Kelantan terus dilimpahi projek pembangunan - MB ![]()
Monday, December 26 @ 19:19:48 MYT
Ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) dari negeri lain yang datang ke Kota Bharu sempena kempen pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir awal Disember lalu diberitahu terkejut dengan kepesatan pembangunannya sekarang.

KOTA BHARU, 26 Dis (Hrkh) Biar pun Kelantan sebelum ini sering ditomah tidak membangun di bawah pentadbiran PAS, namun sekarang isu tersebut seakan-akan tidak kendengaran lagi.
Malah, ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) dari negeri lain yang datang ke Kota Bharu sempena kempen pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir awal Disember lalu diberitahu terkejut dengan kepesatan pembangunannya sekarang.

Hakikat itu diakui pemimpin Umno dari Pahang yang datang
membantu kempen di Peti Undi Slow Machang. Hari ini bandar Kota Bharu terus disendatkan dengan pembangunan yang semakin pesat.
Ditambah lagi dengan sebuah lagi projek yang bakal dibangunkan awal tahun depan.
Projek pembinaan kondotel di Jalan Hamzah membabitkan kawasan seluas dua ekar setengah melibatkan kos sebanyak RM38 juta. Dua bangunan setinggi 19 dan 10 tingkat akan dibina mulai April tahun depan dan dijangka siap Mei 2008.
Projek itu dimajukan Muhajirin Service Aparment Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar (PMB). Perjanjian bersejarah di antara dua pihak itu diadakan di Hotel Perdana hari ini.
PMB diwakili Menteri Besar, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Setiuasaha Kerajaan Negeri, Dato Mohd Aiseri Alias. Manakala Wan Azmi Wan Ismal dan Mohd Rasdi Mustafar mewakili Muhajirin. Syarikat tersebut adalah milik penuh anak Melayu Kelantan.
Wan Azmi yang juga Pengarah Eksekutif Muhajirin berkata, projek tersebut akan menjadi
pemangkin kepada perkembangan ekonomi Kelantan.
PMB pula ditubuh pada 1998 bagi membantu mempercepatkan perkembangan ekonomi negeri ini. Sejak diwujudkan antara projek yang dijalankan termasuk ladang kelapa sawit seluas 12,898 ekar yang dimajukan pada tahun 2000 dan tahun ini seluas 2,000 ekar lagi diluluskan juga bagi penanaman kelapa sawit. Kedua-dua projek terletak di Gua Musang.
Selain itu, PMB juga terlibat memajukan kawasan seluas 1,448 ekar di Tunjung bagi mewujudkan bandar Islam Pintar. Pembangunan di kawasan tersebut akan dimulakan pada Jun tahun depan.
Projek yang dijalankan ini secara tidak langsung dapat menolak tomahan yang mengatakan Kelantan tidak membangun di bawah kerajaan PAS. Kita boleh lihat sendiri pembangunan di Kota Bharu sekarang begitu pesat, kata Menteri Besar.
Beliau berkata, projek kondotel menjadi pemangkin bagi perkembangan sektor pelancongan dan perhotelan di negeri ini.
Katanya, terdapat lima objektif utama
pembangunan projek tersebut iaitu memajukan tanah milik persendirian, menjana pertumbuhan ekonomi, membuka peluang pelaburan dalam konsep reka, bina dan jual, menyediakan penempatan kepada rakyat dan menampung permintaan bilik hotel yang tinggi terutamanya di musim cuti persekolahan.
Setiap unit kondotel itu dijual dengan harga RM178,000 yang lengkap dengan kemudahan perabot serta mengandungi tiga bilik tidur. Difahamkan pembeli kondominium tersebut boleh menyewakan kepada orang lain dengan kadar RM1,100 sebulan.
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
Urusan bagi penyewaan semula itu dikendalikan Muhajirin Service Sdn Bhd. Selain itu, kemudahan kolam renang juga disediakan. Bilangan unit kondotel sebanyak 221 unit. Terdapat juga tujuh unit ruang perniagaan dan tiga dewan seminar serta surau.
Lokasi Kondotel Muhajirin terletak bersebelahan KB Mall yang menempatkan Pacific Hypermarket dan perhentian bas Jalan Hamzah.
- mJ
- mJ
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.