5 orang pelajar cemerlang lepasan PMR di DUN Kota,
daerah Rembau akan menerima sumbangan RM300 seorang
sumbangan daripada Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau.
3 daripada pelajar berkenaan adalah merupakan pelajar
dari Sek Men Dato' Astana Raja yang memperolehi
keputusan 6A 2B manakala 2 orang pelajar lagi dari
Sekolah Haji Ahmad Yatim, Ulu Gadong yang mendapat 5A
3B. 
 
Kelima-lima pelajar berkenaan berasal dari keluarga
yang kurang berkemampuan dan dimaklumkan ibubapa
pelajar berkenaan meminta bantuan daripada Dewan
Muslimat PAS Kawasan Rembau , untuk menguruskan
pendaftaran kemasukan anak-anak mereka ke sekolah
berasrama. Hari ini sejumlah RM1500 wang pos telah di
sediakan dan ianya bakal di salurkan kepada
kelima-lima pelajar berkenaan sewaktu pendaftaran
persekolahan 2 Jan 2006 nanti yang akan diuruskan
sendiri oleh Ketua Muslimat Kawasan Rembau. Antara
sekolah berasrama yang di pohon oleh pelajar berkenaan
ialah Sekolah Dato' Sheikh Mohamad Said , Seremban.
 
Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau mengalu-alukan
sumbangan individu yang ingin membantu kelima-lima
pelajar ini terutamanya sumbangan yuran bulanan
asrama, makanan, pakaian persekolahan serta
perbelanjaan mereka untuk meneruskan pengajian kelak.
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau, Puan Maznah
mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang
menyumbang. Kita mendoakan semoga anak-anak ini
berjaya menjadi insan cemerlang pada masa akan datang
dan kemiskinan yang menimpa mereka tidak membataskan
mereka untuk terus menuntut ilmu.
 
Sebarang bentuk sumbangan boleh di sumbangkan melalui
akaun Maybank 155050227085 (Puan Norwani - Timbalan
Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Rembau) atau
menghubungi Puan Maznah Talib (013-2718054) / Puan
Norwani (013-3851202)



Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
 
Untuk menyertai forum PAS N.Sembilan sila klik sini 
http://groups.yahoo.com/group/pasn9 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi : 
Lajnah Penerangan dan Dakwah 
Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan 
Tingkat 2, Bangunan Tabung Haji, Ampangan, Seremban 
Tal : 013-3426346
e-mel : [EMAIL PROTECTED] 

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”





        
                
__________________________________ 
Yahoo! for Good - Make a difference this year. 
http://brand.yahoo.com/cybergivingweek2005/




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke