Tiada Kebebasan bersuara dalam Parlimen - Dewan Muslimat PAS
Friday, December 23 @ 19:41:50 MYT


ISU PINDAAN Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 semakin memuncak apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Nazri Aziz mengeluarkan arahan kepada semua ahli Dewan Negara Barisan Nasional (BN) supaya menyokong pindaan tersebut. Arahan ini dikeluarkan selepas timbul perasaan tidak puas hati di kalangan senator-senator wanita tanpa mengira fahaman politik tentang ketidakadilan yang wujud dalam rang undang-undang pindaan tersebut.

YB Senator Siti Zailah dan Senator Wan Ubaidah yang baru sahaja meninggalkan Dewan Negara tengahari tadi menyatakan perasaan amat tidak puas hati dengan perjalanan Dewan Negara. Beliau berkata hak kebebasan bersuara bagi ahli Dewan Negara telah hilang kerana semua diminta meluluskan rang undang-undang Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 yang dibentangkan petang ini.
Beliau menambah, ahli Dewan Negara tidak diberi hak bersuara dalam Parlimen yang sepatutnya menjadi medan perbincangan dan perbahasan antara ahli-ahli Dewan sebelum sebarang undang-undang diluluskan. Jika ahli Dewan Negara sudah tidak ada hak bersuara, apatah lagi rakyat biasa, ujarnya lagi. Apa yang diminta oleh ahli-ahli Dewan Negara wanita ialah bukannya untuk tidak langsung meluluskan pindaan tersebut tetapi supaya beberapa seksyen yang dicadang untuk dipinda itu dikaji dan disemak semula. Adakah ini satu permintaan yang terlalu besar sehingga perlu menteri mengeluarkan arahan kepada senator-senator menyokong pindaan itu?
Gabungan beberapa NGO wanita telah mengeluarkan memorandum menyatakan bantahan terhadap cadangan pindaan tersebut. Pindaan yang dicadangkan itu merangkumi kelonggaran pada syarat berpoligami, pembahagian harta sepencarian dan pemberian nafkah kepada anak. Terdapat 27 cadangan pindaan yang sebahagian besarnya melibatkan aspek bahasa dan teknikal. Namun begitu terdapat beberapa peruntukan yang perlu diberi perhatian serius oleh ahli-ahli Dewan.
Jika Rang Undang-undang Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 (Pindaan 2005) ini diluluskan oleh Dewan Negara, ini akan memberikan pelbagai implikasi buruk kepada hak wanita Islam terutamanya dalam masalah poligami. Apabila rang undang-undang diluluskan oleh Parlimen dan digazetkan, tidak ada apa-apa lagi yang boleh dibuat oleh ahli Parlimen dan pihak yang bertanggungjawab terpaksa menguatkuasakan undang-undang walaupun dilihat sama sekali tidak adil. Ini mencatatkan satu peristiwa buruk dalam perundangan Islam di Malaysia.
22 Disember 2005
Unit Undang-undang
Dewan Muslimat PAS Pusat


Yahoo! Photos – NEW, now offering a quality print service from just 8p a photo.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke