Zaidah Rakon <[EMAIL PROTECTED]

29-12-05 10:34 AM
----- Original Message -----
From: "Masni Mahat" <[EMAIL PROTECTED]
----- Original Message -----
From: "Aziz Mokhtar" <[EMAIL PROTECTED]
To: <[EMAIL PROTECTED]
Sent: Thursday, December 15, 2005 4:43 PM
Subject: Utk Panduan - JAKIM

Q : Adakah makanan berasakan daging lembu dan ayam dari Restoran Western
Food seperti CHILI's dan Victoria Station disahkan HALAL oleh JAKIM ?

A : rangkaian kedai makan western food seperti Chilli's dan Victoria
Station tidak tersenarai sebagai pemegang sijil halal JAKIM,untuk
makluman, adalah menjadi polisi JAKIM tidak akan memberi pengesahan halal
kepada
mana-mana restoran yang mendakwa menjual makanan halal tetapi dalam masa
yang sama turut menyediakan minuman tidak halal atau menu yang tidak
halal seperti menyediakan steak yang menggunakan arak sebagai bahan dalam
masakan. nn

(TGIF pun ada jual masakan bercampur dgn arak-pen)

----------------------------------------------------------------------------

Q : Sila beri penjelasan berkenaan dengan status kehalalan Starbucks.
Sekiranya pihak Starbucks atau pihak mana-mana sekalipun masih belum
menghantar permohonan sijil halal, diharapkan pihak JAKIM dapat mengambil
initiatif untuk menunaikan hak mereka selaku sebuah organisasi yang
berkaliber. Terima Kasih

A : starbucks tidak tersenarai sebagai pemegang sijil pengesahan halal
JAKIM,oleh itu JAKIM tidak mempunyai maklumat bahan-bahan yang digunakan
di restoran ini sama ada halal atau tidak. Untuk makluman, pengesahan halal
JAKIM adalah dipohon secara sukarela,terpulang kepada syarikat sama ada
mereka berminat untuk mendapatkan pengesahan halal JAKIM atau tidak.
Inisiatif untuk mendapatkan logo halal JAKIM perlu dilakukan oleh pihak
syarikat sendiri bukannya JAKIM, sekiranya mereka sensitif dan pek! a
dengan keperluan pengguna Muslim dan ingin menarik lebih ramai pelanggan
maka merekalah yang perlu mengambil tindakan. nn

----------------------------------------------------------------------------

Q : Assalamualaikum, Say! a diberitahu bahwa syarikat colgate telah gagal
mendapatkan logo halal. Ini disebabkan pihak colgate telah menggunakan
kalsium yang diambil dari tulang babi. Sebenarnya saya telah menggunakan
colgate dari kecil lagi. Saya inginkan kepastian supaya jika ia tidak
halal dan mengandugi tulang babi, saya akan hentikan serta merta
penggunaannya.
Terima kasih.

A : Untuk makluman produk colgate adalah halal dan selamat digunakan oleh
pengguna muslim, sungguhpun produk ini dibuat di Thailand, terdapat badan
islam di Thailand yang telah dilantik oleh JAKIM yang mengawasi prosesan
produk ini sentiasa halal dan selamat digunakan oleh orang islam. Dakwaan
mengatakan produk ini tidak halal adalah tidak benar. nn

----------------------------------------------------------------------------

Q : Assalammualaikum. Saya mempunyai kemuskilan mengenai beberapa makanan
se! gera di malaysia dimana kebanyakkannya disediakan dalam keaadaan
tidak begitu sempurna tetapi memiliki sijil halal dari JAKIM.
Saya sering mendapat email mengenai makanan segera seperti KFC dimana
didalam email tersebut menerangkan:-
1. Ayam disembelih dalam keaadan digantung
2. Disembelih dalam keaadaan tidak mati sepenuhnya lalu dicelup kedalam
air
panas.
3. Disembelih oleh orang perempuan
4. Mati dalam perjalannan kekilang penyembelihan dalam keaadaan seperti
bangkai tetapi tetap digantung dan disembelih. Jadi KESIMPULANNYA ... SAH
KE SIJIL JAKIM YANG DILULUSKAN UTK KFC dan boleh ke dimakan?

A : KFC telah mendapat sijil pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan
dan sentiasa diawasi bahawa penyembelihan ayam untuk KFC adalah sah dan
menepati syarat yang ditetapkan oleh hukum syarak. Sekiranya orang ramai
masih meragui sijil halal y! ang dikeluarkan oleh JAKIM sebuah agensi
kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pengesahan halal
di Malaysia, maka rujukan halal manakah lagi yang boleh dipegang oleh orang
ramai? Orang ramai sepatutnya lebih bijak menilai maklumat yang diterima
adakah benar atau hanya khabar angin yang disebarkan tanpa rujukan yang
benar yang sengaja disebarkan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu
terutamanya persaingan didalam perniagaan

----------------------------------------------------------------------------

Q : Assalamualaikum, Baru-baru ini, suami saya telah membeli satu balang
gula-gula jenama Cadbury dan sekarang ini iklannya tersiar di TV -iklan
mengenai sampul hari raya.Anak saya ternampak kod ! E471 di bahagian
balang tersebut dan mengetahui yang ianya termasuk dalam sumber yang tidak
halal.Beliau keliru dengan logo tanda halal dan kod E471 tersebut. Saya
mohon
kepastian pihak tuan berhubung perkara ini.

A : Syarikat Cadbury Malaysia telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan
telah dipastikan setiap produk yang dikeluarkan oleh kilang ini adalah
halal dan menggunakan bahan yang halal. E471 yang digunakan didalam
coklat cadbury ini telah dipastikan dari sumber yang halal iaitu berasaskan
tumbuhan. E471 boleh dihasilkan dari 2 sumber iaitu tumbuhan atau pun
haiwan. Bukan semestinya semua E471 adalah haram, perlu dikenalpasti
dahulu bahan asas yang digunakan untuk menghasilkan E471 itu terlebih
dahulu.
Sekiranya bahan asasnya adalah tumbuhan, E471 itu adalah halal.

----------------------------------------------------------------------------

Q : ASSALAMUALAIKUM... SAYA INGIN MENGETAHUI STATUS RANGKAIAN RESTORAN
SECRET RECIPIE...ADAKAH SYARIKAT INI TELAH MENDAPATKAN/MEMOHON SIJIL
HALAL DARI JAKIM...
SETAHU SAYA RAMAI DI ANTARA PENGGUNJUNG KE RESTORAN INI TERDIRI DARIPADA
MUSLIMIN/MUSLIMAT... SELAIN KEK..TERDAPAT BANYAK LAGI HIDANGAN-HIDANGAN
LAIN DISEDIAKAN. SEKIAN, TERIMA KASIH

A : wslm, Syarikat secret recipe telah mendapat sijil halal dari jakim.
Sekian terima kasih

----------------------------------------------------------------------------
Q : Adakah Jakim mengiktiraf produk-produk yang disahkan halal oleh
IFANCA, USA (maklumat organisasi seperti di bawah) kerana IFANCA mendakwa
ia
telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk mengiktiraf perihal halal nya
produk-produk dari Amerika. Saya telah membeli produk kesihatan SUPA EPA
edaran COSWAY yang disahkan halal oleh IFANCA. Pada bungkusan produk
dinyatakan sumber gelatin adalah dari 'Bovine'. Saya telah cuba mencari
siapakah pengendali / pihak pengurusan IFANCA untuk memastikan kelayakan
mereka di dalam mengiktiraf halal nya sesuatu produk tersebut tetapi
gagal. Di harap pihak Jakim dapat memberikan pandangan berhubung perkara
ini.
Terima kasih.

A : IFANCA adalah badan islam yang telah dilantik oleh JAKIM untuk
memberi pengesahan halal bagi produk dari USA terutamanya daging dan produk
berasaskan daging. Terdapat 2 lagi badan islam dari USA yang juga telah
dilantik oleh JAKIM untuk memberi pengesahan halal kepada produk dari US
yang dieksport ke Malaysia iaitu : Halal Food Council South East Asia
dari Salisbury dan Islamic Services America dari Iowa.

----------------------------------------------------------------------------

Q : Assalamualaikum,
Saya memohon kepastian daripada pihak yang arif di JAKIM mengenai E471.
Adakah ada E471 yang halal? Tidak pula pernah saya jumpa E471 yang halal
sumbernya. Boleh dikatakan semua makanan keluaran London Biscuits
menggunakan E471..

A: Merujuk kepada senarai pemegang sijil halal JAKIM, London Biscuit
adalah tersenarai sebagai pemegang sijil halal JAKIM dan telah dipastikan
oleh
pegawai teknologi makanan JAKIM bahawa emulsifier (E471) yang digunakan
adalah halal iaitu bahan yang berasaskan tumbuhan. Untuk maklum! an,
emulsifier E471 boleh diperbuat daripada dua sumber iaitu tumbuhan dan
haiwan. JAKIM menerima emulsifier (E471) yang berasaskan tumbuhan sebagai
halal. Manakala emulsifier yang diperbuat dari haiwan dikategorikan
sebagai haram.

----------------------------------------------------------------------------

Q : ASSALAMUALAIKUM... Adakah kuih bulan jenama KAM LUN TAI telah
dihalalkan balik??

A : Kuih bulan jenama Kam Lun Tai telah mendapat sijil halal dari JAKIM.

----------------------------------------------------------------------------
Q : saya menyemak hotel yang disenaraikan mempunyai hidangan halal dalam
laman JAKIM dan didapati tiada hotel di Langkawi dan Kedah da! lam
senarai tersbut. Mohon maklum balas.

A : Memang tidak terdapat senarai hotel di Kedah dan Langkawi di dalam
Portal Halal JAKIM.Ini kerana hotel tersebut tidak memohon sijil halal
daripada Jabatan Agama Islam Kedah.Oleh itu saudari boleh mencadangkan
supaya hotel tersebut memohon sijil halal kepada Jabatan Agama Islam
Kedah.

----------------------------------------------------------------------------

Q : ASSALAMMUALAIKUM, BARU- BARU INI SAYA MENERIMA E-MAIL YANG MENGATAKAN
PRODUK KELUARAN HIGH 5 ADALAH TIDAK HALAL UNTUK DIMAKAN. OLEH YANG
DEMIKIAN SAYA AMAT BERHARAP AGAR PIHAK TUAN DAPAT MENGESAHKAN PEKARA INI.
SEKIRANYA PRODUK TESEBUT TIDAK HALAL DIMAKAN MENGAPA TERDAPAT LOGO HALAL,
YANG
BOLEH MENGELIRUKAN PENGGUNA.

A : W'salam Saudari yang dihormati, Produk keluaran high-5 tel! ah
mendapat pengesahan halal JAKIM dan setakat ini merupakan pemegang sijil
halal
JAKIM
yang komited. Harap maklum

----------------------------------------------------------------------------

Q : Saya ingin meminta pengesahan JAKIM tentang status produk Ayam 5 Star
yang dikeluarkan oleh Perniagaan Pertiwi, yang beralamat di Senawang
N.Sembilan. Ini kerana di pembungkusannya terdapat logo HALAL dan popular
di kalangan orang-orang Islam kerana rasanya, dan banyak di
pasaran-pasaran
hypermarket.

A : w'salam Saudara yang dihormati, Sukacita dimaklumkan bahawa produk
keluaran syarikat tersebut telah mendapat pengesahan halal daripada
JAKIM. Terima kasih atas pertanyaan anda.

----------------------------------------------------------------------------

Q : Adakah kabanyakan kerongsong pil-pil mengandungi bahan dari babi?

A : w'salam Saudari yang dihormati, Kerongsong pil (kapsul) ubat
mungkin dibuat daripada gelatin iaitu sejenis bahan yang didapati daripada
sumber
haiwan sama ada lembu,khinzir atau ikan. Terdapat juga kapsul yang dibuat
daripada tumbuhan yang dipanggil vegicap. Sila rujuk label ubat/pil untuk
keterangan lanjut.

----------------------------------------------------------------------------

Q : Tuan, sepanjang saya tinggal di Batu Pahat, terdapat dua buah premis
restoran yang mempamerkan logo halal di pintu kedai masing-masing.
Tetapi, yang pastinya mereka menjual minuman keras. Satu daripadanya yang
saya
lihat ialah Restoran Grill yang terletak bersebelahan Maybank jalan
Rahmat (Bukit Pasir). Apakah tiada seorang Muslim pun yang ambil kisah atau

tiada yang perasan. Harap ada tindakan susulan dibuat demi menjaga umat
Islam.
Terima kasih.
Note-premis satu lagi akan saya maklumkan nanti. Ini kerana saya pernah!
diajak kawan makan kat situ. Masuk aje, dah berbau masam - bau arak.
Walhal kat dalam tu ada beberapa keluarga muslim sedang makan. Tak pekakah
mereka tu?

A : Sebagai makluman kepada semua pengguna Muslim, JAKIM tidak akan
memberi pengesahan halal kepada mana-mana restoran yang turut menjual
minuman
arak walau pun pihak restoran mendakwa makanan yang disediakan adalah
halal.
JAKIM mengambil kira dari segi penggunaan perkakasan di restoran-restoran
terbabit didapati terdapat percampuran penggunaan seperti pinggan
mangkuk, cawan, periuk, belanga, sinki dan sebagainya dimana tiada
pengasingan
antara perkakasan untuk minuman/makanan halal dan tidak halal.
Dinasihatkan kepada para pengguna Muslim agar tidak terpedaya dengan
dakwaan bahawa
makanan yang disediakan adalah halal tetapi dari segi penggunaan
perkakasan adalah bercampur aduk dengan yang digunak! an untuk
makanan/minuman tidak
halal.

----------------------------------------------------------------------------

Q : Assalamualaikum Saya inginkan penjelasan dr pihak JAKIM. Saya telah
mencari dlm web JAKIM tapi tdk ternampak samada produk COSWAY adalah
halal. Adakah produk COSWAY semuanya halal?

A : w'salam Saudari yang dihormati, Tidak kesemua produk Cosway mendapat
pengesahan halal J! AKIM kerana sesetengahnya adalah barangan yang
diimport dan ada juga yang sedang membuat permohonan pensijilan halal. Sila
rujuk
semula kepada produk dan nama pengilang untuk membuat pengesahan status
halal sesuatu produk tersebut. Sekian, dimaklumkan.





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke