Sengketa GPMS berterusan
Oleh: HASHNAN ABDULLAH
BANGI 24 Dis. - Kemelut Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) tercetus semula hari ini apabila dua kumpulan bersengketa mahu mengadakan persidangan agung khas masing-masing di dua tempat berasingan esok.
Kumpulan diketuai oleh Presiden GPMS, Datuk Suhaimi Ibrahim, mahu mengadakan persidangan agung mereka di sebuah hotel, di sini manakala kumpulan pimpinan Timbalan Presiden GPMS yang dipecat, Shahril Rejab di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.
Dengan itu, pelan damai saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 6 Disember lalu berakhir tanpa sebarang penyelesaian muktamad.
Sebelum ini, jawatan Presiden GPMS yang dipegang oleh Suhaimi akan dicabar oleh Naib Presidennya, Reezal Marican Naina Marican.
Bagaimanapun, kemelut itu tercetus kembali hari ini apabila perwakilan dari 135 cawangan
GPMS yang hadir untuk mendaftar bagi mengikuti Persidangan Agung GPMS di sini, ditolak atas alasan ia melanggar perlembagaan persatuan.
Keadaan itu menyebabkan perang mulut antara perwakilan dengan urus setia persidangan.
Bagaimanapun, kekecohan reda apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan cadangan Majlis Belia Malaysia (MBM) selaku badan pemantau persidangan untuk mengadakan perbincangan secara tertutup.
Difahamkan, wakil kumpulan Suhaimi tidak menghadiri perbicangan itu.
Pada sidang akhbar selepas perbincangan itu, Setiausaha Agung Sementara GPMS, Syed Anuar Syed Mohamad berkata, perwakilan dari 135 cawangan GPMS itu telah disahkan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), 2 Disember lalu.
Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya bersedia berunding sekali lagi untuk menyelesaikan kemelut itu agar tidak digantung oleh ROS.
``Tetapi hari ini saya ingin merakamkan dukacita kerana perwakilan dari 135 cawangan
telah dinafikan hak mereka untuk hadir Persidangan Agung Khas bermula hari ini.
``Kami telah serahkan bantahan kepada wakil Presiden MBM untuk membolehkan kita mencari jalan keluar supaya GPMS tidak berpecah dua, dibubar atau digantung oleh pihak ROS,'' katanya.
Setiausaha Agung GPMS, Sobri Ahmad pula ketika dihubungi di sini, hari ini mempertahankan tindakan urus setia persidangan agung khas itu.
Ini kerana, beliau berkata, nama perwakilan dari 135 cawangan itu tiada dalam senarai 2,018 ahli yang sah di sisi perlembagaan GPMS.
``Kami hanya sahkan mereka yang bayar yuran dan lain-lain peraturan perlembagaan GPMS untuk layak mengikuti persidangan dan mengundi bagi memilih pucuk pimpinan,'' katanya.
Do you Yahoo!?
New and Improved Yahoo! Mail - 1GB free storage!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
