Jangan sambut tahun baru dengan berpesta-pestaan![]()
Wednesday, December 28 @ 15:20:22 MYT
Oleh MOHD SABRI SAID
SUNGAI PETANI, 28 Dis (Hrkh)- Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi diminta mempertahankan keputusannya supaya semua pihak tidak menyambut tahun baru dengan berpesta.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mahfuz Haji Omar ketika mengulas perkara itu menambah, keputusan itu diambil takkala rakyat ditimpa musibah tsunami pada akhir tahun lalu.

Menurut Dato' Seri Abdullah, sambutan tahun baru tidak wajar disambut dalam keadaan rakyat sedang berduka sebaliknya menyeru rakyat menyambut di rumah ibadat mengikut agama masing-masing.
"Nampak gayanya keputusan Perdana Menteri tidak diperdulikan lagi apabila banyak pihak bersiap sedia menyambut tahun
baru seperti biasa. Walhal tahun ini juga rakyat khususnya di timur dan utara negara mengalami banjir luas biasa sehingga hampir menenggelamkan Negeri Perlis Indera Kayangan, " jelasnya.
Lagipun tegasnya, tsunami baru setahun berlalu dan masih dalam ingatan penduduk negara ini.
Tindakan Perdana Menteri tahun lalu, menampakkan keberkesanan apabila semua pihak menukar gaya sambutan dengan cara masing-masing.
"Orang Islam boleh sambut dengan bacaan Yasin atau sembahyang hajat. Saya kira agama lain juga boleh menerima keputusan kerana terlibat dengan penderitaan, " terang beliau yang juga presiden Institut Pengembelingan dan Pembangunan Komuniti (IMPAK).
Tambahan lagi, sekarang ini bukan sahaja Malaysia bahkan dunia dalam keadaan bersedih dengan peristiwa gempa bumi di Asia Selatan, pembunuhan di Selatan Thailand, Taufan Katrina melanda Amerika Syarikat dan sebagainya.
Jelas Haji Mahfuz, tidak guna sambutan tahun baru diadakan kerana ia akan menelan
belanja besar terutamanya upacara bunga api.
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
"Dato' Seri Abdullah kena prihatin tentang perkara ini memandangkan banyak peristiwa berlaku menjelang tahun baru kali ini, " tambahnya.
Harakahdaily difahamkan kumpulan pemuzik dari Indonesia, Peterpan akan mengegarkan Stadium Negara pada 1 Januari 2006 dalam satu konsert besar-besarannya di Negara Islam Malaysia.
-zs
-zs
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.