Mungkin kerosakkan akhlak yang teruk yang melanda umat Melayu/Islam dinegara ini ada kena mengena dengan pendapat Islam yang liberal yang menghalalkan sesuatu yang haram jika keadaan "mendesak"seperti melacurkan diri untuk mencari nafkah untuk diri dan anak-anak.
Zainah dan Rena mungkin sudah menbaca "fatwa" yang dikeluarkan oleh seorang tokoh agama wanita terkenal dinegara ini mengenai perkara ini dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian mereka. Zainah dan Rena bolehlah merujuk kepada tokoh agama berkenaan diakhirat nanti jika ada sebarang pertanyaan mengenai bidang kerjaya mereka nanti. >>> syed dahij 26/12/2005 18:48:19 >>> Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Wanita Melayu menari bogel: Rosak bangsa kerana leka ROSLAN SMS Pepatah Melayu ada menyebut: Rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana leka Untuk kesekian kalinya saya tekankan orang Melayu ini sesungguhnya hanya akan disegani dan dipandang mulia apabila mereka menatang Islam laksana minyak yang penuh. Menjunjung dan berpegang teguh padanya, berjaga dan berhati-hati agar sedikit pun minyak yang tak ternilai itu tadi tak tumpah lansgung. Walaubagaimanapun jika ia lalai, jika ia ambil tak kisah, jika ia mensasarkan kepentingan selain dari Islam, pasti minyak tadi bukan hanya akan tumpah malah ianya nanti menjadi sia-sia dan tidak lagi berguna dan berharga. Akhbar-akhbar tempatan hari ini melaporkan darihal empat orang wanita Melayu Islam iaitu: Zainah Abdul Rahman, 23, Nor Ain Mamis, 20, Zaleha Rahim, 30, dan Rena Miasin, 25 Mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan melakukan perbuatan lucah (membogelkan diri) sehingga menimbulkan kegusaran iaitu satu kesalahan mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahannya boleh dihukum penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali. Apakah sebenarnya pertuduhan terhadap mereka itu? Mengikut pertuduhan, pada 16 Disember lalu jam 10.45 malam bertempat di China Town Night Club, 86, Jalan SS21/12, Damansara Utama, Zainah dan Rena yang masing-masing adalah ibu beranak satu serta Nor Ain dan Zaleha kesemuanya bekerja di kelab tersebut.didakwa melakukan perbuatan lucah iaitu membogelkan diri sehingga mendatangkan kegusaran terhadap orang awam. Menurut laporan ketika pihak polis membuat serbuan keempat-empat tertuduh sedang asyik mempersembahkan tarian bogel di dalam sebuah bilik khas di kelab malam tersebut untuk meraikan harijadi seorang lelaki bergelar DATUK, yang merupakan warga Singapura. Menurut rekod kakitangan kelab yang sama pernah didakwa sebelum ini atas kesalahan yang sama. Soal samada keempat-empat wanita itu benar-benar bersalah ataupun tidak, biarlah kita serahkan pada mahkamah untuk memutuskannya. Namun satu hakikat yang pahit yang perlu kita terima bahawa inilah nasib anak-anak Melayu Islam pada hari ini. Oleh kerana kita yang mengizinkan wujudnya kelab-kelab malam, dan pusat-pusat maksiat seumpama ini, maka tak secara langsung kita membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak bangsa untuk mencari rezeki di sana. Kerana itu setakat di Lembah Kelang dari Pelabuhan Kelang ke Petaling Jaya, Kelana Jaya, Subang Jaya sehinggalah ke Kuala Lumpur jangan terperanjat kalau kita lihat anak-anak Melayu Islam (termasuklah yang telah berkeluarga dan beranak sebagaimana dalam kes ini) bekerja di pusat-pusat hiburan, kelab-kelab malam seumpama ini samada sebagai pelayan, bartender, GRO ataupun penari-penari lucah semata-mata kerana ianya tidak dilarang dan dihalang oleh pihak yang berwajib. Anak Melayu membancuh arak, anak Melayu dengan pakaian menjolok mata menghidang arak dan anak Melayu merela tubuhnya digomol dan diperlakukan semata-mata kerana alasan mencari rezeki. Hakikatnya demikianlah anak-anak Melayu Islam pada hari ini, jika dizaman 50an dan 60an dahulu istilah wanita kabaret adalah istilah yang jalang dan hina dalam masyarakat Melayu, hari ini anak-anak Melayu berbangga bekerja di tempat-tempat ini kerana pendapatan mereka lumayan, dan mereka juga tidak keberatan melakukan apa sahaja, lantaran mereka tidak lagi merasakan turut sama-sama menatang dan memikul minyak yang dimaksudkan tadi. Bagi kita yang memandang kecil perkara ini, pasti tidak merasa tersinggung sedikit pun apabila membaca kes wanita Melayu Islam memperagakan tubuh untuk memuaskan nafsu serakah pelanggan mereka. Manakala bagi kita yang bimbang, kita yang tersentuh perasaan, maka wajar sangatlah kita bersama-sama menginsafkan diri dan mengajak yang lain agar bersama-sama kembali kepada Islam. Bersama-sama kita memikul dan menatang minyak yang berharga itu walau apa yang ada di hadapan dan di sekeliling kita. Awas, jika kita lalai dan gagal, jika kita leka, maka sebagaimana maksud pepatah Melayu di awal tadi, akan rosak dan punahlah bangsa dan agama yang tercinta ini. SILA KE BLOG ROSLAN SMS http://n32.blogspot.com/ --------------------------------- Yahoo! for Good - Make a difference this year. --------------------------------- Yahoo! Photos * NEW, now offering a quality print service from just 8p a photo. DISCLAIMER: This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and other information in this e-mail that do not relate to the official business of Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is excluded to the fullest extent permitted by law. ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
