Sambutan Tahun Baru 2006 di Rembau selama 4 hari
bermula 28 Dis hingga 31 Dis akan diadakan Peraduan
Teka Kacang, dimana untuk setiap tekaan akan dikenakan
bayaran RM 5 dan hadiah utamanya ialah sebuah kereta
Kancil. Apa yang di teka tidak dapat dipastikan, cuma
pada kebiasaannya ialah meneka berapa banyak jumlah
kacang dalam satu balang.

Saya bertanyakan kepada beberapa orang ustaz mengenai
hukum peraduan teka kacang yang sedemikian. Semua
mereka menjawab ianya ada unsur judi melainkan kalau
diubah syaratnya iaitu sesiapa sahaja boleh menyertai
peraduan tersebut tanpa bayaran, atau mereka yang
membeli barangan yang melebihi jumlah tertentu layak
menyertai peraduan tersebut.

Terakhir saya bertanya kepada Us Syafie di Jabatan
Mufti N.Sembilan, dimana beliau memberi pendapat yang
sama. Justeru itu saya berharap agar mereka yang lebih
arif dalam bidang hukum hakam ini agar dapat
menasihati kepada penganjur sambutan tahun baru 2006
di Rembau agar mengubah sedikit syarat peraduan teka
kacang tersebut untuk mengelakkan kita semua
bersubahat dalam unsur perjudian ini, melainkan ada
pendapat lain yang mengatakan ianya dibenarkan.

BERITA HARIAN 27 Dis 2005 
 
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/EdisiTengah/20051227092924/Article/

Teka kacang ambang 2006 dapat Kancil 

REMBAU: Orang ramai yang mengunjungi majlis sambutan
Rembau D' Ambang 2006 yang diadakan selama empat hari
bermula esok di Dataran Rembau, Padang Majlis Daerah
Rembau berpeluang memenangi sebuah kereta Perodua
Kancil bernilai RM27,000.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Rembau D' Ambang 2006,
Abdul Aziz Lamin, berkata hadiah kereta Kancil itu
ditawarkan menerusi peraduan "Teka Kacang" yang turut
menawarkan pelbagai hadiah sampingan lain.

Beliau berkata, mereka yang ingin mencuba nasib
menyertai peraduan itu akan dikenakan bayaran RM5 bagi
setiap percubaan.

Katanya, majlis sambutan itu yang turut menyediakan
pelbagai acara menarik seperti pesta sukan rakyat,
ekspo usahawan, persembahan kebudayaan, forum perdana,
senamrobik, konsert 60-an dan kejohanan futsal
dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Chembong, buat julung kali.

"Antara matlamat majlis sambutan ini ialah
meningkatkan persefahaman, kerjasama dan silaturahim
di kalangan rakyat berbilang kaum di daerah ini,"
katanya.

Abdul Aziz berkata, acara kemuncak majlis itu ialah
mengira detik sempena sambutan tahun baru dan
pertunjukan bunga api yang dijadual bermula jam 9
malam, Sabtu ini.

Katanya, Pengerusi Jawatankuasa Tenaga, Air dan
Komunikasi, Datuk Mohamad Rais Zainuddin yang juga
Adun Chembong akan turut serta bersama orang ramai
mengira detik tahun baru itu.

Orang ramai yang berminat menyertai pelbagai program
yang diadakan itu boleh menghubungi Pusat Khidmat
Dewan Undangan Negeri Chembong di Rumah Umno Rembau
atau Pejabat Pengerusi Jawatankuasa, Tenaga, Air dan
Komunikasi di Wisma Negeri, Seremban.


 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 





        
                
__________________________________ 
Yahoo! for Good - Make a difference this year. 
http://brand.yahoo.com/cybergivingweek2005/




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke