Maksud yg ingin disampaikan oleh senator tersebut cik dina ialah, di Malaysia ni masih ramai lagi orang susah. Tak perlulah ada pihak nak menuding jari pada mana-mana pihak...seperti ada pihak kata..."tengok negeri tu miskin sebab bukan kami yg memerintah, cuba kami yg memerintah pasti kemiskinan dapat dihapuskan"...realitinya....tempat yg dia perintah dari sejak merdeka pun masih ada orang susah. Habis nak kata apa.........
abuaizat.
dina scully
think out from box..
why does tv3 tak pi kelantan utk cari org susah masuk rancangan bersamamu?
1) tv3 taknak cari kontorversi pergi ke negeri yang sah-sah tv3 nampak sangat nak "cari pasal" kalau siarkan..yelah, kang disiarkan nanti dikatakan "stesen televisyen UMNO" pula
2) Kenapa Tuan Senator menjadikan rancangan tersebut sebagai SATU KAYU UKUR PENANDA ARAS KEMISKINAN, means kalau tiada org miskin dari negeri tertentu yang masuk rancangan tu, maknanya negeri tu takde orang miskin lah?
emmm...........sepatutnya setiap negeri kena ada satu rancangan khas bersamamu. TV3 should create "Bersamamu-Selangor", "Bersamamu-Pahang", "BersamaMu-Klantan"...biaq sume wakil2 rakyat nih celik mata sket..............
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Mustafa gagal kemuka jumlah rakyat Kelantan terlibat dalam program Bersamamu TV3[IMAGE]
Monday, December 12 @ 13:14:16 MYT
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Hrkh) - Masalah kemiskinan masih terus menghantui rakyat Malaysia terutamanya mereka yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman, meskiupun kerajaan telah melancarkan program membasmi kemiskinan sejak 30 tahun lalu.
Kemiskinan di kalangan kaum bumiputera pula dilihat amat ketara di mana sebagai contoh jurang pendapatan kaum Melayu amatlah tinggi berbanding kaum Cina di negara ini.
Di Sabah dan Sarawak, isu kemiskinan sering menjadi bualan, malah laporan mengenai kedhaifan rakyat di negeri itu sering dipaparkan dalam media elektronik mutakhir ini.
Tambahan pula mutakhir ini ahli Parlimen dari dua negeri itu sering membangkitkan persoalan mengenai jurang kemiskinan di negeri mereka yang amat ketara berbanding negeri di Semenanjung Malaysia.
Begitupun di Dewan Negara hari ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Mustafa Muhammad yang menjawab soalan berhubung soal kemiskinan mengkritik kerajaan PAS Kelantan pimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurutnya, masalah kemiskinan di negeri Cik Siti Wan kembang itu amat membimbangkan, malah beliau mendakwa kerajaan PAS tidak mampu membela nasib rakyat Kelantan.
Ia amat ketara apabila rombongan jemaah menteri dan anggota Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Pasir mendapati ramai rakyat miskin di kawasan tersebut.
Marah dengan kenyataan Mustafa itu wakil PAS, Senator Wan Ubaidah Omar bingkas bangun untuk membalas semula kenyataan menteri tersebut.
"Saya nak tahu, berapakah bilangan rakyat Kelantan yang dikatakan miskin yang dipaparkan dalam program bersamamu yang ditayangkan oleh TV3," soal Wan Ubaidah.
Mustafa bagaimanapun gagal menjawab soalan itu dan hanya menyatakan beliau tidak sempat menonton rancangan tersebut akibat sibuk dengan urusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir sebelum ini.
Program realiti TV, Bersamamu yang ditayangkan di TV3 sebelum ini banyak memaparkan kisah kedhaifan rakyat Malaysia khasnya yang berada di pedalaman.
Begitupun daripada laporan yang disediakan stesen televisyen swasta itu kebanyakannya paparan mengenai rakyat miskin ialah mereka yang tinggal di negeri Sabah, Sarawak, dan rakyat miskin di tengah ibu kota Kuala Lumpur.
Sebagai contoh, ada kes di sebuiah negeri yang diperintah BN, rakyatnya terpaksa makan Siput Babi untuk dijadikan lauk akibat kemiskinan.-wn.
Yahoo! Cars NEW - sell your car and browse thousands of new and used cars online search now
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
- [EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.



