Ada pulak undang2 sivil yang boleh overwrite undang2 syariah, undang2 syariah utk kelas dua sahaja. Orang2 islamlah kelas 2.
Cara penyelesaian ialah follow what ever its take, kalaupun pahit, telan saja. Jadikan pengajaran untuk masa depan.
Rupa2nya 'negara islam' bukan hanya sekadar sebutan dan deklarasi. Kini kita diuji perkara kecil yang sebegini rupa pun dah jadi besar
[EMAIL PROTECTED] wrote:
[EMAIL PROTECTED] wrote:
Dalam beberapa hari ini kecoh tentang isu tuntutan mayat Koperal Moorthy atau Mohammad bin Abdullah antara keluarganya yang beragama Hindu dan umat Islam yang diwakili oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Sebagai umat Islam urusan Jenazah sehinggalah ke upacara pengebumiannya adalah menjadi fardhu Kifayah kepada mereka. Kiranya kita kalah, maka semua kita menanggung dosanya termasuk penulis kerana gagal menyempurnakan fardhu Kifayah ini.Setelah dibawa kes ini ke mahkamah Syariah dengan buktinya sekali, maka Hakim mahkamah Syariah telah memutuskan allahyarham sebagai seorang muslim dan hendaklah kesempurnakan jenazahnya mengikut agamanya iaitu Islam.Keluarga Moorthy pula membawa kes ini ke mahkamah sivil dan afidavitnya difailkan, ini menyebabkan urusan pengebumian terpaksa ditangguhkan sehingga Mahkamah Tinggi membuat keputusannya kelak.Persoalannya di sini adalah salah siapa?Adakah keluarga Moorthy yang bertungkus lumus menjaga beliau semasa hayatnya sebagai OKU wajar melepaskan beliau?Mengapa umat Islam tak kiralah UMNO, PAS, PKR, ABIM, JIM, TABLIGH, ARQAM dan NGO-NGO Islam mengabaikan beliau semasa hayatnya? Sedangkan beliau adalah muallaf atau saudara baru yang wajib diberi pertolongan. Kalau nak dikatakan tak tahu, beberapa kali rintihan wira Everest itu keluar dalam akhbar arus perdana walaupun Harakah dan Harakahdaily tidak pernah menyirakannya.Sesungguhnya, Allah Maha Kaya. Sesuatu tragedi yang berlaku ke atas ummah tentu ada hikmah disebaliknya. Ini suatu peringatan kepada umat Islam, betapa pentingnya menjaga kebajikan saudaranyua. Bukankah umat Islam itu digambarkan umpama sebuah tubuh badan, apabila sakit suatu anggota badan, maka bersakit-sakitlah anggota lain sehingga tidak dapat tidur lena.Di suatu sudut yang lain, menggambarkan status Mahkamah Syariah lebih rendah dari status Mahkamah Sivil. Ini menuntut umat Islam terutama yang terlibat dengan perundangan supaya memartabatkan lagi Mahkamah Syariah supaya lebih tinggi dari Mahkamah Sivil atau sekurang-kurangnya sama setaraf.Mungkin dengan peristiwa ini umat Islam akan dapat pengajaran tersendiri. Negara yang majoriti orang Islam, kenapa tidak ditegakkan undang-undang Islam? Masyarakat Islam yang jumlahnya banyak malah digelar masyarakat penyayang, kenapa masih ada OKU yang diabaikan?Wallahua'lamÂ….
--
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan Seluruh Alam"
PakNgah70
http://pakngah70.blogspot.com/
Yahoo! for Good - Make a difference this year.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
