Assalamualaikum,
 
Sanggupkah Noh Omar menanggung kesan akibat dari membuat pendedahan berani Dato' yang terlibat? Memang betul jika kita just mention dato' aje - orang akan pukul rata kata semua Dato' ada potensi buat salah laku, yang sebenarnya tidak ada kena mengena dengan status ke dato' kan seseorang sebaliknya adalah bergantung pada iman. Banyak yang boleh diulas disini yang antaranya, sistem kapitalis yang diterapkan di bumi malaya ini membenarkan ujudnya tempat-tempat hiburan dan maksiat. Dato' dan lain2 pelaku maksiat hanya 'memanfaat' kan ruang yang diberi oleh pemerintah untuk bersuka ria. Noh Omar juga adalah produk sistem kapitalis yang hanya mementingkan keuntungan material. Sebenarnya pin-pointing pada menteri pun not really berkesan coz ada juga menteri BN yang cuba buat amar ma'ruf nahy munkar tapi tengok apa jadi dengan mereka? Didakwa menghina Parlimen lah, melawan boss lah dll. Seolah-olah kalau dah sign mati dengan BN - jangan cuba keluarkan pendapat peribadi yang bertentangan dengan pendapat majoriti. You're a dead meat.
 
Teringat kisah Saidina Ali - yang akur dengan keputusan Qadi bahawa kes tuntutan pada seorang Yahudi ditolak kerana saksinya tidak credible bukan kerana imannya tapi kerana hubungan darah iaitu Hasan dan Hussin. Padahal pada masa itu Saidina Ali menjawat jawatan Khalifah (ketua negara) bukan sekadar ketua cawangan. Sikap Saidina Ali itu menyebabkan si Yahudi terharu dan akhirnya mengaku salah.
Di zaman ini, jangan kata ketua negara, kalau anak orang besar aje pun senang2 boleh 'cuci tangan'...
 
CM - Teringat hadis Nabi - Hudud yang dilaksanakan itu lebih baik dari hujan akibat kemarau 40 tahun....tapi orang zaman ini ingat kalau hudud aje maknanya "potong tangan"... kwa kwa kwa kwa...
 
Dato' di pusat pelacuran: Polis diminta siasat dan buat ketut ketampi
Friday, December 30 @ 18:12:26 MYT


"Oleh kerana polis yang membuat serbuan, saya minta Menteri Keselamatan Dalam negeri atau timbalannya, Dato' Noh Omar mengumumkan siapakah dato' yang dimaksudkan itu," kata Mujahid Yusof.

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Hrkh)- Kementerian Dalam Negeri diminta mendedahkan siapakah ahli politik yang bergelar dato' yang dijumpai dalam pusat hiburan yang diserbu polis malam semalam.

AJK PAS Pusat, Mujahid Yusof dalam kenyataanya berkata, memberitakan seorang dato' terlibat tanpa mendedahkan siapakah dia akan membuatkan masyarakat tersalah anggap kepada semua ahli politik yang bergelar dato'.

Pusat hiburan yang terletak di sebuah hotel ternama di Subang Jaya itu diserbu polis kira-kira jam 10 malam semalam.

Sekumpulan wanita disyaki pelacur termasuk seorang ahli politik bergelar dato' itu dilaporkan tergamam apabila sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman melakukan serbuan.

Sumber polis berkata, dalam serbuan bermula kira-kira jam 10 malam itu, 25 wanita warga China dan lima rakyat tempatan ditahan.

Ketika serbuan, terdapat 43 pelanggan pelbagai usia dan mereka ditahan untuk membantu siasatan. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan apakah dato' berkenaan turut diambil kenyataan.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhd Fuad Talib, berkata sebelum ini, pusat hiburan terbabit diserbu enam kali sepanjang tahun ini.

"Kali terakhir ia diserbu pada 30 September lalu membabitkan tujuh wanita disyaki pelacur ditahan.

"Polis percaya pusat hiburan itu mempunyai pintu khas yang menghubungkannya ke satu lokasi lain," katanya.

Yang peliknya, bagaiamana pusat hiburan yang sudah menjadi pusat pelacuran itu itu boleh bertahan sedangkan ia sudah enam kali diserbu.

"Oleh kerana polis yang membuat serbuan, saya minta Menteri Keselamatan Dalam negeri atau timbalannya, Dato' Noh Omar mengumumkan siapakah dato' yang dimaksudkan itu.

"Ini kerana, nama dato' ini adalah mulia di mata masyarakat dan jika tidak didedahkan, ia akan merosakkan nama baik dato'-dato' lain yang tidak terlibat," kata Mujahid Yusof dalam kenyataannya.

Beliau juga ingin tahu apakah dato' berkenaan turut dibawa ke balai polis dan dikenakan ketut ketampi dalam keadaan telanjang sebagaimana yang dikenakan ke atas wanita Melayu dalam klip video yang terkenal itu.
-ZS



--
Wanna feel something new ??? Visit www.mykhilafah.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke