Pagi Sabtu 31 Disember 2005, hari terakhir tahun ini,
saya bergegas ke bank di Senawang untuk mengeluarkan
duit dari ATM. Hampa, mesin ATM semuanya tidak dapat
mengeluarkan duit, lalu saya bergegas ke bandar
Seremban meredah kesesakan bandar Seremban, pun di
Seremban saya mengalami nasib yang sama, semua mesin
ATM tidak dapat mengeluarkan duit. Nasib baik buku
bank dibawa bersama lalu saya mengambil nombor.
Sementara menunggu giliran saya mencari tempat duduk
yang sesuai. Lalu ada satu tempat duduk yang kosong di
sebelah seorang pakcik berbangsa Cina.
Melihatkan nombor giliran masih lama, saya pun menegur
pakcik tadi. Katanya dia juga dari Senawang, hendak
keluar duit ATM Senawang juga tidak dapat, lalu dia
datang ke Seremban. Saya fikirkan pakcik ini usianya
sudah lanjut pastinya hanya duduk rumah dengan wang
pencen atau wang simpanan. Sangkaan saya meleset,
pakcik tadi memberitahu umurnya 66 tahun, dan masih
bekerja di sebuah kilang di Senawang. Dia telah
bekerja di kilang yang sama sejak 30 tahun yang lalu
sebagai mesin operator.
Lalu saya bertanya mengenai keluarga beliau. Pakcik
tadi mempunyai empat orang anak lelaki, semuanya
mendapat pendidikan di kolej dan universiti dan telah
bekerja dalam bidang professional. Tiga orang anak
lelakinya bekerja di Kuala Lumpur, sementara seorang
yang telah berkahwin bekerja di Senawang.
Nombor giliran masih lama, saya menunjukkan nombor
giliran saya , nombornya ialah 88, saya mengusik
pakcik tadi nombor 88 ramai yang suka. Pakcik tadi
terus berkata dia tak main nombor-nombor. Puas saya
fikir nombor apa, rupanya pakcik tadi katakan beliau
tidak pernah bermain nombor ekor atau berjudi. Malu
rasanya bila pakcik Cina yang beragama Buddha tadi
berkata beliau begitu benci dengan judi nombor ekor,
walhal ramai orang Melayu yang beliau kenal di tempat
kerjanya dan di pekan Senawang yang sampai ketagih
melanggani dua kedai ekor yang terdapat di pekan
Senawang ini.
Pakcik tadi kata main judi tak ada kayanya, dengan
sikap beliau yang berjimat cermat hanya sebagai mesin
operator dan menggunakan motosikal yang sama sejak 30
tahun lalu beliau dapat membesarkan empat orang anak
lelaki beliau menjadi orang yang berjaya. Malah
menurut pakcik tadi semua anaknya tidak berjudi, tidak
suka minum arak dan tidak menghisap rokok. Lalu saya
berkata dalam hati saya macamana saya hendak
menerangkan kepada pakcik ini kebaikan agama Islam
jika perangai orang Islam terutamanya orang Melayu
lebih teruk daripada perangai orang bukan Islam.
Sementara orang Islam yang baik perangainya pula tidak
bergaul mesra dengan orang bukan Islam.
Malah apa yang begitu menyentuh perasaan saya ialah
apabila pakcik tadi kata ketiga-tiga anaknya yang
bekerja di Kuala Lumpur akan pulang menziarahi ibu
bapanya di Senawang setiap hujung minggu. Katanya
anak-anak lelakinya sayangkan ibu mereka. Sedangkan
anak-anak Melayu kita yang bekerja di Kuala Lumpur ada
yang balik menziarahi ibu bapa mereka hanya apabila
menyambut Hari Raya.
Kemudian pakcik tadi bercerita lagi beliau tidak suka
hisap rokok dan anak-anak beliau juga mengikuti jejak
langkahnya tidak menghisap rokok walaupun anak-anak
mereka yang berjawatan professional tersebut
berkemampuan. Pakcik tadi kata sekotak rokok dah RM 6,
kalau sehari dua kotak, dia boleh makan nasi dua kali.
Pakcik tadi telah berjaya mendidik anaknya supaya
tidak menghisap rokok tanpa perlu berbelanja
berjuta-juta ringgit untuk Kempen Tak Nak Rokok.
Sedangkan ada antara kita ayahnya yang hisap rokok
marah anaknya menghisap rokok, gurunya yang menghisap
rokok marah muridnya yang menghisap rokok.
Mendengarkan cerita pakcik tadi terasa begitu cepat
nombor giliran dipanggil.
Selepas selesai urusan dibank saya pun ke bengkel
kereta untuk membaiki kereta. Sambil menunggu lain
pula senarionya. Sepasang anak muda dengan kereta ala
sportnya menghantar kereta untuk di modify pula.
Menggeleng juga kepala saya melihat gelagat pasangan
anak muda Melayu ini. Pasangannya dengan pakaian yang
sendat dan seksi sementara yang lelakinya memakai
subang ditelinga.
Anak muda begini kalau hendak dinasihat pasti mereka
akan melenting. Lalu saya bertanyakanlah serba sedikit
mengenai kereta, lalu anak muda tadi begitu seronok
menceritakan mengenai spesifikasi kereta, kelab kereta
tempatan yang beliau turut serta dan sebagainya.
Sementara itu saya perhatikan pekerja-pekerja di
bengkel berkenaan semuanya belia-belia berbangsa Cina,
yang saya rasa ada diantara mereka yang tidak tamat
sekolah menengah pun, tapi bersungguh-sungguh
melakukan kerja mereka serta nampaknya mereka mahir
dalam tugas masing-masing.
Penghujung tahun 2005 kali ini membuatkan saya
berfikir bahawa sekiranya semua pihak kenal mengenali
antara satu sama lain tanpa mengenal erti batasan
fahaman agama, fahaman politik, bangsa dan budaya,
sudah pasti masyarakat Malaysia akan dapat hidup dalam
keadaan aman dan harmoni.
Untuk memulihkan remaja yang terjebak dalam Black
Metal, penagihan dadah, seks bebas, gejala murtad dan
sebagainya, kita mesti memahami dulu jiwa remaja
tersebut. Sekiranya kita menjauhi diri kita daripada
mereka, maka mereka akan terus tenggelam dalam bahagia
yang singkat tapi derita selamanya. Memahami jiwa
remaja tidak semestinya kita menukar hukum hakam yang
telah ditetapkan. Yang halal tetap halal, yang haram
tetap haram.
Rozmal bin Malakan
Taman Alamanda, Senawang, NS
Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
__________________________________
Yahoo! for Good - Make a difference this year.
http://brand.yahoo.com/cybergivingweek2005/
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/