Matlamat Pendidikan Seks perlu penelitian semula
 
            Istilah ‘seks’ dalam Kamus Dewan bererti – sifat-sifat yang membezakan laki-laki dan perempuan, jantina dan keinginan syahwat. Manakala ‘seksualiti’ pula-sifat tabii atau dorongan seks; dan ‘seksual’ – berkenaan seks; persetubuhan antara lelaki – perempuan.
Oleh itu, jelas konotasi istilah ini sudah membawa gambaran dalam minda remaja dan masyarakat tentang pendidikan seks adalah topik-topik berkait fantasi, libido, teknik seks anal-oral, praktis seks selamat, posisi ‘intercourse’ dan sebagainya.
Adakah hal ini selari dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitikberatkan aspek moral dan akhlak? Ini kerana, pendidikan seks pernah diusahakan di beberapa buah negara maju seperti Amerika Syarikat dan lain-lain. Hakikatnya, ia tidak menolong dalam mengurangkan kegawatan moral yang berkait rapat dengan aktiviti seksual remaja.
            Kita perlu mengkaji, adakah pendidikan ini bertujuan mengekang remaja terjebak daripada amalan seks bebas atau mengekang remaja wanita daripada hamil tanpa kahwin, atau mengelakkan kejadian buang bayi yang berleluasa? Ini kerana, setiap persoalan itu menuntut kepada kaedah pelaksanaan yang berlainan pula.
            Menurut kajian Stodghill (1998), Alan Guttmacher Institute (2001) dan Voss & Kogan (2001) di Amerika Syarikat, telah menunjukkan bahawa remaja lelaki melakukan hubungan seks ketika berusia 16 tahun dan remaja wanita 17 tahun. ...
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hikayat Seribu Satu Alaf
Oleh: H. Fansuri al-Ahmaki
 

Malam Pertama: Darihal Politik Masjid dan Masjid Politik

 
Ketika selesai solat Zuhur di Masjid Sultan, Singapura kira-kira empat-lima tahun lalu, al-Faqir terjumpa satu papan tanda yang menerangkan sejarah Masjid Sultan itu.
            Jika tidak silap, sejarah ringkas masjid itu begini – ketika Stamford Raffles datang berdagang di awal era penjajahan, sosok itu menawarkan 1,000 dollar kepada Sultan guna membangunkan masjid itu. Demikianlah cara penjajah menawan hati umat Melayu.
            Mereka tahu keprihatinan Melayu kepada agamanya. Akhirnya dengan masjid itu, mereka dijajah terus-menerus, semua hasil-mahsul pulau diterokai, dicedok dipunggah ke negara asal mereka. Kedudukan Melayu terhimpit dan benteng kesultanan pun robohlah.
            Akan tetapi, walaupun penjajah telah pergi, dan pemerintahan itu berganti dengan penjajah baru oleh anak watan sendiri, tetapi Masjid Sultan tetaplah teguh berdiri sebagai suatu syiar agama sekali gus membawa iktibar kepada generasi kemudian, bahawa masjid itu pernah digunakan sebagai senjata dan alat menjajah minda Melayu.
* * *
                    Kalakian, tersebutlah nama suatu kawasan Pengkalan Pasir di utara Semenanjung Tanah Melayu. Di suatu hari, seorang pemimpin negara datang menziarahi masjid-masjid sekitarnya. Sepertimana adat ketika pilihan raya, baru ada sindrom pembangunan materi.
            Konon dikatakan orang, universiti akan dibina kalau menang pihak kerajaan. Jika tiada menang, maka mungkin tiadalah universiti, demikian kata sesetengah orang, setelah mereka pulang dari mendengar ceramah-ceramah kelompok adanya.
            Ramai orang tidak terperi lagi. Hatta, sepertimana kenduri dua tiga buah kampung lagaknya. Kata al-Ariff, kalau seekor dua kucing melompat dan meniti dari satu kepala ke satu kepala manusia dalam mana-mana ceramah itu, maka sepurnamalah kucing itu tiada tidurnya. Dan kiaskanlah juga kepada kepala-kepala SB, HEP dan juak-juaknya di sana.
            Itupun, kalaulah tiada marah kepada kucing yang sedang melompat oleh sekalian orang yang sedang enak mendengar ceramah itu. Jika mereka marah, jangankan sekepala, haram seurat rambut pun tiadalah kucing itu dapat menyentuhnya dek kerana marahnya mereka itu dengan segala kerencaman idea pihak kerajaan adanya.
            “Ceh, kucing durjana. Menyibuk sahaja engkau ini, mahu melompat di atas kepala orang yang sedang enak mendengar ceramah ini, apakah jadahnya?!” jerkah penduduk itu dengan suara serak-serak basah kerana kehabisan suaranya dek jeritan yang tidak sudah-sudah ketika mendengar suara keramat pemidato luar dan dalam adanya. ...
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[Ucapan DSAI di Hotel Istana, Kuala Lumpur, 23 Disember 2005 --- saiz fail --- 40.28 MB sahaja]
                                                (http://s4.yousendit.com/d.aspx?id=2Y0GZIOLEQPI80RW2F7Y8OCJF7)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Encik S. Jayathas adalah salah seorang Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia (Parti Keadilan Rakyat - PKR). Beliau memerlukan bantuan untuk menjalani pembedahan. Kepada sesiapa yang ingin menderma, boleh berbuat demikian melalui kiriman wang ke dalam akaun bank Maybank (104012615192). Segala persoalan, sila hubungi Encik Zukri Aksah di talian 013-9513280. Sekian dimaklumkan ...
http://ibnuamir.multiply.com/photos/photo/18/21.JPG (Bantuan kepada En. S. Jayathas)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
(Suhakam diperbodohkan NC?)
 
http://ibnuamir.multiply.com/photos/photo/18/5.jpg
(Wawancara mengenai dasar pengajaran Sains & Matematik dalam B.I)
 
(Kikiskan 'Mahkamah Peribadi' Dalam Diri Penguatkuasa Undang-undang)
 
http://ibnuamir.multiply.com/journal/item/46 --- (Wanita Melayu juga bermaruah).
http://www.malaysiakini.com/letters/44631 (Wanita bogel: Bukan soal perkauman)
 
H. Fansuri: Tindakan menanggalkan pakaian wanita dalam tahanan polis bercanggah dengan prinsip Islam Hadhari ke-7; "Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita"
 
* * * T A M A T * * *


GARAP (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan) adalah badan amanah pelajar Malaysia yang menjalankan penulisan berterusan untuk memasarkan idea pembangunan bagi usaha pembaharuan sosial. Untuk agenda ini, GARAP memerlukan sokongan moral & modal.Sumbangan dana boleh disalurkan ke Bank Islam; 2-011-02-029707-5

 


Yahoo! for Good - Make a difference this year.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke