payah ke luar daerah/negeri/negara...
Segala 'kelengkapan/prasarana maksiat' akan tumbuhlah laksana
cendawan tumbuh slps hujan spt di kebanyakan negeri di Malaysia
Hadhari ni... Dan kemungkinan besar kes2 aurat (tudung), pertukaran
jantina, pertukaran aqidah tidak akan kedengaran langsung di dewan2
kabinet/parlimen sbb semua tu akan jadi isu remeh-temeh.. Isu ketuk-
ketampi, isu mewarnakan rambut (yg dah jadi hukum harus), isu
filem 'Puteri Gunung Ledang' hebat pulak di'kokok-kokok' dilaung-
laung... Entah b'manalah kamus istilah 'remeh-temeh' yg ditetapkan
oleh ustaz, ustazah, menteri2 Islam hadhari ni ye... Dan bersedialah
rakyat Kelantan utk 'menikmati' pula kenaikan kos kehidupan tinggi
dgn harga barang, harga itu, harga ini yg bakal menjelma tak lama
lagi....
>
> Sesungguhnya, bukan 'nasib PAS yg berada dihunjung tanduk' bak
tulisan Utusan Malaysia hari ni, tapi nasib rakyat Kelantan
khususnya dan nasib rakyat Malaysia amnya yg semakin berisiko tinggi
utk ditimpa bala dari Allah s.w.t.... Na'uzubillah..
>
>
> Kadar kemiskinan di Terengganu naik setelah BN perintah
> Monday, December 05 @ 18:50:31 MYT
>
>
> KUALA TERENGGANU, 5 Dis (Hrkh) ? Kadar kemiskinan di negeri ini
meningkat selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan,
kata Haji Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam).
>
> Menurutnya, ini berbeza sewaktu PAS memerintah sebelum ini yang
berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada 13 peratus yang
ditinggalkan oleh kerajan BN sebelum itu kepada 10.6
peratus. "Sewaktu PAS memerintah dulu, kadar kemiskinan yang Umno
tinggal dulu 13 peratus, kita berjaya turunkan kepada 10.6 peratus,"
ujarnya semasa mengemukakan soalan tambahan pada Mesyuarat Ketiga
Penggal Kedua Dun, di sini, hari ini. Beliau menambah,
bagaimanapun kadar kemiskinan yang telah berjaya diturunkan sewaktu
kerajaan PAS memerintah telah meningkat kepada 16 peratus. Ini,
katanya berdasarkan kepada kajian Unit Perancangan Ekonomi Jabatan
Perdana Menteri bahawa kadar kemiskinan di negeri ini meningkat dari
10.6 peratus kepada 16 peratus dalam Rancangan Malaysia
Kesembilan. "Mengapa perkara ini berlaku," soalnya yang juga
Bendahari Perhubungan PAS negeri. Pengerusi Jawatankuasa
Kebajikan, Kesihatan, Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Wanita
negeri, Dato' Rosol Wahid semasa menjawab
> soalan itu menyalahkan rakyat yang terlalu memilih pekerjaan
antara puncanya. "Apa yang berlaku sekarang ialah sikap yang ada
di kalangan orang-orang kita terutama apabila mereka memilih
pekerjaan," ujarnya. Sehubungan itu, katanya kerajaan negeri akan
membuat kajian bagi mengenal pasti golongan yang betul-betul miskin
dan termiskin. Semasa menjawab soalan asal wakil Kemasik, Dato'
Abu Bakar Ali, beliau berkata terdapat 27,073 orang penduduk di
negeri ini yang dikategorikan sebagai miskin dan termiskin. - ayu
>
>
>
> ---------------------------------
> To help you stay safe and secure online, we've developed the all
new Yahoo! Security Centre.
>
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not
in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
Send instant messages to your online friends http://asia.messenger.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
