|
!
Rujukan Kami : Q-10-3/8 Jld. 5 (11) 2005 KENYATAAN MEDIA 30 Disember
2005 Kekalkan Pembatalan Sambutan Tahun
Baru Pertubuhan Jamaah Islah
JIM memuji pendirian Kerajaan yang membatalkan semua acara sambutan tahun baru yang berbentuk pesta pada tahun 2005 kerana bersimpati dengan tragedi tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang lalu. JIM berpandangan sambutan tahun baru perlu diisi dengan acara berbentuk positif dalam rangka membentuk rakyat yang berakhlak dan memelihara batas-batas agama dan kebudayaan. JIM menggesa Kerajaan untuk mengekalkan pendirian tahun lalu dengan membatalkan sambutan berbentuk pesta hiburan serta menggantikannya dengan acara berbentuk kesyukuran, memohon keselamatan, keamanan, keadilan dan perlindungan dari sebarang bentuk kejadian yang tidak diingini. Ini memandangkan: 1. Pengalaman sebelum ini menunjukkan pesta tahun baru melorongkan jalan kepada perbuatan maksiat serta keruntuhan akhlak golongan muda. Kemelut sosial yang melanda masyarakat kini amat membimbangkan dan tidak wajar kerajaan menyokongnya dengan menjayakan sambutan ala Barat. 2. Dunia masih
dirundung 3. Kewajaran mengelak dari pembaziran terutama dalam keadaan yang ekonomi yang tidak menggalakkan kini. 4. Terbukti pembatalan sambutan tahun lepas tidak mendatangkan sebarang mudarat. Zaid bin Kamaruddin Presiden -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS
|

